"And He feeds me and quenches my thirst and when I fall sick then He (Allah) cures me" [Soorah Shu'araa: 80]


27.3.11

Memahami Kesan Radioaktif




Kesan kebocoran radioaktif daripada loji nuklear di Fukushima, Jepun baru-baru ini mengejutkan ramai pihak. Bagaimanapun mungkin ramai antara kita yang tak nak ambil kisah. Orang cakap dah ada 10 Sv exposure, kita masih tersenyum, padahal dose tu boleh menyebabkan immediate death!

So jom kita lengkapkan sedikit pengetahuan tentang kesan radiaktif ni..

Pendedahan terhadap kesan radiaktif ni secara acute (jangka masa pendek) dalam dose yang tinggi dinamakan Acute Radiation Syndrome (ARS).

Apakah simptom-simptom ARS?

Secara klasik, ianya dibahagikan kepada 3 kumpulan utama
  • Darah-menyebabkan kekurangan 3 komponen darah utama iaitu sel darah putih (meninggikan risiko jangkitan), platelet (mengakibatkan pendarahan) dan sel darah merah (mengakibatkan anemia)
  • Usus-loya, muntah, kurang selera makan dan sakit perut berlaku selepas 1-2 jam pendedahan
  • Saraf-pening, sakit kepala dan kurang sedar/koma-pada pendedahan yang lebih tinggi
Tanda pada kulit

-dikenali dengan Cutaneous Radiation Syndrome (CRS)-ditandai dengan kemerahan dan kegatalan kulit selepas beberapa jam exposure, diikuti dengan gelembung dan ulser.



(Rujukan:http://en.wikipedia.org/wiki/Acute_radiation_syndrome)

Bagaimana paras radiasi diukur?

Paras radiasi diukur dalam unit Gray (Gy). Bagaimanapun untuk kesan biologi pada manusia, ia diukur dalam unit Sievert (Sv). Hasil pengumpulan bahan radiasi ini ke dalam badan manusia dinamakan annual limit of intake (ALI). Bacaan oleh mesin pengesan radiasi biasanya direkodkan sebagai microsievert (uSv)/jam


Apakah had dose radiasi untuk orang awam?

Dibawah Peraturan-peraturan Perlesenan Tenaga Atom (Perlindungan Senarai Keselamatan Asas) 2010, had dose untuk orang awam adalah 1 mSv setahun atau 0.5 uSv/jam.



Adakah kesan kejadian di Jepun itu akan sampai ke Malaysia?

Kejadian di Jepun itu telah diisytiharkan sebagai kemalangan tahap 4 daripada 7 tahap menurut IAEA iaitu kemalangan dengan kesan setempat. Berdasarkan skala itu, ianya tidak dijangka memberi kesan secara langsung kepada negara kita.

Macamana nak tahu jika ada perlepasan radioaktif ke Malaysia?

Lembaga Perlesenan Tenaga Atom, AELB sentiasa mengawasi paras sinaran melalui 6 lokasi ERMS yang terdapat di serata negara iaitu di Chuping, Ipoh, Kuantan, Senai, Kudat dan Seri Aman.

Data diupdate setiap hari di website dia:

http://www.aelb.gov.my/aelb/malay/teks/index.asp

DATA TERKINI ERMS: Tarikh : 27.03.2011 , 10.00 pagi
    - Data paling tinggi : 0.181 uSv/jam (Senai)
    - Data paling rendah : 0.029 uSv/jam (Kudat)
    - Range Data di Malaysia : 0.029 ~ 0.181 uSv/jam
    - Bacaan adalah di paras normal (Latar Belakang).


Apakah garam iodin (Potassium Iodide?)


Potassium iodide ialah garam yang mengandungi Iodine yang stabil (tidak beradioaktif). Iodine diperlukan untuk membina hormon tiroid (kelenjar tiroid terletak di leher-di kawasan bow-tie).

Semasa kejadian kebocoran logi nuklear, Iodine beradioaktif akan terlepas ke ke udara dan ini akan diserap dengan cepat melalui kelenjar tiroid, dan ini 'mencederakan' sel-sel kelenjar tiroid. ini boleh menyebabkan risiko kanser dan sebagainya.

Dengan mengambil garam iodin, ianya akan diserap ke dalam kelenjar tiroid dan ini menghalang penyerapan Iodine beradioaktif.


Adakah kita perlu mengambil garam iodin sekarang sebagai langkah berjaga-jaga?

Tak perlu, kerana paras radiasi di negara kita masih rendah dan pengambilan iodine berlebihan akan menyebabkan pelbagai kesan sampingan pula.

1.3.11

STRESS..dan cara mengatasinya..


