"And He feeds me and quenches my thirst and when I fall sick then He (Allah) cures me" [Soorah Shu'araa: 80]


31.3.08

Teknik Pembersihan Cakra (chakra healing)


1. lakukan pernafasan terarah (rujuk posting sebelum ini). selepas itu anda boleh rileks dan bernafas spt biasa

2. cakra dasar
-bayangkan cahaya merah menyala memasuki seluruh badan, turun memenuhi kedua paha, memasuki dan memenuhi lutut, turun memenuhi seluruh kaki sampai ke jari-jari kaki.sambil turun, cahaya ini membawa seluruh tenaga negatif yang ada dalam badan dan membuangnya melalui tapak kaki. tarik lebih banyak cahaya merah sehingga seluruh jalur tadi menjadi terang dan mendorong seluruh tenaga negatif keluar melalui tapak kaki

-elakkan drpd melakukan sebarang perkara selama 5 saat

3.cakra sakral
-beralih ke cakra kedua.
-bayangkan cahaya berwarna oren masuk melalui melalui cakra ini yang terdapat pada alat kelamin. cakra itu bergerak ke atas melalui paru-paru dan jantung. bayangkan seluruh bahagian itu dipenuhi cahaya oren. cahaya itu keluar drpd cakra jantung dengan membawa tenaga dan perasaan negatif yang ada pada anda

-elakkan drp melakukan semua perkara selama 5 minit

4. cakra solar pleksus
-beralih ke cakra yg ketiga


bayangkan cahaya kuning memasuki pusat dan memenuhi seluruh perut. cahaya itu bergerak hingga ke jantung dan dibuang bersama dengan tenaga kotor dan emosi yang negatif drpd perut

-elakkan drp melakukan sebarang perkara dalam 5 minit

5. cakra jantung
-beralih ke cakra yang ke-4
-bayangkan cahaya hijau muda memasuki bahagian tengah dada, kemudian memenuhi bahu,tangan sampai ke jari jemari. kemudian cahaya itu turun ke bawah memenuhi seluruh badan sampai ke jari jemari kaki dan naik ke atas leher dan kepala, memenuhi seluruh rongga kepala dan otak, sambil membuang segala tenaga dan unsur negatif.

-elakkan drpd melakukan sebarang perkara selama 5 minit

6. cakra tenggorokan
-bayangkan cahaya berwarna biru memasuki bahagian tenggorokan, turun ke dada dan memenuhi ruang dada dan jantung
-elakkan drp melakukan sbrg perkara selama 5 minit

7. cakra ajna.
-kemudian, kita ke cakra yang seterusnya
-bayangkan cakra berwarna ungu kebiruan memasuki ruang antara 2 kening dan terus ke dalam kepala. cahaya itu memasuki kepala dan otak serta menerangi fikiran dan roh. cahaya itu turun ke tenggorokan dan memenuhi dada sambil membawa tenaga spiritual ke cakra jantung

-elakkan drpd melakukan sbrg perkara selama 5 minit

8. cakra mahkota.
-bayangkan cahaya putih terang benderang turun ke dalam kepala melalui cakra mahkota. cahaya ini turun ke bawah, memasuki ruang kepala, leher, dada, badan dan seluruh anggota badan sambil membawa tenaga yang tidak terbatas.

ulangi langkah 1-8 sekurang-kurangnya 7 kali

27.3.08

Meditasi


Dalam kehidupan seharian, minda kita dipengaruhi oleh pelbagai faktor sekeliling spt wang, keluarga, rakan-rakan, pekerjaan, makanan dll.Akibatnya, minda kita sentiasa tertekan dan berada pada gelombang beta. Setiap tindakan yang kita buat adalah tidak teratur dan jarang beroleh kejayaan.

Meditasi adalah satu cara untuk minda kita diset ke gelombang alpha-ini menjadikan fikiran kita tenang, idea-idea baru muncul dan badan akan jadi fresh!. Meditasi juga akan membuka cakra-cakra yang under-active dan menguatkan aura kita. Ini kerana kita dengan serentak mengaktifkan minda separa sedar dan ke tujuh-tujuh cakra-cakra (rujuk posting-posting sebelum ini untuk memahami istilah spt minda separa sedar, aura dan cakra). Kita juga boleh bebas dari sebarang penyakit jika meditasi ini dilakukan bersungguh2, Insya-Allah!

