"And He feeds me and quenches my thirst and when I fall sick then He (Allah) cures me" [Soorah Shu'araa: 80]


18.11.09

Anda Tidak Sakit Tapi Anda Dahaga!


"Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada mulanya bercantum?, lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?"

(al-Anbiya':30)


Lebih 70% permukaan bumi diliputi air-bagaimanapun 98% daripadanya terdiri dari air masin.Cuma sejumlah 2% daripada air di bumi dapat diminum, itupun sebahagiannya terperangkap sebagai glasier yang membeku.

Air adalah asas semua kehidupan (seperti firman Allah dalam Surah al-Anbiya':30 di atas).Otot-otot yang menggerakkan anda terdiri dari 75% air, darah yang mengalirkan zat-zat makanan dan oksigen terdiri dari 80% air, paru-paru yang berfungsi dalam penukaran gas oksigen/karbon dioksida terdiri dari 90% air, otak sebagai 'CPU' badan terdiri dari 76% air, malahan tulang-tulang pula mengandungi 25% air. Secara keseluruhannya, badan kita terdiri dari 50-70% air.

Dr. Batmanghelidj, seorang doktor perubatan dari Amerika Syarikat telah membuat kajian mendalam tentang fungsi air dalam merawat pelbagai penyakit.

"You are not sick; you are thirsty.Don't treat thirst with medication"-kata Dr. Batmanghelidj.


Kajian beliau mendapati, hampir semua jenis simptom/penyakit, dari kesakitan sehingga ke darah tinggi dan kanser, adalah berpunca dari tubuh yang kekurangan air, yang digelar Unconditional Chronic Dehydration (UCD)

Menurut beliau lagi, fungsi Histamine (yang selalu dikaitkan dengan masalah allergy) adalah sangat penting dalam proses kawalan pengambilan air badan. Fungsi histamine akan menjadi kurang aktif bila badan cukup air. Sebaliknya histamine akan menjadi sangat aktif bila badan kekurangan air.Ini dimanifestasikan oleh kesakitan.

Jadi jika anda selalu mempunyai kesakitan seperti migraine, sakit/lenguh badan/sendi dan sebagainya, ini menunjukkan anda kekurangan air!

Anda mungkin tidak perlu makan Paracetamol,Ponstan, Voltaren, Celebrex dsb.Yang anda perlukan mungkin hanya segelas air!

"I have seen water completely reverse conditions such as: Asthma. Angina. Hypertension. Migraine headaches. Arthritis pain. Back pain. Colitis pain and chronic constipation. Heartburn and hiatal hernia. Depression. Chronic fatigue syndrome. High cholesterol. Morning sickness. Overweight problems. Even heart problems needing bypass surgery.
All these disease conditions responded simply and permanently to water. Ordinary water. Any water you feel comfortable to drink. Clean tap water is as good as any..."-Dr. Batmanghelidj




No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Holistic Followers

Home..