Salam

Agak sekian lama 'berehat', kali ini saya ingin berkongsi sedikit topik yang sangat biasa kita dengar dan hadapi seharian-dan kadang kala kita terlepas pandang-STRESS!

Menurut kajian pakar-pakar psikologi, 99% penyebab penyakit adalah STRESS!

STRESS didefinisi sebagai ketegangan (tension/strain) yang melibatkan fizikal, minda, emosi atau gabungan ketiga-tiganya. Dan memang kebiasaanya pun ianya saling berkait rapat..

STRESS berlaku bila kita rasa TIDAK boleh mengatasi apa-apa kejadian, tugasan, cabaran dsb yang berlaku dalam hidup. Bila nak exam stress, nak kahwin stress, boss panggil stress, anak nakal stress, traffic jam stress...dan macam-macam lagi..

Perhatikan-stress berlaku kebanyakannya disebabkan cara kita menyusun jadual atau rutin harian yang salah. Atau boleh juga dikatakan TIADA perancangan yang betul. Ini tentunya boleh dielakkan. Dengan kata yang lain, kita yang memilih untuk stress!

Pelajar yang stress bila nak exam adalah pelajar yang tidak membuat persediaan yang secukupnya. Bakal pengantin yang stress adalah mereka yang belum cukup bersedia dari segi kewangan, belum pandai memasak dsb, orang yang stress di jalan raya kerana traffic jam adalah orang yang tidak mengatur jadual perjalanannya dengan betul dan anda bolehlah fikirkan sendiri yang lain-lainnya

Cadangan mengatasi STRESS

1) Rancang, rancang, rancang!
-Membuat perancangan yang betul dan sistematik-seperti SWOT analysis, diari, checklist dsb
-Kata org failing to prepare is preparing to fail. So plan your work and work your plan!

2) Perfection!
-Membuat kerja dengan sehabis sempurna mungkin seperti yang dirancangkan

3) Ikhlas!
-Sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, bacalah bismillah...kemudian bisikkan dalam hati atau di mulut 'lillahirabbil'alamin'..kemudian tarik nafas dan lepas...moga-moga pekerjaan kita diberkati-Nya

4) Syukur
-Akhiri setiap pekerjaan dengan..'syukur..alhamdulillah'..kemudian tarik nafas dan lepas...

5) Hijrah
-Hayatilah konsep sebenar HIJRAH dalam Islam, iaitu setiap saat adalah hijrah ke arah kebaikan. Saat ini mesti lebih baik dari saat sebelumnya...saat berikutnya mesti lebih baik dari saat sekarang...Hargailah setiap saat MASA yang begitu berharga. Jika tidak, apa perlunya Allah berfirman dalam Surah Al-Asr?..

Sekian untuk kali ini...

23.2.11

Kembali..

Salam semua..

Selama 6 bulan, blog Rawatan Holistik ni 'direhatkan'. Ada banyak faktornya..yang paling konkrit, mood takde..hehe..Cuma memantau dari jauh je..sesekali meng'update' playlist kat bawah tu...sedap la sikit halwa telinga...kalau tak baca entry blog ni, dengar lagu-lagunya pun dah cukup ok..hehe

Insya-Allah blog ni akan kembali menyajikan artikel-artikel kesihatan holistik yang lebih mantap dan terkini...

Buat kita semua yang selalu lalai...hayatilah video yang best di bawah ni..



7.6.10

Penyembuhan Prana Siri 29

1) Cakra Mahkota (Crown Chakra)

-Terletak pada bahagian 'mahkota' kepala. Ianya mengawal dan mentenagakan kelenjar pineal, otak dan keseluruhan badan. Ia adalah salah satu pintu kemasukan utama prana. Mentenagakan Cakra Mahkota mempunyai kesan seperti mentenagakan keseluruhan badan. Ianya seperti kita menuangkan air ke dalam satu bekas, menyebabkan keseluruhan jasad 'dibanjiri' prana. Dengan sebab itulah, sesetengah perawat merawat dengan hanya mentenagakan Cakra Mahkota sahaja, walaupun kawasan yang berpenyakit terletak jauh dari situ. Kelemahan fungsi Cakra Mahkota menyebabkan penyakit yang berkaitan dengan kelenjar pineal dan otak. Ini juga boleh dimanifestasi sebagai penyakit fizikal atau psikologi.

2) Cakra Dahi (Forehead Chakra)

-Terletak di tengah-tengah dahi. Ia mengawal dan mentenagakan kelenjar pineal dan sistem saraf. Kelemahan fungsi kelenjar pineal menyebabkan kehilangan ingatan, lumpuh dan sawan (epilepsy). Mentenagakan Cakra Dahi mempunyai kesan seperti Cakra Mahkota, iaitu keseluruhan badan akan 'dibanjiri' prana.