Meditasi tidak bercanggah kepada ajaran Islam. Ini kerana dalam Islam, kita disuruh supaya selalu bertafakkur iaitu istilah lain untuk meditasi

Ada pelbagai kaedah meditasi. yang akan saya huraikan adalah Kaedah Pernafasan Terarah yang boleh mengaktifkan minda separa sedar dan cakra sekaligus.

Masa dan tempat

Untuk permulaan, pilih masa yang sunyi dan hening, sekitar pukul 1-2 pagi.Lakukan di bilik anda yang bebas dari segala gangguan, sebaiknya dalam cahaya yang samar2 terang. bagi orang Islam bacalah Auzubillah.. dan Bismillah..dahulu supaya kita terhindar dari bisikan syaitan
Posisi.
Duduk dalam posisi lotus iaitu bersila dan temukan ibu jari dengan jari telunjuk.
(perhatikan ini membentuk kalimah Allah).Pejam mata rapat2 dan renung kawasan antara batang hidung anda. kosongkan fikiran dan concentrate..



tegakkan badan, otot, sendi dan badan, dan niatkan dalam diri anda yang anda mahu rehat sepenuhnya


Teknik pernafasan terarah.

1. tarik nafas anda melalui hidung dalam kiraan 4 saat. bayangkan anda menyedut tenaga ghaib yang berwarna putih. tahan nafas anda selama 2 saat. semasa menahan nafas, pastikan tenaga anda bertumpu di bawah pusat (pusat cakra tenaga).bayangkan tenaga yang anda sedut itu bergerak dari bawah pusat dan menyebar ke seluruh badan anda

2.hembus nafas melalui hidung juga dengan kiraan 4 saat secara tenang.bayangkan anda mengeluarkan segala tenaga, unsur negatif dan penyakit yang bersarang pada badan anda. selanjutnya tahan nafas anda selama 2 saat. dengan itu anda selesai melakukan kaedah pernafasan terarah pada set pertama.

3.ulangi menarik nafas, menahan dan menghembus nafas selagi anda mampu. lakukan latihan ini antara 15-20 minit. lakukan setiap hari latihan ini, anda akan mendapat hasil yang dihajati, Insya-Allah!

Dalam posting berikutnya saya akan menerangkan cara membersihkan cakra-cakra anda! (cakra healing)

26.3.08

Cakra

Cakra adalah pusat kepada bioenergy yang terdapat dalam badan kita. Semua makhluk hidup mempunyai bioenergy masing2 yang sama pentingnya dengan tenaga fizikal kita. Apabila darah mengalir melalui pembuluh darah, bioenergy pula mengalir melalui meridian. Manusia mempunyai 72,000 meridian. meridian ini berpengkalan pada titik-titik khusus pada badan dan membentuk pusat-pusat tenaga, yang dikenali sebagai cakra. Badan kita mempunyai 7 cakra.
Cakra berkait rapat dengan sistem badan/organ dan conciousness. bermakna jika bionergy yang mengalir melalui cakra tidak seimbang atau tersekat-ianya menyebabkan penyakit2 tertentu samada penyakit2 zahir atau batin. jadi adalah penting dalam rawatan holistik, cakra-cakra ini di servis dahulu untuk merawat apa-apa penyakit pun-ini juga disebut cakra healing

Dalam Perubatan China tradisional, mereka menggelarkan bioenergy ini sebagai yin dan yang yang mesti seimbang, barulah seseorang itu terhindar dari penyakit2. mereka menggunakan kaedah acupuncture atau acupressure untuk membolehkan bionergy ini seimbang semula. saya akan membincangkan kaedah acupressure yang boleh anda lakukan sendiri pada posting akan dtg. sekarang kita concentrate more on cakra healing

