"And He feeds me and quenches my thirst and when I fall sick then He (Allah) cures me" [Soorah Shu'araa: 80]


9.11.09

Ulasan Buku-"Rahsia Khazanah Ilmu Pyracosmic"


Kali ini saya ingin membicarakan sebuah buku tulisan Dr. Lothfi berjudul 'Rahsia Khazanah Ilmu Pyracosmic' yang bagi saya begitu menarik, kerana petikan-petikan ayat Al-Quran dikaitkan dengan konsep sains moden, guna untuk menyembuhkan kesihatan manusia sejagat, baik jasmani atau rohani.

Dalam Bab Enam, dijelaskan unsur teras kejadian manusia menurut Al-Quran yang terdiri dari 7 bahagian.

1) "Dia (Allah) menjadikan manusia seperti tembikar (tanah yang dibakar)"-Ar-Rahman:14

-Yang dimaksudkan dgn kata "shal-shal" dalam ayat di atas ialah tanah kering atau setengah kering yakni 'zat pembakar' atau OKSIGEN

2) Di dalam ayat itu juga disebutkan kata 'fakhkhar' yang maksudnya ialah KARBON


3) "Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat; sesungguhnya Aku (Allah) hendak menciptakan seorang manusia (Adam) dari tanah kering dan lumpur hitam yang berbentuk (berupa)-Al-Hijr:28

-'Hamaa-in' di ayat tersebut ialah NITROGEN

4) "Dan (Allah) menciptakan manusia berasal daripada tanah"-As-Sajadah: 7

-Yang dimaksud dengan kata 'thien' (tanah) di ayat di atas ialah HIDROGEN

5) "Sesungguhnya Aku (Allah) menjadikan manusia daripada tanah liat" -As-Shaffat:11

-Yang dimaksud dengan kata 'lazib' (tanah liat) di ayat ini ialah ZAT BESI

6) "Dia (Allah) menjadikan Adam daripada tanah kemudian Allah berfirman kepadanya jadilah engkau, lalu terbentuklah manusia"-Surah Ali Imran: 59

-Yang dimaksud dengan kata 'turab' di ayat ini ialah 'UNSUR-UNSUR ZAT ASLI YANG TERDAPAT DALAM TANAH'

7) "Maka setelah Aku (Allah) sempurnakan (bentuknya), lalu kutiupkan ROH-Ku kepadanya (Roh daripada-Ku)"-Al-Hijr: 28

Bab tujuh menghuraikan rahsia air dalam penyembuhan.Oleh kerana manusia itu terdiri dari 70% air, maka fikirkanlah-jika 70% air ini dapat dirawat dengan sempurna, maka dengan sendirinya kita telah merawat hampir keseluruhan komposisi badan kita.

Kerana itu perhatikan firman Allah dalam surah Al-Anbiya' ayat 30:

"Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup.Maka mengapakah mereka tidak juga beriman?"


Bab lapan pula menghuraikan tentang keajaiban teknologi silam iaitu piramid.Menurut kajian Dr. Lothfi, struktur piramid dapat menyerap, mengumpul dan menjana (ampifier) tenaga yang berada di dalam struktur piramid tersebut.

-Oleh kerana itulah 'pyracosmic' diilhamkan iaitu gabungan 'pyramid' dan 'cosmic' iaitu penyerapan dan pengumpulan tenaga kosmos, terutamanya dalam rawatan penyakit fizikal dan metafizik.

Saya menyarankan setiap orang memiliki buku ini untuk bacaan rujukan ilmiah, terutamanya dalam bidang ilmu metafizik Islam.


~Untuk pembelian, hubungi HQ Pyracosmic- 0380248553/0380248551

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Holistic Followers

Home..