3) Cakra Ajna (Ajna Chakra)
-Terletak antara dua kening. Ia mengawal dan mentenagakan kelenjar pituitari. Ianya juga mengawal atau mempengaruhi kelenjar endokrin lain, organ-organ penting lain dengan mengawal dan mempengaruhi cakra-cakra major lain. Kelemahan fungsi Cakra Ajna dimanifestasi dengan penyakit berkaitan kelenjar endokrin dan mata. Merawat penyakit diabetis bukan hanya dengan merawat Cakra Solar Plexus tetapi juga Cakra Ajna. Mentenagakan Cakra ini menyebabkan keseluruhan jasad ditenagakan. Mekanismenya berlainan dari Cakra Mahkota Dan Dahi. Mentenagakan Cakra Ajna menyebabkan cakra-cakra lain bercahaya dan aktif secara serentak, dan ini akan mentenagakan keseluruhan jasad. Ada juga sesetengah perawat yang hanya merawat dengan menyentuh bahagian Ajna ini dengan jari atau tapak tangan menyebabkan kemasukan prana dan pengaktifan keseluruhan cakra pesakit.

4) Cakra Kerongkong (Throat Chakra)

-Terletak pada bahagian tengah kerongkong. Ia mengawal dan mentenagakan organ kerongkong, thyroid dan parathyroid. Sebahagiannya ia juga mempengaruhi Cakra Seks. Kelemahan fungsi Cakra Kerongkong dimanifestasi sebagai penyakit berkaitan kerongkong seperti goiter, sakit tekak, hilang suara, asthma dan sebagainya.

5) Cakra Jantung Hadapan (Front Heart Chakra)

-Terletak di tengah-tengah dada. Ia mentenaga dan mengawal organ jantung, kelenjar thymus dan sistem salur darah (circulatory system). Cakra Solar Plexus agak sensitif kepada masalah emosi, stress dan tension dan mempunyai kesan yang kuat pada jantung fizikal dan Cakra Jantung Hadapan. Kelemahan fungsi Cakra Solar Plexus, oleh itu menyebabkan kelemahan fungsi Cakra Jantung hadapan dan jantung fizikal itu sendiri. Cakra Jantung hadapan dihubungkan dengan Cakra Solar Plexus dengan beberapa saluran bioplasma yang besar. Pesakit yang mempunyai masalah jantung biasanya mempunyai masalah kelemahan Cakra Solar Plexus juga.

Cakra Jantung Belakang (Back Heart Chakra)

-Terletak di belakang organ jantung. Tugas utamanya ialah mengawal dan mentenagakan organ paru-paru dan sebahagian kecilnya jantung dan kelenjar thymus. Kelemahan fungsi cakra ini menyebabkan masalah paru-paru. Cara untuk mentenagakan jantung ialah melalui Cakra Jantung Belakang ini.

Harus diingat, dengan mentenagakan jantung melalui Cakra Jantung Hadapan agak berisiko kerana ini boleh menyebabkan 'pranic congestion' pada jantung. Itulah sebabnya anda tidak dinasihatkan mentenagakan organ jantung dengan lama, secara 'direct' dari hadapan, sebaliknya ianya dilakukan melalui Cakra Jantung Belakang. Prana yang berlebihan akan mengalir ke paru-paru dan organ-organ lain dengan senang.

6) Cakra Solar Plexus Hadapan (Front Solar Plexus Chakra)

-Terletak di bahagian 'ulu hati'. Ia mengawal dan mentenagakan organ pankreas, hati, diafram, usus besar, apendiks dan perut, dan sebahagian usus kecil, paru-paru, jantung dan bahagian lain badan. Cakra solar plexus juga dinamakan pusat tenaga (energy clearing house centre).
Energi-energi halus dari cakra di atas dan di bawahnya melaluinya dahulu . Keseluruhan jasad boleh ditenagakan melalui cakra ini.

Kadang-kala, jika terlebih ditenagakan (overenergizing) cakra ini, boleh menyebabkan kesukaran bernafas. Oleh itu prana yang berlebihan mesti disingkirkan melalui kaedah penyapuan (sweeping).

Cakra solar plexus juga mengawal pemanasan dan penyejukan badan.

Kelemahan cakra ini boleh menyebabkan penyakit diabetis, hati, jantung dan penyakit lain yang berkaitan dengan organ yang dikawalnya.

Cakra Solar Plexus Belakang (Back Solar Plexus Cakra)

-Ianya terletak bertentangan dengan cakra solar plexus hadapan dan mempunyai fungsi yang sama dengan cakra solar plexus hadapan.

