Saya tertarik nak mengulas buku ni atas beberapa sebab:-
1)'Pencegahan Penyakit Jantung Dari Perspektif Holistik'- satu topik yang begitu dekat dengan 'jiwa' saya
2)Penerbitnya-Universiti Malaya-yang merupakan alma matter saya yang tercinta
3)Salah seorang penulis buku ni iaitu Prof Dr Wan Azman Wan Ahmad yang merupakan bekas pensyarah perubatan (cardiology) yang begitu disegani dan dihormati.Seorang lagi penulis ialah Prof Madya Dr Fatimah Ibrahim, dari Jabatan Kejuruteraan Perubatan.
Lalu anda semua lihatlah topik-topik yang dikarang oleh penulis-penulis yang menerangkan secara mendalam, tetapi ringkas dan mudah difahami, tentang aspek perubatan Islam dengan penekanan kepada pencegahan penyakit jantung.
Sebuah buku yang patut dimiliki di setiap rumah!

Tajuk : Pencegahan Penyakit Jantung Dari Perspektif Holistik
Pengarang : Fatimah Ibrahim & Wan Azman Wan Ahmad
Penerbit : Universiti Malaya
ISBN : 978-983-2417-52-1
Mukasurat : 87
Status Stok : ADA
Kehidupan adalah satu anugerah Tuhan yang sangat berharga. Ia bermula dengan denyutan jantung yang pertama semasa kita berada di dalam perut ibu dan tamat dengan denyutan jantung yang terakhir. Apabila kita meneliti bagaimana jantung kita berfungsi, kita dapat melihat keajaiban organ yang sebesar genggaman tangan ini merasai kebesaran dan keagungan pencipta-Nya. Sesuatu yang begitu penting dan berharga yang telah diamanahkan kepada kita sejak bermula kehidupan kadang-kadang menyebabkan kita tidak tahu untuk menghargainya. Kebiasaan manusia apabila sudah terkena penyakit jantung atau lemah jantung, barulah mula sedar betapa besarnya nikmat tersebut. Buku ini adalah rentetan dari buku Solat Kebaikan Dari Perspektif Sains. Fokus buku ini adalah kepada pencegahan penyakit jantung dari perspektif holistik yang menerangkan pencegahan dari aspek perubatan moden dan Islam.
KANDUNGAN
BAB 1: Mengenali Jantung Anda
- Pengenalan
- Ruangan (Kompartmen) Jantung
- Proses Pengaliran Dan Sistem Kardiovaskular
- Sistem Elektrikal (Konduksi)
BAB 2: Penyakit Kardiovaskular
- Pengenalan
- Strok (Angin Ahmar)
- Tekanan Darah Tinggi
- Aneurysm
- Kegagalan Jantung Kongestif
- Angina
- Serangan Jantung
BAB 3: Atheroklerosis: Punca Kebanyakan Penyakit Kardiovaskular
- Pengenalan
BAB 4: Faktor-Faktor Risiko Atherosklerosis
- Pengenalan
- Faktor Risiko Tak Terkawal
- Faktor Risiko Terkawal
- Kencing Manis (Diabetis Mellitus)
- Obesiti
- Merokok
- Langkah Pencegahan
BAB 5: Pencegahan Atherosklerosis
- Pengenalan
- Pencegahan Atherosklerosis Dari Perspektif Perubatan Moden
- Rawatan Penyakit Jantung
- Rawatan Perubatan Menggunakan Ubat-Ubatan
- Rawatan Pembedahan Dan Angioplasti
BAB 6: Pencegahan Penyakit Kardiovaskular Menurut Gaya Hidup Islam
- Anjakan Paradigma
- Adab Makan Dan Minum Mengikut Cara Hidup Islam
- Menyebut 'Bismillahirrahmanirrahim'
- Makan Secara Sederhana
- Berkat Dalam Makanan
- Postur Duduk Yang Disyorkan Semasa Makan
- Kesederhanaan Dalam Kehidupan
- Cara Hidup Sederhana Yang Diamalkan Oleh Penduduk Madinah
- Diet Pemakanan Yang Disyorkan Oleh Islam
- Limau
- Bijan Hitam
- Madu
- Buah Zaiton Dan Minyak Zaiton
- Kurma
- Pisang
- Anggur
- Delima
BAB 7: Gaya Hidup Cara Islam
- Pengenalan
- Doa
- Membaca Al-Quran
- Zikir
- Berjalan Kaki
- Solat
- Kebaikan Solat Untuk Kesihatan
- Kadar Denyutan Jantung
- Faktor-Faktor Mempengaruhi Kadar Denyutan Jantung
- Kajian Denyutan Jantung Pada Setiap Postur Solat
Utk order:-
atau hubungi saya sendiri-
dr_hapizi@yahoo.com (Saya akan pos ke alamat anda dengan tambahan kos courier RM 10)
No comments:
Post a Comment