1) Cakra Mahkota (Crown Chakra)
-Terletak pada bahagian 'mahkota' kepala. Ianya mengawal dan mentenagakan kelenjar pineal, otak dan keseluruhan badan. Ia adalah salah satu pintu kemasukan utama prana. Mentenagakan Cakra Mahkota mempunyai kesan seperti mentenagakan keseluruhan badan. Ianya seperti kita menuangkan air ke dalam satu bekas, menyebabkan keseluruhan jasad 'dibanjiri' prana. Dengan sebab itulah, sesetengah perawat merawat dengan hanya mentenagakan Cakra Mahkota sahaja, walaupun kawasan yang berpenyakit terletak jauh dari situ. Kelemahan fungsi Cakra Mahkota menyebabkan penyakit yang berkaitan dengan kelenjar pineal dan otak. Ini juga boleh dimanifestasi sebagai penyakit fizikal atau psikologi.
2) Cakra Dahi (Forehead Chakra)
-Terletak di tengah-tengah dahi. Ia mengawal dan mentenagakan kelenjar pineal dan sistem saraf. Kelemahan fungsi kelenjar pineal menyebabkan kehilangan ingatan, lumpuh dan sawan (epilepsy). Mentenagakan Cakra Dahi mempunyai kesan seperti Cakra Mahkota, iaitu keseluruhan badan akan 'dibanjiri' prana.
3) Cakra Ajna (Ajna Chakra)
-Terletak antara dua kening. Ia mengawal dan mentenagakan kelenjar pituitari. Ianya juga mengawal atau mempengaruhi kelenjar endokrin lain, organ-organ penting lain dengan mengawal dan mempengaruhi cakra-cakra major lain. Kelemahan fungsi Cakra Ajna dimanifestasi dengan penyakit berkaitan kelenjar endokrin dan mata. Merawat penyakit diabetis bukan hanya dengan merawat Cakra Solar Plexus tetapi juga Cakra Ajna. Mentenagakan Cakra ini menyebabkan keseluruhan jasad ditenagakan. Mekanismenya berlainan dari Cakra Mahkota Dan Dahi. Mentenagakan Cakra Ajna menyebabkan cakra-cakra lain bercahaya dan aktif secara serentak, dan ini akan mentenagakan keseluruhan jasad. Ada juga sesetengah perawat yang hanya merawat dengan menyentuh bahagian Ajna ini dengan jari atau tapak tangan menyebabkan kemasukan prana dan pengaktifan keseluruhan cakra pesakit.
4) Cakra Kerongkong (Throat Chakra)
-Terletak pada bahagian tengah kerongkong. Ia mengawal dan mentenagakan organ kerongkong, thyroid dan parathyroid. Sebahagiannya ia juga mempengaruhi Cakra Seks. Kelemahan fungsi Cakra Kerongkong dimanifestasi sebagai penyakit berkaitan kerongkong seperti goiter, sakit tekak, hilang suara, asthma dan sebagainya.
5) Cakra Jantung Hadapan (Front Heart Chakra)
-Terletak di tengah-tengah dada. Ia mentenaga dan mengawal organ jantung, kelenjar thymus dan sistem salur darah (circulatory system). Cakra Solar Plexus agak sensitif kepada masalah emosi, stress dan tension dan mempunyai kesan yang kuat pada jantung fizikal dan Cakra Jantung Hadapan. Kelemahan fungsi Cakra Solar Plexus, oleh itu menyebabkan kelemahan fungsi Cakra Jantung hadapan dan jantung fizikal itu sendiri. Cakra Jantung hadapan dihubungkan dengan Cakra Solar Plexus dengan beberapa saluran bioplasma yang besar. Pesakit yang mempunyai masalah jantung biasanya mempunyai masalah kelemahan Cakra Solar Plexus juga.
Cakra Jantung Belakang (Back Heart Chakra)
-Terletak di belakang organ jantung. Tugas utamanya ialah mengawal dan mentenagakan organ paru-paru dan sebahagian kecilnya jantung dan kelenjar thymus. Kelemahan fungsi cakra ini menyebabkan masalah paru-paru. Cara untuk mentenagakan jantung ialah melalui Cakra Jantung Belakang ini.
Harus diingat, dengan mentenagakan jantung melalui Cakra Jantung Hadapan agak berisiko kerana ini boleh menyebabkan 'pranic congestion' pada jantung. Itulah sebabnya anda tidak dinasihatkan mentenagakan organ jantung dengan lama, secara 'direct' dari hadapan, sebaliknya ianya dilakukan melalui Cakra Jantung Belakang. Prana yang berlebihan akan mengalir ke paru-paru dan organ-organ lain dengan senang.
6) Cakra Solar Plexus Hadapan (Front Solar Plexus Chakra)
-Terletak di bahagian 'ulu hati'. Ia mengawal dan mentenagakan organ pankreas, hati, diafram, usus besar, apendiks dan perut, dan sebahagian usus kecil, paru-paru, jantung dan bahagian lain badan. Cakra solar plexus juga dinamakan pusat tenaga (energy clearing house centre).
Energi-energi halus dari cakra di atas dan di bawahnya melaluinya dahulu . Keseluruhan jasad boleh ditenagakan melalui cakra ini.
