"And He feeds me and quenches my thirst and when I fall sick then He (Allah) cures me" [Soorah Shu'araa: 80]


Showing posts with label plantar fasciitis. Show all posts
Showing posts with label plantar fasciitis. Show all posts

13.11.08

Carpal Tunnel Syndrome


Sesudah kita tengok penyakit plantar fasciitis yg terjadi pada kaki, jom kita tengok masalah perubatan pada bahagian tangan pula-'Carpal tunnel syndrome' (CTS)

CTS kerap terjadi pada org yg kerjanya menggunakan pergelangan tangan secara berulang-ulang dan berterusan cth: typist, tailor, carpenter, chatters (:)) dan lain-lain.

Apakah 'carpal tunnel'?

-Ianya laluan (terowong) sebesar ibu jari yang terletak pada tapak tangan dan dilalui oleh satu saraf penting (median nerve) yang menyarafi jari-jari tangan. Tekanan secara berlebihan dan berulang-ulang pada bahagian ini menyebabkan median nerve tersepit di dalam 'carpal tunnel' dan menghasilkan simptom spt kesakitan, kebas dan lemah tangan.

-Sila jumpa doktor jika ianya mengganggu aktiviti seharian anda spt tidur dan kerja

Carpal tunnel syndrome-ujian dan rawatan

Beberapa ujian klinikal akan dijalankan oleh doktor untuk mempastikan anda benar-benar mnyai masalah ni. Ujian saraf spt electromyogram dan nerve conduction study mungkin juga dilakukan.

Rawatan biasanya pada peringkat awal menggunakan ubat-ubatan penahan sakit spt NSAIDS dan anti-keradangan (steroids). Jika ini tidak berkesan, doktor yang berpengalaman boleh membuat satu suntikan steroid tepat ke bahagian 'carpal tunnel' ini.

Worst come to worst, kaedah pembedahan (carpal tunnel release) adalah jalan terakhir di mana saraf median yang tersepit akan di 'release'kan

Carpal tunnel syndrome-explained:



Langkah pencegahan:

1-Jgn bazirkan tenaga. Cth: ketuklah keyboard perlahan-lahan, bukan sampai nak tertanggal benda tu.:)

2-Ambil sedikit masa utk berehat (break). Disarankan setiap 15-20 minit, buat sedikit aktiviti regangan pada tangan

3- Perhatikan posisi tangan dan cara duduk. Sebaiknya keyboard berada paras siku atau rendah sedikit.

4-Jgn terlampau lama berada di tempat sejuk spt dlm aircond. anda mungkin boleh mengenakan 'fingerless gloves'

11.11.08

Plantar Fasciitis


Saya mendapat email pertanyaan ini dari seorang Hamba Allah:-

Assalamulaikum,

Disini saya ingin bertanya berkenaan penyakit sakit tapak kaki, tiada apa2 tanda di tapak kaki, tapi merasa sakit yg amat sangat bila hendak berjalan.Penyakit ini dialami oleh seorang sahabat dan meminta saya menanyakan nya di dalam group ini. Beliau juga ingin mengetahui apa kah punca penyakit ini dan apakah cara untuk mengubati nya..??.Pada sesiapa yg pernah mengalami diharap sudi membantu untuk mengubati penyakit sahabat ini.


Dr. H:-

Waalaikumsalam.

Daripada cerita sahabat kita di atas, dapat saya simpulkan, beliau mengalami suatu penyakit plantar fasciitis (PF) dalam istilah perubatan.

Apakah plantar fasciitis (PF)?




Ianya adalah keradangan (inflammation) pada plantar fascia (lapisan pelidung keras) pada tapak kaki, yang menyambungkan tulang tumit (heel bone) kpd jari kaki.

Simptoms: sakit pada tapak kaki, terutama pada bhgian tumit, terutama waktu pagi dan semasa berdiri lama.

Faktor penyebab:

Plantar fascia bertindak sbg 'shock absorber' kaki. Bila terlalu kuat daya yang berulang-ulang (repetitive forces) pada bahagian kaki, ini akan menyebabkan fascia koyak, seterusnya bengkak dan radang.

Antara faktor-faktor penyumbang:

1) Aktiviti fizikal berlebihan spt ahli sukan, pelari jarak jauh dan 'joggers'

2) Arthritis-penyakit sendi tertentu menyebabkan keradangan pd tendon kaki seterusnya menyebabkan plantar fasciitis

3) Diabetes-PF lebih biasa berlaku pd penghidap diabetes (sbb tak diketahui)

4) Faktor mekanikal kaki-spt orang yang 'flat-footed' atau cara berjalan yang salah

5) Pemakaian kasut yang salah- kasut 'high heels', bertapak nipis atau terlampau longgar yang tidak menyokong keselesaan kaki.

6) Berlebihan berat badan

Ujian/penyiasatan.

Doktor akan memeriksa secara rapi untuk 'confirm' diagnosis dan mengenalpasti punca PF pada pesakit. Kebiasaannya X-ray kaki akan dibuat dan biasanya ada 'spur' (tulang tajam) pada tumit.








Rawatan.

Ubat penahan sakit diberikan untuk kelegaan yang cepat. Biasanya saya juga akan mengesyorkan supaya pesakit berusaha meurunkan berat badan (bagi yg overweight), melebihkan pengambilan sayur dan buahan (sebagai antioxidants) dan in fact mereka juga disyorkan mengambil supplement antioxidant yang baik. Saya juga megesyorkan mereka mengambil omega 3 fish oil (sebagai anti-inflammation).

JIka langkah-langkah di atas tidak berkesan, saya biasanya akan membuat injection steroid, terus kepada tempat yang sakit itu. ini biasanya (dari pengalaman) sangat berkesan, dan ada yang 'pain-free' sehingga setahun.

Kalau tak berkesan juga, saya akan merujuk kepada pakar ortopedik (tulang). pembedahan (plantar fasciotomy) adalah langkah terakhir.

Video di bawah menunjukkan beberapa exercise yang boleh dilakukan untuk membantu mengurangkan kesakitan yang dialami oleh pesakit.

Semoga bermanfaat utuk semua.

Wallahua'lam.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Holistic Followers

Home..