"And He feeds me and quenches my thirst and when I fall sick then He (Allah) cures me" [Soorah Shu'araa: 80]


2.2.15

Mindfulness-benarkah cuma dari Buddha?

Assalamualaikum wbt




Artikel hari ini, saya akan sekali lagi menyentuh topik yang menjadi kegemaran dan bidang kajian saya kebelakangan ini iaitu "Mindfulness". Topik ini pernah disentuh dalam posting yang lepas:

http://rawatan-holistik.blogspot.com/2014/03/mindfullness.html

Kamus Dewan mendefinisikan mindfulness sebagai keprihatinan

(http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=mindfulness)


Bagi saya ini kurang tepat dan tidak mencapai maksud yang ingin disampaikan melalui huraian pakar psikologi moden. Saya lebih bersetuju dengan istilah "tumpatsedar" atau "padatsedar", mengikut pandangan seorang penyelidik al-Quran dan ICT (http://kajian-quran.blogspot.com/2010/01/al-quran-sains-vs-al-quran-ict.html)

Baiklah, kita tinggalkan polemik tentang istilah, yang penting adalah INTIPATI atau ESSENCE dari mindfulness ini...

Mindfulness dikatakan dicedok dari amalan Buddha (http://en.wikipedia.org/wiki/Mindfulness#Jon_Kabat-Zinn_and_MBSR). Ini mungkin menyebabkan sesetengah kita merasa ragu..takut-takut tergelincir aqidah bila belajar tentang mindfulness ini..apalagi bila mempraktikkannya

Bagaimana dalam Islam? Adakah amalan ini tiada dalam Islam?

Jawapannya saya temukan dalam artikel yang ditulis Dr Ian Ellis-Jones-seorang menteri/peguam/pensyarah dari Australia yang banyak mengkaji psikologi pelbagai agama

Rujuk: 

http://ianellis-jones.blogspot.com/2013/02/mindfulness-and-islam.html

Artikel ini bagi saya ditulis dengan jujur dan terbuka, malahan penulisnya bukan seorang Islam!

" I am not a Muslim, and Islam is certainly not my favourite religion". katanya...awal-awal

Tak apalah..kita biarkan sahaja dia..kita pergi ke bahagian yang lebih menarik..

"I’m ‘into’ mindfulness---which is all about health and wellness---and the essence of mindfulness (which, by the way, is not a religion) is this---unconditional surrender to what is. Such surrender is the result of a choiceless awareness to life as it unfolds from one moment to the next. In essence, the word ‘Islam’ means voluntary and total submission---in peace---to the will of the Almighty (Allah) together with a striving after Truth so as to do the will of Allah. Submission and surrender are essentially the same thing, for both involve a letting-be and a calm acceptance of whatever is. The word ‘Islam’ refers to that total peace that comes from such submission or surrender"

Terjemahan:

"Saya mendalami bidang mindfulness-iaitu semuanya berkait dengan kesihatan dan kesejahteraan-dan intipati mindfulness (iaitu ianya bukanlah suatu agama) ialah begini- PENYERAHAN TANPA SYARAT. Penyerahan begini adalah kesan dari kesedaran tanpa dapat memilih kepada apa yang berlaku setiap detik ke detik dalam kehidupan.

Secara ringkas, perkataan Islam itu sendiri bermakna secara sukarela dan penyerahan total--dalam kedamaian-- kepada Kehendak Allah Yang Maha Agung berserta dengan usaha mencari kebenaran dalam melaksanakan Kehendak Allah

Ketundukan dan Penyerahan adalah perkara yang sama-keduanya melibatkan penerimaan kepada apa-apa yang akan berlaku dan tenang dalam menerima apa pun

PERKATAAN ISLAM MERUJUK KEPADA KEDAMAIAN MUTLAK HASIL DARI KETUNDUKAN DAN PENYERAHAN ITU"

Sebagai seorang Islam, tentulah kita pernah mendengar pengertian perkataan ISLAM itu dari segi bahasa dan istilah

Dari segi bahasa, Islam berasal dari kata aslama yang berakar dari kata salama;

Antara pengertiannya ialah 

1. Berasal dari ‘salm’ (السَّلْم) yang bererti damai.
2. Berasal dari kata ‘aslama’ (أَسْلَمَ) yang bererti menyerah.

(http://edukasi.kompasiana.com/2012/07/12/islam-muslim-menurut-bahasa-dan-istilah-470655.html)

Hasil yang dapat kita simpulkan "Mindfulness" merupakan intipati ajaran Islam itu sendiri dan sifat-sifat yang perlu ditegakkan oleh seorang Muslim seperti berkasih sayang, menghormati, kasihan belas, sabar, redha, syukur dan lain-lain







LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Holistic Followers

Home..