Kadang-kala, jika terlebih ditenagakan (overenergizing) cakra ini, boleh menyebabkan kesukaran bernafas. Oleh itu prana yang berlebihan mesti disingkirkan melalui kaedah penyapuan (sweeping).
Cakra solar plexus juga mengawal pemanasan dan penyejukan badan.
Kelemahan cakra ini boleh menyebabkan penyakit diabetis, hati, jantung dan penyakit lain yang berkaitan dengan organ yang dikawalnya.
Cakra Solar Plexus Belakang (Back Solar Plexus Cakra)
-Ianya terletak bertentangan dengan cakra solar plexus hadapan dan mempunyai fungsi yang sama dengan cakra solar plexus hadapan.
7) Cakra Limpa Hadapan (Front Spleen Cakra)
-Terletak pada bahagian kiri atas abdomen, antara cakra solar plexus hadapan dan cakra pusat.
Ianya adalah pintu kemasukan utama untuk prana udara (air prana or air vitality globule). Ia menjadi cakra yang sangat penting untuk kesihatan keseluruhan (general wellbeing) seseorang.
Ia mentenagakan cakra-cakra major lain dan keseluruhan badan dengan prana yang telah 'dicernakan' (digested).
Cakra Limpa Belakang
-Terletak bertentangan dengan cakra limpa belakang dan mempunyai fungsi yang sama.
Nota: Adalah TIDAK DINASIHATKAN untuk mentenagakan cakra limpa bayi dan kanak-kanak kerana ini boleh menyebabkan 'pranic congestion'. Jika ini berlaku, lakukan teknik penyapuan (sweeping). Juga TIDAK DINASIHATKAN untuk mentenagakan cakra ini untuk pesakit darah tinggi atau pernah mempunyai riwayat penyakit darah tinggi, kerana ianya boleh meningkatkan tekanan darah.
Bagaimanapun cakra ini digunakan untuk merawat pesakit yang terlalu lemah (weak/depleted)
Cakra ini hanya boleh dirawat oleh perawat yang berpengalaman sahaja.
8) Cakra Pusat (Navel Chakra)
-Terletak di bahagian pusat (navel). Ia mengawal dan mentenagakan usus kecil, usus besar bawah, apendiks dan kelenjar adrenal. Kelemahan fungsi cakra ini menyebabkan masalah sembelit, apendisitis, susah bersalin, lemah seluruh badan dan penyakit-penyakit lain berkaitan usus.
Cakra ini penting dalam penghasilan satu prana yang agak istimewa dan berlainan, yang dinamakan "synthetic ki". Orang yang mempunyai kekurangan "synthetic ki" mempunyai kelemahan dalam menyerap prana udara. Mereka biasanya cepat lemah dan penat berbanding orang yang normal.
9) Cakra Meng Mein (Meng Mein Chakra)
-Terletak pada bahagian belakang pusat. Ia bertindak sebagai 'stesyen pengepam' (pumping station) pada tulang belakang yang 'mengepam' prana ke bahagian atas, dari cakra dasar.
Ia mengawal dan mentenagakan organ buah pinggang, kelenjar adrenal dan mengawal tekanan darah.
Kelemahan cakra ini menyebabkan masalah buah pinggang, lemah seluruh badan, tekanan darah tinggi dan sakit belakang.
Cakra Meng Mein bayi, kanak-kanak, wanita mengandung dan orang-orang tua TIDAK PATUT ditenagakan disebabkan kesan sampingan serius yang terhasil. Cakra ini harus dirawat oleh mereka yang berpengalaman sahaja.
10) Cakra Seks (Sex Chakra)
-Terletak di bahagian pubik (bawah pusat). Ia mengawal dan mentenagakan organ seksual dan pundi kencing.
Kelemahan cakra ini dimanifestasi oleh masalah berkaitan seksual.
Cakra ajna, kerongkong dan dasar mempunyai pengaruh yang kuat pada cakra seks. Kelemahan cakra-cakra tersebut juga menyebabkan kelemahan pada cakra seks.
11) Cakra Dasar (Basic Chakra)
-Terletak pada bahagian dasar/hujung tulang belakang.
Ia mengawal dan mentenagakan keseluruhan jasad, terutama tulang, darah, otot, tisu, organ, kelenjar adrenal dan organ seksual. Ia juga memberi kesan kepada tindakbalas haba badan, kesihatan keseluruhan, dan perkembangan bayi dan kanak-kanak. Kelemahan fungsi cakra ini menyebabkan masalah kanser (umum), kanser tulang, masalah tulang belakang, darah, alahan, perkembangan jasad dan lemah seluruh badan.
..bersambung
3 comments:
The creativity of your blogs is best.This is something very best on your part.Providing information in the best possible manner is your best attribute.I love when you share your views through the best articles.Keep sharing and posting articles like these.This article has helped me a lot.Keep posting this stuff.
The creativity of your blogs is best.This is something very best on your part.Providing information in the best possible manner is your best attribute.I love when you share your views through the best articles.Keep sharing and posting articles like these.This article has helped me a lot.Keep posting this stuff.
nice design and creative!
Post a Comment