Cakra (chakra) dalam bahasa Sanskrit bermaksud wheel atau roda. setiap satu cakra mempunyai fungsi fisologikal tertentu. ketujuh-tujuh cakra terletak pada bahagian tengah (midline) badan.Pada keadaan ideal, kesemua cakra-cakra ini 'terbuka'.walaubagaimanpun, dalam banyak kes, satu atau beberapa cakra ini tidak 'terbuka' dan aktif sepenuhnya, dan cakra2 lain akan menjadi overaktif untuk compensate kekurangan ini


1. Cakra dasar (root) (muladhara)

-terletak pada dasar tulang punggung (coccyx) dan ia adalah tunjang kpd seluruh tenaga. cakra dasar memberi tenaga, mengendali dan memperkuat seluruh tenaga fizikal dan organ-organ dalaman. jika cakra dasar lemah, anda sentiasa rasa ketakutan dan nervous dan rasa tidak dihargai. cakra ini dikaitkan dengan warna merah
2. cakra sakral (seks) (svadistana)

-terletak pada bhgian organ seks. cakra ini berkaitan dengan feeling dan seksualiti. jika aktif sepenuhnya, anda boleh mengekspresi perasaan anda dengan bebas dan tidak over-emotional. anda juga bebas dari masalah berkaitan seks. ia dikaitkan dengan warna oren

3. cakra solar pleksus (manipura)

-cakra ini terletak kira-kira 4 jari diatas pusat. ia mengendalikan tenaga pada hati,pankreas, perut, usus besar dan kecil. cakra ini berfungsi sebagai pusat emosi dan perasaan seperti marah, benci aktif dan sakit hati. org yg mempunyai masalah pd cakra ini biasanya menghadapi masalah keluarga, sentiasa 'over' dan kurang menyayangi keluarga. cakra ini dikaitkan dgn warna kuning

4. cakra jantung (anahata)

-cakra ini terletak di bahagian tengah dada. ia mengendalikan dan memberi tenaga pada jantung, sistem peredaran darah, paru-paru dan kelenjar timus.ia dikaitkan dengan perasaan kecintaan rehadap org lain, perhubungan mesra, kegembiraan dan keramahan. jika ia tidak aktif, anda kurang rasa cinta, dan sering menjauhi orang lain. ia dikaitkan dengan warna hijau muda

5. cakra tenggorokan (throat) (visuddha)

-terletak di tengah leher
-mengendalikan tenaga pd kelenjar tiroid, paratitroid dan sistem limfatik. jika cakra ini aktif sepenuhnya, anda mempunyai kebolehan bercakap dengan baik dan sifat 'self-expression' yang tinggi. ia dikaitkan dgn warna biru

6. cakra mata ketiga (ajna)

-terletak antara kedua-dua alis mata
-cakra ini berfungsi mengaktifkan gerak hati (intuition) dan visualisasi. jika aktif sepenuhnya, anda menjadi seorang yg mempunyai intuisi dan imaginasi tinggi. ia dikaitkan dgn warna violet

7. cakra mahkota (sahasrara)
-terletak pada bahagian ubun-ubun kepala.
-cakra ini adalah berkenaan kebijaksanaan (wisdom) dan anda sentiasa peka dgn keadaan sekeliling dan fleksibel dalam pemikiran.ia berwarna putih dan ada juga berpendapat ia berwarna violet

Dalam posting berikutnya, saya akan menghuraikan teknik-teknik untuk mengaktifkan cakra ini. sementara itu boleh tengok dulu, berapa peratus terbukanya cakra anda, melalui ujian ini


24.3.08

Kaedah Melihat aura


Bagi melihat aura, anda perlu bertenang dan rileks, konsentrasi dan fokuskan mata anda pada satu arah yg khas.anda perlu berada di kawasan yg sederhana terang dan sebaiknya berlatarbelakangkan warna putih.

Cuba lihat aura benda yg simple ni dulu:-

-letakkan satu buku yang berwarna biru di atas meja dan beralaskan kertas putih.
-tarik nafas dalam-dalam dan rileks-pastikan fikiran anda tidak tegang
-fokus dengan tenang pada buku itu
-lama kelamaan anda akan dapat lihat satu aura kuning mengelilingi buku itu.
-cuba pula buat pd buku warna merah. anda akan dapat lihat aura hijau pd sekeliling buku itu.

Cuba pula latihan ni-lihat aura pada rakan anda!

