Agak lama juga saya tak update blog ni. Kebelakangan ni agak sibuk di klinik. Bagaimanapun sekarang ada sedikit masa terluang.Kali ni saya ingin membicarakan tentang topik yang hangat dibincangkan (bukan tentang MH370) terutama dalam bidang perubatan psikologi iaitu MINDFULNESS.
Apa itu mindfulness?
Agak sukar untuk menterjemahkan perkataan mindfulness ke dalam Bahasa Melayu, tetapi yang paling hampir bagi saya adalah KEWASPADAAN. Lain-lain maksud yang hampir serupa adalah kesedaran dan perhatian.
Mindfulness sebenarnya adalah amalan yang dipraktikkan ribuan tahun lampau oleh pendeta-pendeta Hindu, Buddha, Kristian dan Islam (para Sufi). Cuma baru-baru ini ia diberi nafas baru dan menjadi disiplin ilmu yang tersusun.
Pada tahun 1979, seorang profesor perubatan dari Amerika Syarikat, iaitu Prof Jon Kabat-Zinn mengasaskan Program Mindfulness-Based Stress Reduction (MBSR) di University of Massachusets. Ini diikuti oleh Prof Mark William dari University of Oxford yang memperkenalkan Mindfulness Based Cognitive Therapy pada tahun 1990-an
Ianya merupakan program selama 8 minggu dimana pesakit akan berjumpa dengan kaunselor selama 2-3 jam seminggu dan mereka akan diminta untuk membuat latihan-latihan MEDITASI dan sebagainya di rumah.
Hasilnya mindfulness didapati telah berjaya:
- Mengurangkan kesakitan dan reaksi terhadapnya
- Meningkatkan mood dan kualiti kehidupan
- Meningkatkan memori, kreativiti dan tumpuan
- Meningkatkan emotional intelligence (EQ)
- Merawat masalah stress, kemurungan, kegelisahan (anxiety) dan sifat lekas marah (irritability) dan banyak lagi
Ringkasnya mindfulness perlu dipelajari oleh semua untuk menghadapi kehidupan alaf baru yang serba mencabar dan stressful
Pihak barat, akhirnya berpaling ke timur untuk menyelesaikan kekusutan dan pelbagai masalah yang melanda negara mereka yang tidak boleh dirawat oleh segala macam kecanggihan teknologi dan ubat-ubatan moden ciptaan mereka.
Mindfulness didefinisi sebagai berikut:
“Paying attention in a particular way, on purpose, in the present moment and non-judgementally” -Kabat-Zinn, 1994
"Menumpukan perhatian menurut kaedah tertentu, dengan tujuan, pada masa sekarang dan dengan tidak menghakimi"-Kabat-Zinn, 1994
Sejauh manakah anda seorang yang waspada (mindful)?
Cuba jawab soal-selidik di bawah:
Di bawah merupakan
pernyataan tentang pengalaman seharian anda. Dengan menggunakan skala 1-6,
nyatakan kekerapan anda mengalami situasi tersebut. Sila jawab (dengan jujur)
berdasarkan pengalaman sebenar anda, bukan situasi yang anda ingini. Anggapkan
setiap item tidak bersangkutan antara satu sama lain
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
6
|
Hampir setiap masa
|
Selalunya
|
Agak kerap
|
Agak kurang kerap
|
Jarang-jarang
|
Hampir tidak pernah
|
Saya kadang-kala beremosi
dan tidak menyedarinya sehingga beberapa ketika kemudian
|
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
6
|
Barang-barang yang saya
bawa atau jaga terpecah/tertumpah kerana saya tidak menumpukan perhatian atau
selalu terfikir perkara lain
|
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
6
|
Saya merasa sukar untuk
fokus terhadap apa yang berlaku pada masa sekarang
|
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
6
|
Saya biasanya berjalan
dengan cepat untuk sampai ke satu-satu tempat tanpa mempedulikan keadaan
sekeliling
|
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
6
|
Saya biasanya kurang
sensitif untuk merasa kesakitan/sebarang perubahan pada diri saya sehingga ia
benar-benar sudah serius
|
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
6
|
Saya lupa nama seseorang
walaupun baru saja diperkenalkan
|
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
6
|
Saya seolah-seolah ‘robot’ yang bekerja secara automatik
dan kurang menyedari kerja yang saya
lakukan
|
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
6
|
Saya tergesa-gesa
menyiapkan sesuatu aktiviti tanpa sepenuh perhatian terhadap apa yang saya
lakukan
|
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
6
|
Saya terlalu fokus terhadap
matlamat yang ingin dicapai sehingga saya sambil lewa usaha yang saya lakukan
sekarang untuk mencapai matlamat tersebut
|
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
6
|
Saya melakukan tugasan atau
kerja secara automatik, tanpa sepenuh perhatian
|
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
6
|
Saya berbual dengan
seseorang dengan sebelah telinga, sambil membuat/berfikir perkara lain
|
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
6
|
Saya memandu secara ‘auto-pilot’
dan sedar-sedar sudah sampai ke sesuatu tempat
|
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
6
|
Pemikiran saya dipenuhi
perkara yang akan datang serta yang telah berlalu
|
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
6
|
Saya selalu membuat sesuatu
kerja tanpa menumpukan sepenuh perhatian
|
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
6
|
Saya makan tanpa ‘sedar’
yang saya sedang makan
|
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
6
|
Jumlah Markah
|
||||||
Purata Markah (Jumlah Markah/15)
|
Berapakah markah anda?
Semakin tinggi markah anda (menghampiri 6) menunjukkan anda adalah seorang yang lebih waspada (mindful)
Walaubagaimanapun, melalui kaedah-kaedah dan latihan-latihan tertentu yang akan diajar dalam post-post seterusnya, insya-Allah anda akan berubah menjadi seorang lebih waspada, berjaya, tenang, kreatif dan bebas dari stress dan kesakitan kronik...
Sama-sama kita bongkar rahsia pendeta-pendeta silam ini!