"And He feeds me and quenches my thirst and when I fall sick then He (Allah) cures me" [Soorah Shu'araa: 80]


3.11.09

Liputan Seminar Pyra Quanta Touch-31 Okt-1 Nov di USJ


Alhamdulillah,

Pakcik baru-baru ni menghadiri seminar asas PQT yang berlangsung di HQ Pyracosmic di USJ 21.

Sememangnya seminar sebegini ditunggu-tunggu oleh Pakcik yang meminati bidang perubatan holistik, dan hasilnya sangatlah memuaskan hati selepas 2 hari 'berkampung' disana.

Prof. Dr. Lothfi Ibrahim (yang membahasakan dirinya sebagai 'Cikgu') memang berjaya mengetengahkan konsep Tenaga Hayat (Life Force) yang juga dikenali dengan istilah prana, chi, ki, qudrah dan sebagainya, melalui acuan Islam, untuk merawat pelbagai penyakit.Konsep sebegini mungkin agak asing bagi kita, tapi di kalangan orang kita dahulukala, istilah Tenaga Dalam memang tak asing dikalangan mereka. Di negara barat, konsep Quantum Healing atau Reiki semakin diterima ramai
Dr. Luthfi, dengan 'sense of humour' dan aksi spontan beliau, membuatkan mata rasa tak mengantuk dan ilmu pun lebih senang absorbed.;)

Dalam seminar tersebut, peserta-peserta diajar tentang:-


  • Pengendalian Tenaga Hayat

  • Mengenal dan Mendalami Diri Sendiri Serta Orang Lain

  • Memahami 5 Elemen Penting Dalam Hidup : Minda, Tubuh, Rohani, Emosi dan Pernafasan

  • Latihan meditasi

  • Latihan pernafasan (dengan zikir)

  • Teknik 'scanning' aura pesakit

  • Teknik pembersihan cakra

  • Teknik memindahkan tenaga hayat kepada pesakit

  • Riadah Pernafasan dan macam-macam lagi.

-Lengkap dengan sesi praktikal sekali.

-Yang menarik, kes-kes sakit tulang belakang seperti 'slipped disc' dapat diperbetulkan balik kedudukannya dalam masa beberapa minit sahaja melalui kaedah Pyra Quanta Touch ni.

Pakcik harap lebih ramai orang-orang kita dapat hadir kursus sebegini, untuk menambahkan kekuatan dalaman generasi kita dan yang akan datang.

Percayalah, wang yang dilaburkan sebanyak RM 298 (untuk kursus 2 hari) memang sangat berbaloi.


Sila lawati http://www.pyracosmic.com/ untuk tengok jadual kursus kat tempat yang berdekatan anda.Kursus asas PQT akan diadakan pada 13-14 Nov (Sg. Petani) dan 11-12 Dis (Kota Bharu). Maklumat lanjut, hubungi HQ di talian 03-80248553/80248551.


p/s: Terima kasih, Cikgu dan kita jumpa di Advanced PQT atau masa Diploma Program akan datang.:).Agak2 bila nak buat di Kuantan?



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Holistic Followers

Home..