7) Cakra Limpa Hadapan (Front Spleen Cakra)

-Terletak pada bahagian kiri atas abdomen, antara cakra solar plexus hadapan dan cakra pusat.
Ianya adalah pintu kemasukan utama untuk prana udara (air prana or air vitality globule). Ia menjadi cakra yang sangat penting untuk kesihatan keseluruhan (general wellbeing) seseorang.
Ia mentenagakan cakra-cakra major lain dan keseluruhan badan dengan prana yang telah 'dicernakan' (digested).

Cakra Limpa Belakang

-Terletak bertentangan dengan cakra limpa belakang dan mempunyai fungsi yang sama.

Nota: Adalah TIDAK DINASIHATKAN untuk mentenagakan cakra limpa bayi dan kanak-kanak kerana ini boleh menyebabkan 'pranic congestion'. Jika ini berlaku, lakukan teknik penyapuan (sweeping). Juga TIDAK DINASIHATKAN untuk mentenagakan cakra ini untuk pesakit darah tinggi atau pernah mempunyai riwayat penyakit darah tinggi, kerana ianya boleh meningkatkan tekanan darah.

Bagaimanapun cakra ini digunakan untuk merawat pesakit yang terlalu lemah (weak/depleted)

Cakra ini hanya boleh dirawat oleh perawat yang berpengalaman sahaja.

8) Cakra Pusat (Navel Chakra)

-Terletak di bahagian pusat (navel). Ia mengawal dan mentenagakan usus kecil, usus besar bawah, apendiks dan kelenjar adrenal. Kelemahan fungsi cakra ini menyebabkan masalah sembelit, apendisitis, susah bersalin, lemah seluruh badan dan penyakit-penyakit lain berkaitan usus.
Cakra ini penting dalam penghasilan satu prana yang agak istimewa dan berlainan, yang dinamakan "synthetic ki". Orang yang mempunyai kekurangan "synthetic ki" mempunyai kelemahan dalam menyerap prana udara. Mereka biasanya cepat lemah dan penat berbanding orang yang normal.

9) Cakra Meng Mein (Meng Mein Chakra)

-Terletak pada bahagian belakang pusat. Ia bertindak sebagai 'stesyen pengepam' (pumping station) pada tulang belakang yang 'mengepam' prana ke bahagian atas, dari cakra dasar.
Ia mengawal dan mentenagakan organ buah pinggang, kelenjar adrenal dan mengawal tekanan darah.
Kelemahan cakra ini menyebabkan masalah buah pinggang, lemah seluruh badan, tekanan darah tinggi dan sakit belakang.

Cakra Meng Mein bayi, kanak-kanak, wanita mengandung dan orang-orang tua TIDAK PATUT ditenagakan disebabkan kesan sampingan serius yang terhasil. Cakra ini harus dirawat oleh mereka yang berpengalaman sahaja.

10) Cakra Seks (Sex Chakra)

-Terletak di bahagian pubik (bawah pusat). Ia mengawal dan mentenagakan organ seksual dan pundi kencing.
Kelemahan cakra ini dimanifestasi oleh masalah berkaitan seksual.
Cakra ajna, kerongkong dan dasar mempunyai pengaruh yang kuat pada cakra seks. Kelemahan cakra-cakra tersebut juga menyebabkan kelemahan pada cakra seks.

11) Cakra Dasar (Basic Chakra)
-Terletak pada bahagian dasar/hujung tulang belakang.
Ia mengawal dan mentenagakan keseluruhan jasad, terutama tulang, darah, otot, tisu, organ, kelenjar adrenal dan organ seksual. Ia juga memberi kesan kepada tindakbalas haba badan, kesihatan keseluruhan, dan perkembangan bayi dan kanak-kanak. Kelemahan fungsi cakra ini menyebabkan masalah kanser (umum), kanser tulang, masalah tulang belakang, darah, alahan, perkembangan jasad dan lemah seluruh badan.

..bersambung

5.6.10

Penyembuhan Prana Siri 28

11 CAKRA-CAKRA UTAMA (MAJOR)

Kita akan mengkaji dengan lebih mendalam tentang cakra. Ramai yang telah diajar dan tahu tentang 7 cakra utama seperti yang kita belajar dalam artikel yang lepas-lepas. Tetapi dalam penyembuhan prana, adalah sangat penting untuk kita tahu 4 cakra lagi yang tidak kurang pentingnya. Rajah dibawah menunjukkan lokasi 11 cakra tersebut pada bahagian depan dan belakang badan.




Untuk pecahan setiap cakra dan bagaimana hubungan mereka dengan fungsi-fungsi pelbagai organ dan penyakit, sila lihat ringkasan dalam jadual berikut.





..bersambung

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Holistic Followers

Home..