"And He feeds me and quenches my thirst and when I fall sick then He (Allah) cures me" [Soorah Shu'araa: 80]


Showing posts with label PENYEMBUHAN PRANA. Show all posts
Showing posts with label PENYEMBUHAN PRANA. Show all posts

7.6.10

Penyembuhan Prana Siri 29

1) Cakra Mahkota (Crown Chakra)

-Terletak pada bahagian 'mahkota' kepala. Ianya mengawal dan mentenagakan kelenjar pineal, otak dan keseluruhan badan. Ia adalah salah satu pintu kemasukan utama prana. Mentenagakan Cakra Mahkota mempunyai kesan seperti mentenagakan keseluruhan badan. Ianya seperti kita menuangkan air ke dalam satu bekas, menyebabkan keseluruhan jasad 'dibanjiri' prana. Dengan sebab itulah, sesetengah perawat merawat dengan hanya mentenagakan Cakra Mahkota sahaja, walaupun kawasan yang berpenyakit terletak jauh dari situ. Kelemahan fungsi Cakra Mahkota menyebabkan penyakit yang berkaitan dengan kelenjar pineal dan otak. Ini juga boleh dimanifestasi sebagai penyakit fizikal atau psikologi.

2) Cakra Dahi (Forehead Chakra)

-Terletak di tengah-tengah dahi. Ia mengawal dan mentenagakan kelenjar pineal dan sistem saraf. Kelemahan fungsi kelenjar pineal menyebabkan kehilangan ingatan, lumpuh dan sawan (epilepsy). Mentenagakan Cakra Dahi mempunyai kesan seperti Cakra Mahkota, iaitu keseluruhan badan akan 'dibanjiri' prana.

3) Cakra Ajna (Ajna Chakra)
-Terletak antara dua kening. Ia mengawal dan mentenagakan kelenjar pituitari. Ianya juga mengawal atau mempengaruhi kelenjar endokrin lain, organ-organ penting lain dengan mengawal dan mempengaruhi cakra-cakra major lain. Kelemahan fungsi Cakra Ajna dimanifestasi dengan penyakit berkaitan kelenjar endokrin dan mata. Merawat penyakit diabetis bukan hanya dengan merawat Cakra Solar Plexus tetapi juga Cakra Ajna. Mentenagakan Cakra ini menyebabkan keseluruhan jasad ditenagakan. Mekanismenya berlainan dari Cakra Mahkota Dan Dahi. Mentenagakan Cakra Ajna menyebabkan cakra-cakra lain bercahaya dan aktif secara serentak, dan ini akan mentenagakan keseluruhan jasad. Ada juga sesetengah perawat yang hanya merawat dengan menyentuh bahagian Ajna ini dengan jari atau tapak tangan menyebabkan kemasukan prana dan pengaktifan keseluruhan cakra pesakit.

4) Cakra Kerongkong (Throat Chakra)

-Terletak pada bahagian tengah kerongkong. Ia mengawal dan mentenagakan organ kerongkong, thyroid dan parathyroid. Sebahagiannya ia juga mempengaruhi Cakra Seks. Kelemahan fungsi Cakra Kerongkong dimanifestasi sebagai penyakit berkaitan kerongkong seperti goiter, sakit tekak, hilang suara, asthma dan sebagainya.

5) Cakra Jantung Hadapan (Front Heart Chakra)

-Terletak di tengah-tengah dada. Ia mentenaga dan mengawal organ jantung, kelenjar thymus dan sistem salur darah (circulatory system). Cakra Solar Plexus agak sensitif kepada masalah emosi, stress dan tension dan mempunyai kesan yang kuat pada jantung fizikal dan Cakra Jantung Hadapan. Kelemahan fungsi Cakra Solar Plexus, oleh itu menyebabkan kelemahan fungsi Cakra Jantung hadapan dan jantung fizikal itu sendiri. Cakra Jantung hadapan dihubungkan dengan Cakra Solar Plexus dengan beberapa saluran bioplasma yang besar. Pesakit yang mempunyai masalah jantung biasanya mempunyai masalah kelemahan Cakra Solar Plexus juga.

Cakra Jantung Belakang (Back Heart Chakra)

-Terletak di belakang organ jantung. Tugas utamanya ialah mengawal dan mentenagakan organ paru-paru dan sebahagian kecilnya jantung dan kelenjar thymus. Kelemahan fungsi cakra ini menyebabkan masalah paru-paru. Cara untuk mentenagakan jantung ialah melalui Cakra Jantung Belakang ini.

