Definisi tekanan darah tinggi (hypertension):
Tekanan darah sistolik > 140 mmHg dan/atau tekanan darah diastolik > 90 mmHg (CPG: Malaysian Guidelines 2008)
Klasifikasi (CPG: Malaysian Guidelines 2008) :
Kebanyakan pesakit darah tinggi dinasihatkan supaya mengurangkan pengambilan garam (Sodium,Na+) dalam makanan, ini memang benar, tetapi pernahkah anda dinasihatkan juga supaya meningkatkan pengambilan POTASIUM (K+) dalam diet?
Antara tugas Sodium yang yang penting adalah mengawal volume cecair dalam badan anda. Sodium membantu untuk 'menarik' air supaya kekal di dalam darah anda.
Pengambilan Sodium secara berlebihan menyebabkan lebihnya volume air terkumpul dalam badan dan sukar untuk disingkirkan (melalui buah pinggang)
Kajian mendapati secara purata, penduduk A.S memakan sebanyak 3300 mg sodium sehari, sedangkan pakar pemakanan hanya mengesyorkan limitnya sebanyak 2300 mg sehari).
Manakala jumlah pengambilan Potasium yang disyorkan adalah 4700 mg sehari, manakala secara purata, penduduk AS hanya mengambil sebanyak 2000-2500 mg sahaja.
Tidak menghairankan 1 dalam 3 penduduk AS mendapat tekanan darah tinggi!
Apa itu faktor K?
Richard D. Moore, MD, PhD adalah seorang pakar yang telah sekian lama mengkaji hubungan antara Potasium dengan darah tinggi.
Dalam bukunya "The High Blood Pressure Solution: Natural Prevention and Cure with the K factor",
Dr Moore telah menunjukkan bagaimana dengan makan menurut Faktor K, iaitu didefinisikan sebagai nisbah Sodium:Potasium sekurang-kurangnya 1:4 boleh mencegah penyakit darah tinggi, stroke dan kematian pra-matang
Dengan memakan makanan yang tinggi Potasium, rendah Sodium juga dapat mencegah penyakit buah pinggang dan jantung yang disebabkan oleh darah tinggi.
Bagaimana Meningkatkan Faktor K?
-Memakan sayuran, kekacang (legumes), biji-bijirin dan buah-buahan
-Makanan-makanan semulajadi (tanpa diproses) ini membekalkan nisbah Sodium-Potasium sekurang-kurangnya 1:50. Pisang, nisbahnya sangat tinggi (1: 440), begitu juga oren (1: 260)
Sumber-Sumber Potasium Yang Tinggi:
-Buahan sitrus seperti oren dan grapefruits. 1 cawan oren membekalkan 500 mg
-Ikan seperti tuna, halibut (400 mg+ setiap hidangan)
-Pisang (450 mg)
-Tomato (440 mg)
-Epal (182 mg)
-Honeydew
Tips Pengambilan Diet Untuk Pesakit darah Tinggi
1) Kurangkan pengambilan makanan berproses/makan di restoren
-1 Big Mac mengandungi 1070 mg sodium
-Semangkuk sup mengandungi 800 mg sodium
2) Makan dengan Nisbah Sodium-Potasium sekurang-kurangnya 1:4
-Jika contohnya anda makan makanan yang mempunyai sodium 1000 mg, anda kena 'balance' dengan makanan yang mengandung Potasium 4000 mg
3) Makan Makanan Potasium Tinggi (seperti contoh-contoh di atas)
No comments:
Post a Comment