"And He feeds me and quenches my thirst and when I fall sick then He (Allah) cures me" [Soorah Shu'araa: 80]


11.10.12

Preview Buku : Zikir Penyembuh Kanser



Buku Zikir Penyembuh Kanser adalah hasil pengalaman penulisnya, Prof. Dr. H.M Amin Syukur dalam menghadapi saat getir melawan penyakit kanser yang dihadapinya (sebanyak 2 kali!) sehingga berjaya sembuh sepenuhnya.

Apa yang menarik, adalah beliau mengaplikasi sepenuhnya kaedah rawatan secara HOLISTIK iaitu menuruti sepenuhnya kaedah perubatan moden (kemoterapi dan radioterapi) disamping amalan-amalan zikir dan meditasi yang dibuat secara berterusan dan berjadual. 

-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Buku ini dibahagikan kepada empat bahagian: 

Bahagian Pertama: Kesediaan Saya Menjalani Hidup

Bahagian Kedua: Hidup mati Saya Melawan Kanser

Bahagian Ketiga: Saya Sembuh Kerana Zikir dan Doa Dengan Izin Allah SWT

Bahagian Keempat: Kesakitan Memberi Banyak Hikmah

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Antara yang menarik adalah teknik nafas zikrullah yang dilakukan beliau: 

 1) Mata dipejamkan 

 2) Membaca Bismillahirrahmanirrahim 

 3) Lidah dilekatkan ke langit 

 4) Ambil nafas perut (yakni perut kembung ketika menarik nafas) selama kiraan 7 hingga 10 

 5) Tahan nafas sepanjang penarikan (ketika menahan nafas, membaca doa-doa yang semampunya seperti Allahumma sihat, Allahumma normal atau lain-lain yang seupamanya) 

 6) Mengeluarkan nafas sambil membaca Allahuakbar 



Teknik visualisasi juga digunakan (untuk mengeluarkan penyakit dari tubuh): 

Sebelum melakukan pernafasan, konsep penyakit yang sedang dideritai itu perlu difahami. Sesudah itu penyakit tersebut dibayangkan atau divisualisasikan bentuknya, kemudian dikeluarkan dari tubuh. Caranya: 

1) Menarik nafas dengan teknik yang telah dikemukakan secara umum seperti di atas. menarik nafas sehingga puas dan menahannya di sepanjang penarikan tersebut. Ketika menahan nafas, ia disertai dengan permohonan (doa) semampunya dan kemudian mengeluarkan nafas panjang sambil mengucapkan Allaaaahu Akbar (agak panjang) sambil membayangkan sedang mengeluarkan penyakit kanser atau penyakit yang ada dari dalam tubuh 

 2) Kemudian setelah dikeluarkan dari tubuh, fikiran atau perasaan kita membayangkan adanya gunting yang memutus, sambil mengatakan dalam fikiran atau hati ; "putus", sambil membayangkan (visual) gunting memotong ke arah penyakit yang sedang dikeluarkan tersebut. Tujuan visual ini agar penyakit yang sudah keluar itu tidak akan kembali lagi

 (m/s 176-179) 



Pada saya buku ini harus dimiliki oleh setiap keluarga, yang mementingkan rawatan secara HOLISTIK, lebih-lebih lagi bagi penghidap kanser. Penulisnya telah membuktikan, tiada yang mustahil bagi kesembuhan penyakit kritikal seperti kanser (walaupun pada mulanya hanya dijangka hidup 3 bulan sahaja), asalkan dengan USAHA yang gigih serta TAWAKAL seseorang kepada Allah. Dialah (Allah) yang menurunkan penyakit, dan Dialah juga yang menyembuhkannya.

 *Buku boleh dipesan di sini: http://inteammobile.com/v2/index.php?route=product/product&product_id=261

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Holistic Followers

Home..