Harus diingat, dengan mentenagakan jantung melalui Cakra Jantung Hadapan agak berisiko kerana ini boleh menyebabkan 'pranic congestion' pada jantung. Itulah sebabnya anda tidak dinasihatkan mentenagakan organ jantung dengan lama, secara 'direct' dari hadapan, sebaliknya ianya dilakukan melalui Cakra Jantung Belakang. Prana yang berlebihan akan mengalir ke paru-paru dan organ-organ lain dengan senang.

6) Cakra Solar Plexus Hadapan (Front Solar Plexus Chakra)

-Terletak di bahagian 'ulu hati'. Ia mengawal dan mentenagakan organ pankreas, hati, diafram, usus besar, apendiks dan perut, dan sebahagian usus kecil, paru-paru, jantung dan bahagian lain badan. Cakra solar plexus juga dinamakan pusat tenaga (energy clearing house centre).
Energi-energi halus dari cakra di atas dan di bawahnya melaluinya dahulu . Keseluruhan jasad boleh ditenagakan melalui cakra ini.

Kadang-kala, jika terlebih ditenagakan (overenergizing) cakra ini, boleh menyebabkan kesukaran bernafas. Oleh itu prana yang berlebihan mesti disingkirkan melalui kaedah penyapuan (sweeping).

Cakra solar plexus juga mengawal pemanasan dan penyejukan badan.

Kelemahan cakra ini boleh menyebabkan penyakit diabetis, hati, jantung dan penyakit lain yang berkaitan dengan organ yang dikawalnya.

Cakra Solar Plexus Belakang (Back Solar Plexus Cakra)

-Ianya terletak bertentangan dengan cakra solar plexus hadapan dan mempunyai fungsi yang sama dengan cakra solar plexus hadapan.

7) Cakra Limpa Hadapan (Front Spleen Cakra)

-Terletak pada bahagian kiri atas abdomen, antara cakra solar plexus hadapan dan cakra pusat.
Ianya adalah pintu kemasukan utama untuk prana udara (air prana or air vitality globule). Ia menjadi cakra yang sangat penting untuk kesihatan keseluruhan (general wellbeing) seseorang.
Ia mentenagakan cakra-cakra major lain dan keseluruhan badan dengan prana yang telah 'dicernakan' (digested).

Cakra Limpa Belakang

-Terletak bertentangan dengan cakra limpa belakang dan mempunyai fungsi yang sama.

Nota: Adalah TIDAK DINASIHATKAN untuk mentenagakan cakra limpa bayi dan kanak-kanak kerana ini boleh menyebabkan 'pranic congestion'. Jika ini berlaku, lakukan teknik penyapuan (sweeping). Juga TIDAK DINASIHATKAN untuk mentenagakan cakra ini untuk pesakit darah tinggi atau pernah mempunyai riwayat penyakit darah tinggi, kerana ianya boleh meningkatkan tekanan darah.

Bagaimanapun cakra ini digunakan untuk merawat pesakit yang terlalu lemah (weak/depleted)

Cakra ini hanya boleh dirawat oleh perawat yang berpengalaman sahaja.

8) Cakra Pusat (Navel Chakra)

-Terletak di bahagian pusat (navel). Ia mengawal dan mentenagakan usus kecil, usus besar bawah, apendiks dan kelenjar adrenal. Kelemahan fungsi cakra ini menyebabkan masalah sembelit, apendisitis, susah bersalin, lemah seluruh badan dan penyakit-penyakit lain berkaitan usus.
Cakra ini penting dalam penghasilan satu prana yang agak istimewa dan berlainan, yang dinamakan "synthetic ki". Orang yang mempunyai kekurangan "synthetic ki" mempunyai kelemahan dalam menyerap prana udara. Mereka biasanya cepat lemah dan penat berbanding orang yang normal.

9) Cakra Meng Mein (Meng Mein Chakra)

-Terletak pada bahagian belakang pusat. Ia bertindak sebagai 'stesyen pengepam' (pumping station) pada tulang belakang yang 'mengepam' prana ke bahagian atas, dari cakra dasar.
Ia mengawal dan mentenagakan organ buah pinggang, kelenjar adrenal dan mengawal tekanan darah.
Kelemahan cakra ini menyebabkan masalah buah pinggang, lemah seluruh badan, tekanan darah tinggi dan sakit belakang.

