"And He feeds me and quenches my thirst and when I fall sick then He (Allah) cures me" [Soorah Shu'araa: 80]


19.3.14

Mindfulness

Assalamualaikum wbt

Agak lama juga saya tak update blog ni. Kebelakangan ni agak sibuk di klinik. Bagaimanapun sekarang ada sedikit masa terluang.Kali ni saya ingin membicarakan tentang topik yang hangat dibincangkan (bukan tentang MH370) terutama dalam bidang perubatan psikologi iaitu MINDFULNESS.

Apa itu mindfulness?



Agak sukar untuk menterjemahkan perkataan mindfulness ke dalam Bahasa Melayu, tetapi yang paling hampir bagi saya adalah KEWASPADAAN. Lain-lain maksud yang hampir serupa adalah kesedaran dan perhatian.

Mindfulness sebenarnya adalah amalan yang dipraktikkan ribuan tahun lampau oleh pendeta-pendeta Hindu, Buddha, Kristian dan Islam (para Sufi). Cuma baru-baru ini ia diberi nafas baru dan menjadi disiplin ilmu yang tersusun.

Pada tahun 1979, seorang profesor perubatan dari Amerika Syarikat, iaitu Prof Jon Kabat-Zinn mengasaskan Program Mindfulness-Based Stress Reduction (MBSR) di University of Massachusets. Ini diikuti oleh Prof Mark William dari University of Oxford yang memperkenalkan Mindfulness Based Cognitive Therapy pada tahun 1990-an

Ianya merupakan program selama 8 minggu dimana pesakit akan berjumpa dengan kaunselor selama 2-3 jam seminggu dan mereka akan diminta untuk membuat latihan-latihan MEDITASI dan sebagainya di rumah.

Hasilnya mindfulness didapati telah berjaya:

  • Mengurangkan kesakitan dan reaksi terhadapnya
  • Meningkatkan mood dan kualiti kehidupan
  • Meningkatkan memori, kreativiti dan tumpuan
  • Meningkatkan emotional intelligence (EQ)
  • Merawat masalah stress, kemurungan, kegelisahan (anxiety) dan sifat lekas marah (irritability) dan banyak lagi
Ringkasnya mindfulness perlu dipelajari oleh semua untuk menghadapi kehidupan alaf baru yang serba mencabar dan stressful

Pihak barat, akhirnya berpaling ke timur untuk menyelesaikan kekusutan dan pelbagai masalah yang melanda negara mereka yang tidak boleh dirawat oleh segala macam kecanggihan teknologi dan ubat-ubatan moden ciptaan mereka.

Mindfulness didefinisi sebagai berikut:

   “Paying attention in a particular way, on purpose, in the present moment and non-judgementally -Kabat-Zinn, 1994



"Menumpukan perhatian menurut kaedah tertentu, dengan tujuan, pada masa sekarang dan dengan tidak menghakimi"-Kabat-Zinn, 1994





Sejauh manakah anda seorang yang waspada (mindful)?

Cuba jawab soal-selidik di bawah:


Di bawah merupakan pernyataan tentang pengalaman seharian anda. Dengan menggunakan skala 1-6, nyatakan kekerapan anda mengalami situasi tersebut. Sila jawab (dengan jujur) berdasarkan pengalaman sebenar anda, bukan situasi yang anda ingini. Anggapkan setiap item tidak bersangkutan antara satu sama lain

1
2
3
4
5
6
Hampir setiap masa
Selalunya
Agak kerap
Agak kurang kerap
Jarang-jarang
Hampir tidak pernah

Saya kadang-kala beremosi dan tidak menyedarinya sehingga beberapa ketika kemudian
1
2
3
4
5
6
Barang-barang yang saya bawa atau jaga terpecah/tertumpah kerana saya tidak menumpukan perhatian atau selalu terfikir perkara lain
1
2
3
4
5
6
Saya merasa sukar untuk fokus terhadap apa yang berlaku pada masa sekarang
1
2
3
4
5
6
Saya biasanya berjalan dengan cepat untuk sampai ke satu-satu tempat tanpa mempedulikan keadaan sekeliling
1
2
3
4
5
6
Saya biasanya kurang sensitif untuk merasa kesakitan/sebarang perubahan pada diri saya sehingga ia benar-benar sudah serius
1
2
3
4
5
6
Saya lupa nama seseorang walaupun baru saja diperkenalkan
1
2
3
4
5
6
Saya seolah-seolah ‘robot’ yang bekerja secara automatik dan kurang menyedari kerja  yang saya lakukan
1
2
3
4
5
6
Saya tergesa-gesa menyiapkan sesuatu aktiviti tanpa sepenuh perhatian terhadap apa yang saya lakukan
1
2
3
4
5
6
Saya terlalu fokus terhadap matlamat yang ingin dicapai sehingga saya sambil lewa usaha yang saya lakukan sekarang untuk mencapai matlamat tersebut
1
2
3
4
5
6
Saya melakukan tugasan atau kerja secara automatik, tanpa sepenuh perhatian
1
2
3
4
5
6
Saya berbual dengan seseorang dengan sebelah telinga, sambil membuat/berfikir perkara lain
1
2
3
4
5
6
Saya memandu  secara ‘auto-pilot’ dan sedar-sedar sudah sampai ke sesuatu tempat
1
2
3
4
5
6
Pemikiran saya dipenuhi perkara yang akan datang serta yang telah berlalu
1
2
3
4
5
6
Saya selalu membuat sesuatu kerja tanpa menumpukan sepenuh perhatian
1
2
3
4
5
6
Saya makan tanpa ‘sedar’ yang saya sedang makan
1
2
3
4
5
6
Jumlah Markah

Purata Markah (Jumlah Markah/15)


Berapakah markah anda?

Semakin tinggi markah anda (menghampiri 6) menunjukkan anda adalah seorang yang lebih waspada (mindful)

Walaubagaimanapun, melalui kaedah-kaedah dan latihan-latihan tertentu yang akan diajar dalam post-post seterusnya, insya-Allah anda akan berubah menjadi seorang lebih waspada, berjaya, tenang, kreatif dan bebas dari stress dan kesakitan kronik...

Sama-sama kita bongkar rahsia pendeta-pendeta silam ini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Holistic Followers

Home..