"And He feeds me and quenches my thirst and when I fall sick then He (Allah) cures me" [Soorah Shu'araa: 80]


13.6.09

Anak Kunci Gedung Khazanah Langit dan Bumi


Meskipun ada beribu-ribu doa, bacaan dan amalan oleh orang-orang Sufi, namun ada beberapa formula yang tertentu yang lebih darjat dan manfaatnya, seperti yang dikemukakan disini, yang digelar 'Maqalad as-Samawi wal-Ard' yang bererti 'Kunci Pembuka Khazanah Langit dan Bumi'.Meskipun khas untuk menyembuhkan penyakit-mengelakkan penyakit pada sehari bacaan itu diamalkan-faedah dari sebutan itu bukan terhad kepada penyakit badan sahaja, tetapi juga penyakit lain , seperti tersebut dalam hadith.

Diberitakan bahawa Uthman ibn Affan r.a telah meminta penjelasan lanjut tentang firman Allah berkaitan dengan Kunci Pembuka Khazanah Langit dan Bumi (yang tersebut beberapa kali dalam al-Quran).Nabi Muhammad s.a.w berkata kepadanya:

"Kamu bertanya kepada saya apa yang orang lain belum pernah bertanya.Kunci pembuka Khazanah langit dan bumi adalah seperti berikut:


Seterusnya Nabi s.a.w bersabda: "Wahai Uthman! Barangsiapa membacanya 100 kali sehari akan dikurnia 10 faedah:

1) Segala dosanya yang lalu akan diampunkan

2) Terlepas dari seksaan neraka

3) Dua orang malaikat akan untuk memeliharanya siang dan malam dari penyakit dan kesiksaan

4) Dia dikurnia perbendaharaan rahmat dan berkat

5) Dia mendapat pahala seperti membebaskan 100 orang hamba abdi drp keturunan Nabi Ismail a.s

6) Dia diberi pahala spt membaca seluruh al-Quran, Zabur, Taurat dan Injil

7) Sebuah rumah akan didirikan untuknya di syurga

8) Dia akan berkahwin dengan seorang bidadari syurga

9) Dia akan dipermuliakan dengan mahkota kemuliaan

10) Permohonan keampunannya bagi 70 saudaranya akan dimakbulkan

Wahai Uthman! Kalau kamu mampu, janganlah lupa membacanya setiap hari.Kamu akan termasuk dalam golongan orang-orang yang berjaya dan melampaui orang-orang yang sebelum dan selepas kamu"

Nota:

Bacaan ini boleh dibaca 21 kali setiap selepas solat.Lama membacanya tidak lebih 3 atau 4 minit sahaja.


~Dipetik dari 'Kitab al-Tibb al-Rauhi as-Sufi' (Kitab Ilmu Perubatan Kesufian) oleh Sheikh Hakim Moinuddin Chisti

2 comments:

Anonymous said...

ayat romanize tuan tidak betul harap dapat di romanisekan berdasar ayat Salam bahasa arab

dr hapizi said...

Benar tuan. terima kasih atas teguran. ikut yang tulisan jawi, bukan rumi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Holistic Followers

mindfulness

Loading...

Home..