Cakra Meng Mein bayi, kanak-kanak, wanita mengandung dan orang-orang tua TIDAK PATUT ditenagakan disebabkan kesan sampingan serius yang terhasil. Cakra ini harus dirawat oleh mereka yang berpengalaman sahaja.

10) Cakra Seks (Sex Chakra)

-Terletak di bahagian pubik (bawah pusat). Ia mengawal dan mentenagakan organ seksual dan pundi kencing.
Kelemahan cakra ini dimanifestasi oleh masalah berkaitan seksual.
Cakra ajna, kerongkong dan dasar mempunyai pengaruh yang kuat pada cakra seks. Kelemahan cakra-cakra tersebut juga menyebabkan kelemahan pada cakra seks.

11) Cakra Dasar (Basic Chakra)
-Terletak pada bahagian dasar/hujung tulang belakang.
Ia mengawal dan mentenagakan keseluruhan jasad, terutama tulang, darah, otot, tisu, organ, kelenjar adrenal dan organ seksual. Ia juga memberi kesan kepada tindakbalas haba badan, kesihatan keseluruhan, dan perkembangan bayi dan kanak-kanak. Kelemahan fungsi cakra ini menyebabkan masalah kanser (umum), kanser tulang, masalah tulang belakang, darah, alahan, perkembangan jasad dan lemah seluruh badan.

..bersambung

5.6.10

Penyembuhan Prana Siri 28

11 CAKRA-CAKRA UTAMA (MAJOR)

Kita akan mengkaji dengan lebih mendalam tentang cakra. Ramai yang telah diajar dan tahu tentang 7 cakra utama seperti yang kita belajar dalam artikel yang lepas-lepas. Tetapi dalam penyembuhan prana, adalah sangat penting untuk kita tahu 4 cakra lagi yang tidak kurang pentingnya. Rajah dibawah menunjukkan lokasi 11 cakra tersebut pada bahagian depan dan belakang badan.




Untuk pecahan setiap cakra dan bagaimana hubungan mereka dengan fungsi-fungsi pelbagai organ dan penyakit, sila lihat ringkasan dalam jadual berikut.





..bersambung

1.6.10

Penyembuhan Prana Siri 27

Dua video di bawah ni menerangkan dengan ringkas dan menarik apa yang dikatakan Pranic Healing (Penyembuhan Prana) oleh pengasasnya iaitu Grand Master Choa Kok Sui (yang mana artikel-artikel yang saya tulis diterjemah dari tulisan beliau)

Nasihat saya, berhati-hati juga atas ilmu yang disampaikan. Sentiasa tetap dan berpegang teguh jua pada aqidah Islam.Tumpukan perhatian pada aspek saintifiknya. Kita tak pakai kaedah penyembahan dan meditasi seperti diamalkan beliau.

Video no.1 adalah tentang asas dan prinsip Penyembuhan Prana dan ada grafik yang menarik tentang Cakra. Siri artikel selepas ini akan menerangkan dengan lebih detail tentang Cakra



Video no.2 adalah tentang kaedah asas dan cara Penyembuhan Prana dan aplikasinya.

31.5.10

Penyembuhan Prana Siri 26


MENTENAGAKAN (ENERGIZING) OBJEK

Objek seperti air, makanan, herba, ubatan, minyak, losyen, bandage, kapas dan sebagainya boleh 'dicas'kan dengan energi prana untuk membantu penyembuhan. Air yang ditenagakan boleh dimunum oleh pesakit-air sejuk menyerap jauh lebih banyak prana dari air panas.

(Adakah anda nampak rasional air penawar yang dibacakan ayat-ayat suci Al-Quran disini?)

Herba, ubatan (drugs), ointment, losyen dan minyak boleh ditenagakan untuk meningkatkan keberkesanan dan potensi mereka. Contohnya, seorang doktor boleh mengisikan tenaga prana pada bahan pencuci luka seperti flavine atau povidone untuk untuk meningkatkan potensi disinfectant mereka. Bandage, kapas dan sebagainya juga boleh ditenagakan untuk tujuan yang sama.

Ada sesetengah pesakit yang menolak atau tidak percaya kepada kaedah penyembuhan prana. Ini boleh menghalang kemasukan prana yang dialirkan kepada mereka. Dalam keadaan seperti ini minyak yang ditenagakan boleh bertindak sebagai 'pintu' kemasukan prana ke dalam tubuh mereka.