-minta rakan anda berdiri lebih kurang 50 cm dari dinding putih, pada kawasan sederhana terang.
-anda berdiri lebih kurang 3 meter dari rakan anda
-fokuskan di sekitar kawasan kepala dan bahu...-anda akan dapat melihat seakan-akan selubung putih kelabu ataupun warna keperakan mengelilingi tubuh rakan anda. bila anda hilang fokus, cahaya itu akan hilang. fokuskan semula.

cuba latihan ini berkali-kali dan jgn putus asa jika anda tak berjaya melihat aura pd peringkat permulaan. anda memang boleh lakukan dan ianya tidaklah sukar mana!

Aura dan Makna Warna

warna aura yg utama ada 7 jenis ie indigo (biru nila), biru, hijau, kuning, oren dan merah




  • warna indigo bermaksud individu itu memiliki daya spiritual yg baik. mereka terdiri drp individu yg baik budi pekerti serta hati yg ikhlas


  • warna biru- individu itu memiliki daya mental tinggi, bijaksana dan berfikiran logik. dia juga memiliki daya intuisi (gerak hati) yg tinggi.


  • warna hijau-mempunyai keseimbangan diri, keharmonian, kebolehan, berkemahiran dan dpt menyesuaikan diri. tetapi warna hijau gelap bermaksud cemburu, curang dan penipu


  • warna kuning bermakna cinta, kasih sayang, belas kasihan dan simpati. tetapi warna kuning gelap bermaksud kecurigaan dan syak wasangka


  • warna oren bermaksud tenaga dan kesihatan. warna oren gelap pula bermaksud pemikiran dan tahap pemikiran rendah


  • warna merah bermaksud fizikal yg cergas serta mnyai cita-cita hidup dan daya seksual yg tinggi. tetapi warna mearah gelap pula bermaksud kekejaman, nafsu yg terburu-buru dan bernafsu buas.


selamat mencuba!




Aura

Apakah itu aura?
Aura ialah gelombang tenaga elektromagnetik berbentuk bujur telur (eggshell) yg berada di sekeliling badan kita dgn warna2 tertentu (seakan-akan awan). Aura bertukar warna dan bentuk mengikut bentuk mood, pemikiran dan interaksi kita dgn manusia lain, haiwan, tumbuhan, mahupun kristal ataupun mineral tertentu. semua benda hidup mahupun tidak hidup mempunyai aura masing2 dan kita boleh melihat aura-aura ini dengan sedikit latihan mata ataupun dgn sejenis kamera khas (kamera kirlion)
Apa yg menarik, bila kita berkebolehan melihat aura orang, kita boleh membaca tingkah laku, sikap, sifat mahupun fikiran orang tersebut! manusia boleh berbohong tapi tidak boleh menyembunyikan aura mereka!
Dengan sedikit latihan juga (meditasi, latihan pernafasan dsb), kita boleh meningkatkan/menebalkan aura kita dan tentu sekali kita akan menjadi manusia lebih hebat.
Aura juga berkait rapat dengan pusat tenaga dalam manusia yang dipanggil cakra. terdapat 7 cakra utama yang terletak di paksi tengah badan.Dengan kita mengaktifkan cakra-cakra ini, dengan sendirinya akan menguatkan aura kita. Dalam posting-posting berikutnya saya akan menerangkan dgn lebih lanjut ttg cara membaca aura, maksud warna2 tertentu aura, kaedah meditasi, pernafasan, dan kaedah mengaktifkan cakra. sampai di sini dulu!

22.3.08

Gelombang Otak (brainwave)




Pada peringkat mana gelombang otak anda berada?
Gelombang otak terbahagi kpd empat peringkat yang berlainan dari segi fungsi dan kegiatannya.



Peringkat beta

Pd peringkat ini, kegiatan otak adalah antara 14-30 Hz.peringkat ini melibatkan minda sedar. manusia yg berada pd peringkat ini adalah mereka yg sdg menyelesaikan masalah yg mencabar ataupun sdg berfikir dgn penuh fokus, menganalisis atau sdg exam



peringkat beta menyebabkan manusia berada dlm keadaan stress, marah atau kecewa. pd peringkat ini, pertimbangan akal adalah minimum dan idea-idea kreatif jarang terhasil.sbb itu kita selalu melakukan kesilapan semasa exam!