Untuk merawat penyakit kulit- minyak, losyen atau balm boleh digunakan oleh pesakit selepas kaedah penyembuhan prana biasa dilakukan. Dengan ini, bilangan sesi rawatan boleh dikurangkan kerana minyak yang ditenagakan tersebut telah membantu proses kemasukan prana ke dalam badan pesakit.

Objek boleh ditenagakan menggunakan pernafasan prana dan kaedah pentenagaan yang anda pelajari sebelum ini. Ada juga kaedah yang lebih berteknologi menggunakan mesin pemancar ('beamer'). Kemungkinan besar, beberapa dekad akan datang, kebanyakan drugs atau ubatan akan ditenagakan dengan prana dahulu sebelum dikomersialkan untuk menghasilkan kesan penyembuhan yang lebih pantas dan lebih baik.

Ingat, sebagai seorang Muslim, kita ada teknologi penyembuhan yang sangat ampuh iaitu energi penyembuhan dari Al-Quran! Sekurang-kurangnya, isikan ubatan, herba, minyak dan sebagainya untuk pesakit anda dengan Surah Al-Fatihah atau paling kurang pun..Bismillahirrahmanirrahim...

..bersambung

30.5.10

Penyembuhan Prana Siri 25


BEBERAPA ISU DALAM PENYEMBUHAN PRANA

1) Anda, sebagai perawat prana, mungkin perasan-adalah lebih mudah merawat pesakit yang kita tidak kenali berbanding dengan yang rapat dengan kita seperti anak, saudara atau kawan-kawan rapat. Ini kerana, anda cenderung untuk menjadi lebih 'anxious' dalam keadaan merawat orang-orang yang terdekat, mungkin kerana hubungan emosi dengan pesakit. Secara 'clairvoyant', hubungan ini sememangnya dilihat bersambung melalui satu tali tenaga @ eterik (etheric or energy cord) diantara perawat dan pesakit. Disebabkan 'tali tenaga' ini, prana yang dialirkan kepada pesakit, boleh balik semula kepada perawat. Jadi pesakit akan mengambil masa yang lama untuk sembuh.

Adalah penting untuk perawat sentiasa tenang dan 'tidak terhubung' (detached) dengan pesakit, tetapi teliti semasa merawat. Selepas membuat rawatan, bayangkan anda memutuskan tali tenaga tersebut. Ini akan menghalang dari prana yang dialirkan untuk masuk semula kepada perawat.

Lagipun, jika ini tidak diputuskan, pesakit akan terus menarik prana dari anda, walaupun lama selepas sesi rawatan. Ini boleh menyebabkan anda selalu keletihan.

2) Perawatan akan menjadi lebih mudah jika pesakit menerima teknik ini atau tidak menunjukkan 'resistance' yang kuat. Prana yang dialirkan tidak akan masuk dengan sempurna jika pesakit tidak percaya kaedah rawatan ini, tidak suka kepada perawat atau tidak mahu sembuh sama sekali. Adalah dinasihatkan anda berhubungan dengan baik dahulu (rapport) dengan pesakit sebelum merawat, untuk mengurangkan resistance.

Jika terdapat resistance yang kuat, minta pesakit baring dengan kedua-dua tapak tangan dihalakan ke atas dengan kepala sedikit tunduk. Minta juga pesakit memejamkan kedua mata. Ini mengurangkan resistance dan sesi perawatan menjadi lebih mudah.

Anda juga boleh menerangkan kepada pesakit untuk berkata-kata dalam hati:

'Saya terima seadanya dengan ikhlas dan sepenuh hati kerana Allah, segala energi penyembuhan yang dialirkan'

Juga boleh disuruh pesakit berzikir 'Ya Lathif...Ya Lathif..' semasa proses rawatan.


JADUAL LATIHAN

Ikutilah jadual berikut setiap hari untuk kira-kira 2 minggu. Anda juga mesti cuba untuk merawat kes-kes yang rumit. Jika anda benar-benar mengikuti segala arahan yang buat dalam siri artikel sehingga kini, kemahiran merawat anda juga akan berkembang dengan sangat cepat. Insya-Allah, Anda akan berupaya membuat banyak perkara yang, bagi orang lain adalah mustahil dan ajaib!

1) Scanning menggunakan 2 jari - lima minit

2) Pernafasan prana dan menarik prana melalui cakra tangan - lima minit

3) Penyapuan menyeluruh pada jarak kira-kira 3 meter dari pesakit - lima minit

4) Pentenagaan menggunakan pernafasan prana - lima minit

28.5.10

Penyembuhan Prana Siri 24

PENTENAGAAN: TEKNIK PENYEBARAN PRANA

Teknik ini menggunakan prinsip menyebarkan prana yang berlebihan dari kawasan sekeliling ke tempat yang berpenyakit. Teknik ini agak berkesan merawat penyakit yang agak 'simple', tapi bagi penyakit yang serius ia tidak berkesan kerana dalam kes seperti itu, jumlah prana yang lebih banyak diperlukan

Cara-caranya:

1) Bersihkan kawasan berpenyakit dengan kaedah pemurnian setempat

2) Lakukan penyapuan (sweeping) dengan tangan anda daripada kawasan/cakra sekitar tempat tersebut, menuju ke kawasan berpenyakit.

3) Scan kawasan berpenyakit untuk menguji samada prana telah cukup dialirkan ke situ

MEMBUANG UNSUR BIOPLASMA BERPENYAKIT

Dalam peringkat asas, anda diajar untuk 'membuang' aura/energi negatif atau dikenali juga dengan unsur bioplasma berpenyakit (semasa membuat pemurnian) ke dalam bekas air berisi sedikit garam.

Bagaimanapun, kadangkala ini agak sukar disediakan.

Apa yang anda boleh lakukan ialah dengan anda membayangkan satu 'unggun api' bersebelahan anda dan energi negatif yang dibuang dibakar melalui unggun api tersebut. Kemudian, 'padamkan' 'unggun api' tersebut selepas rawatan.

Anda juga boleh membayangkan energi negatif tersebut hilang ke udara (disintegrate) begitu sahaja.

Ingat, kedua-dua teknik ini adalah untuk perawat prana yang lebih advanced.

MENGGUNAKAN PRANA TANAH DALAM PENYEMBUHAN

Prana yang terletak di permukaan tanah adalah jauh lebih tinggi daripada yang terletak pada udara. Ketumpatan prana ini adalah lebih kurang 4-5 kali ganda dari prana yang terdapat pada udara. Ini sesuai digunakan untuk proses penyembuhan.

Arahkan pesakit anda untuk baring di atas tikar atau selimut cotton. Elakkan dari menggunakan tikar getah atau tilam sintetik kerana ianya boleh menjadi satu penebat untuk prana mengalir masuk dari tanah.


Lakukan pemurnian menyeluruh dan setempat beberapa kali. Biarkan pesakit rehat dan menyerap prana dari tanah. Apabila anda membuat pemurnian, ini menyebabkan terjadinya keadaan 'separa vakum' pada pesakit, prana dari tanah menyerbu masuk kerana energi mengalir dari kawasan intensiti tinggi ke kawasan intensiti rendah. Sementara itu anda juga boleh melakukan pentenagaan pada pesakit, untuk membantu lebih banyak kemasukan prana.

Pernahkah anda mendengar ada teknik rawatan menanam seluruh badan (kecuali kepala) dalam pasir pantai?

Ini menggunakan konsep yang sama di atas iaitu penyerapan prana yang lebih baik melalui prana dari pasir pantai tersebut. Jika anda rasa agak kurang sihat, anda boleh mandi pantai untuk 10-15 minit untuk membersihkan bioplasmic body dan cubalah kaedah tanam dalam pasir seperti di atas!

..bersambung

24.5.10

Penyembuhan Prana Siri 23

MENGALIRKAN TENAGA (ENERGIZING) DENGAN PERNAFASAN PRANA

Prana ditarik masuk dengan pernafasan prana dan dialirkan keluar melalui satu atau kedua cakra tangan anda. Anda boleh membuat latihan berikut untuk mentenagakan diri anda sendiri atau orang lain.

1) Lakukan pernafasan prana untuk 3-5 pusingan dan serentak dengan itu tenangkan dan rehatkan minda anda

2) Teruskan melakukan pernafasan prana dan letakkan tangan anda berdekatan dengan kawasan yang ingin dirawat. Tumpukan perhatian pada tengah-tengah tapak tangan anda

3) Arahkan tenaga prana yang dialir untuk sampai ke cakra berkaitan dan kemudian ke kawasan yang bermasalah. INI ADALAH FAKTOR YANG BEGITU KRITIKAL, dan dalam banyak kes akan menghasilkan kelegaan/kesembuhan yang cepat, kerana kawasan atau organ tersebut akan mendapat tenaga prana yang mencukupi dalam masa yang pantas. PERHATIAN ANDA ADALAH LEBIH KEPADA PENUMPUAN PADA CAKRA TANGAN DAN PRANA YANG DIALIRKAN DAN KURANG PADA PERNAFASAN