Peringkat alpha

Pd peringkat ini, kegiatan otak adalah antara 8-14 Hz. pd masa ini, kita berada dlm keadaan tenang, santai dan tdk memerlukan konsentrasi-cth semasa sdg mandi, bersiar-siar atau lepak2 di tepi pantai. pd peringkat ini idea2 kreatif yang spontan muncul.gerak hati (intuition) juga timbul ketika ini.



Peringkat theta

Kegiatan otak adalah 4-8 Hz. saat ini kita berada dlm keadaan tenang yg tiada tolak bandingnya.manusia yg berjaya mencapai tahap theta adalah mereka yg terlibat dgn aktiviti kerohanian spt ahli sufi, pengamal ilmu kebatinan atau mahaguru yoga. walaubagaimanapun jarang org boleh sampai ke tahap ini. kebanyakannya hanya sampai ke tahap alpha shj

Peringkat delta

Kegiatan otak adalah 1-4 Hz.ini adalah peringkat paling tinggi yang boleh dicapai semasa meditasi. ia adalah juga gelombang otak semasa kita tidur.pada peringkat ini, banyak hormon penyembuhan dirembes oleh badan dan banyak penyakit boleh sembuh semasa kita tidur (dgn kita 'memprogramkan' minda separa sedar!)



Adalah nyata, kita mestilah selalu berusaha untuk sampai ke peringkat alpha (kalau boleh setiap masa!) barulah kita boleh mengoptimumkan keupayaan minda separa sedar kita secara optimum.keadaan ini boleh dicapai dgn kaedah meditasi yang akan diterangkan dlm posting lain.jumpa lagi!

20.3.08

Potensi Minda Separa Sedar




ini ialah rupa neuron iaitu unit sel-sel otak dianggarkan terdapat sebanyak 100 billion neuron yang membentuk otak! bayangkan jika kita fully optimize neuron sebanyak itu.
pakar-pakar pengkaji otak menyatakan manusia hanya menggunakan tidak lebih dari 2% daripada keupayaan otak yang dimiliki. mana hilangnya lagi 98%?? ya! kita mensia-siakan anugerah yang Tuhan berikan..





Akal adalah anugerah Tuhan kepada manusia. sebahagian daripada akal dipanggil MINDA. apa itu minda? minda ialah tenaga yang terbentuk daripada fikiran, perasaan, mimpi dan lain-lain

Minda terbahagi kepada 3 ie minda sedar (concious mind), minda separa sedar (subconcious mind) dan minda super (superconcious mind).kita akan tumpukan pada minda sedar dan minda separa sedar dahulu

minda sedar
-berfungsi dalam alam fizikal (nyata)dimana pancaindera memainkan peranan. minda kita dibatasi ruang dan masa. minda sedar juga dapat berfikir dan mengeluarkan pendapat.pemikiran ini menghasilkan buah fikiran (thought) yg memberikan arahan kepada minda separa sedar




minda separa sedar (mss)
-bertugas mengawal segala aktiviti organ dan tisu badan secara semulajadi tanpa kita sedari- cth: aktiviti denyutan jantung, pernafasan, penghadaman dsb. juga aktiviti2 terlatih spt memandu kereta, memakai pakaian dsb. jadi kita tak perlu fikir utk buat ini semua

kehebatan minda separa sedar
mss sentiasa patuh kpd setiap arahan minda sedar. jika arahan yg diterima positif, tugas yg dilaksanakan juga positif dan begitulah sebaliknya. analoginya adalah spt robot yang sentiasa menurut arahan tuannya!

kita perlu sedar 90% aktiviti mental dan kehidupan manusia dikawal oleh mss.ia membentuk badan manusia dan memelihara seluruh tenaga vital.mss sentiasa bekerja 24 jam, 7 hari seminggu.



anda tentu pernah menyaksikan David Blaine yg mempunyai kuasa membengkokkan sudu/garfu, duduk dalam ketulan ais, mengunyah kaca dsb. sebenarnya kita boleh membuat aksi seperti beliau, jika kita mahu! yupp, jika kita menggunakan minda separa sedar kita dengan optimum

kuasa minda separa sedar juga boleh mengubah diri kita menjadi lebih berani dan hebat, lebih konfiden, merawat diri sendiriatau orang lain, meningkatkan gerak hati (sixth sense), meningkatkan aura, mengembara ke merata tempat (tanpa jasad), telepati dsb. semuanya saya akan huraikan satu persatu di dalam blog ini...so stay tuned dan tunggu posting berikutnya!

Must Read!


Buku ini begitu menarik perhatian saya dan saya mengesyorkan anda semua membacanya!

Ia menghuraikan dgn bahasa yang mudah tentang 'the sleeping giant' yang ada dalam setiap dari kita-iaitu minda separa sedar (subconcious mind). jika anda boleh mengoptimakan kuasa minda separa sedar, percayalah anda boleh menjadi 'superhuman'!
penulis dalam buku ini mengajar kita, step by step ttg:

-kaedah hipnosis
-teknik meditasi dan pernafasan terarah
-rahsia melihat aura
-kuasa telekinesis (menggerakkan objek dgn kuasa minda)
-teknik merawat dgn tenaga prana
-pengembaraan jiwa dan banyak lagi!

dapatkan di kedai buku berhampiran (tolong promote free ni :)).harga murah je RM 20+

Rawatan Holistik


Kita mungkin pernah dengar-manusia itu terdiri dari 3 elemen asas- badan(body),minda(mind) dan roh (spirit)/aura

Apakah yg dimaksudkan dengan kesihatan (health)?
kesihatan bermaksud bebas dari semua penyakit fizikal, minda dan roh (spirit)

Perubatan Moden

Perubatan moden yg mengalami revolusi yg hebat selepas kurun ke-19, adalah berasaskan sains,tetapi yg menjadi masalahnya, sains hanya ilmu yg berdasarkan pemerhatian, eksperimen dan kesimpulan objek2 nyata. sains tidak boleh membuktikan elemen2 yang tidak boleh dijangkau oleh fikiran manusia

Perubatan moden banyak merawat penyakit berdasarkan simptom ie-"treating the symptoms, not the patients". dgn lain perkataan, perubatan moden hanya merawat masalah fizikal semata2 tanpa (atau terlalu sedikit) mengambil kira elemen2 spt terapi minda dan aura.jadi bolehkah pesakit sembuh dalam erti kata yang sebenarnya? anda dan saya tahu jawapannya: pasti tidak!


minda
/\
badan-----aura


Rawatan holistik merawat pesakit dengan mengambil kira masalah yang dihadapi pada 3 pillars manusia iaitu minda, badan dan roh. ketiga2 elemen ini sebenarnya berkait rapat antara satu sama lain tetapi minda adalah pillar yang paling utama iaitu ia mengawal jasad dan roh.
cth jika minda kita selalu memikirkan kita sakit, badan kita juga akan rasa sakit dan ini juga akan reflected pada aura.( ada teknik2 tertentu untuk 'membaca' aura, cth menggunakan kamera khas). begitu juga jika aura kita lemah (dipanggil 'lemah semangat' oleh orang2 tua), badan kita juga akan jadi lemah dan mudah dihinggapi penyakit)

perhatikan- minda berada di puncak segitiga-mengawal roh dan jasad. Jadi, dalam rawatan holistik, untuk merawat sesuatu penyakit, minda mestilah dirawat dahulu iaitu 'dituned', lepas itu barulah badan dan aura di rawat serentak. Rawatan badan pastilah menggunakan ubatan2 tertentu (ubatan moden, herba, vitamin dsb) dan aura dirawat dengan kaedah rawatan seperti reiki

jadi itulah halatuju blog ini untuk menghuraikan ttg rawatan holistik yang mencakupi ke-3 elemen yang disebutkan. walaubagaimanapun, saya akan lebih menumpukan ttg rawatan minda dan aura. biarlah sahabat2 saya yang ramai diluar sana concentrate untuk merawat 'badan' dengan segala macam drugs, herba, antioxidants, dan macam-macam.







LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Holistic Followers

mindfulness

Loading...

Home..