4) Berhenti mengalirkan tenaga bila anda mempunyai gerak rasa (intuition) yang pesakit telah mendapat energi prana yang secukupnya. Dalam level 1 (asas), anda diajar untuk berhenti mengalirkan energi bila merasa seakan 'penolakan' atau prana seakan berhenti mengalir. Tapi ingat, anda sekarang berada pada level yang lebih advanced. Tahap energi anda sudah jauh lebih tinggi dari pesakit. Jika anda cuba untuk 'menyamakan' (equalize) energi anda dan pesakit, dikhuatiri ini boleh menyebabkan 'pranic congestion' pada pesakit

5) Jika pesakit mempunyai infeksi yang serius, kebakaran atau luka, rawatan mestilah diulang selepas setengah atau sejam. Kes-kes sebegini menggunakan kadar prana yang banyak dalam masa yang singkat. Rawatan mestilah diulang dengan lebih kerap

6) Untuk perawat prana yang telah agak cekap, merawat penyakit yang agak simple memerlukan 5-7 pusingan pernafasan, dan kes yang lebih serius memerlukan sehingga 12 pusingan pernafasan atau lebih. Ini cuma 'rough idea'. Untuk mengalirkan tenaga, anda mungkin menggunakan cakra tapak tangan atau cakra jejari anda atau kedua-duanya sekali

Pentenagaan harus dilakukan serentak dengan pernafasan prana. Adalah lebih baik jika anda membuat kira-kira 3 pusingan pernafasan prana sebelum merawat dan teruskan membuat 2 pusingan pernafasan prana selepas selesai mengalirkan energi. Ini untuk mengelakkan perawat dari keletihan

PENTENAGAAN BERGANDA (DOUBLE ENERGIZING)

Terdapat 2 cara membuat pentenagaan berganda iaitu pentenagaan berganda selari (parallel double energizing) dan pentenagaan berganda tidak selari (non-parallel double energizing)-rujuk gambar.



Dalam pentenagaan berganda selari-letakkan tangan anda dalam keadaan menghadap satu sama lain, dan kawasan yang hendak dirawat di tengah-tengahnya.

Dalam pentenagaan berganda tak selari, tangan anda ditujukan pada kawasan yang hendak dirawat, tapi tidak dalam keadaan selari.

Kedua-dua teknik ini menghasilkan medan energi penyembuhan yang kuat, sehingga tangan anda merasa seperti bergetar dan berayun. Pesakit mungkin merasa seperti semut-semut yang mungkin dirasa bukan sahaja pada kawasan yang bermasalah, tapi bahagian lain badan. Kadangkala pesakit merasa seperti 'electric shock'.

Kaedah pentenagaan berganda biasanya dilakukan untuk masalah yang memerlukan jumlah prana yang banyak. Ingat, pemurnian mesti dilakukan dahulu sebelum pentenagaan berganda ini dilakukan.

18.5.10

Penyembuhan Prana Siri 22

Cakra dan meridian

MENSENSITIFKAN TANGAN MELALUI PERNAFASAN PRANA

Sehingga setakat ini, saya yakin kebanyakan anda telah sedikit sebanyak boleh merasa atau membuat scanning melalui tangan. Bagaimanapun, kadangkala ada ketikanya tangan kita seperti tidak sensitif dan menyebabkan kita tidak berupaya untuk merasa dan membuat scanning.
Ini boleh diatasi dengan cara anda menumpukan konsentrasi pada tengah-tengah tapak tangan dan pada hujung jari, serentak dengan itu, anda melakukan pernafasan prana untuk 3 pusingan. Ini akan menyebabkan cakra tapak tangan dan cakra pada jari- jari menjadi aktif, bertenaga dan sensitif, dan anda boleh membuat scanning dengan tepat.

SCANNING MENGGUNAKAN JARI

Kebolehan scanning dengan tapak tangan sebenarnya masih belum mencukupi. Anda mesti belajar dan berlatih untuk membuat scanning melalui jari-jari tangan. Ini diperlukan untuk mengenalpasti kawasan-kawasan kecil yang bermasalah, contohnya pada bahagian mata atau tulang belakang. Adalah sukar untuk membuat scanning melalui cakra tapak tangan pada kawasan-kawasan itu kerana bahagian yang bermasalah mungkin terlindung oleh kawasan aura yang sihat--ini tidak dapat dirasai melalui cakra tapak tangan.

Latihan:

Selepas mensensitifkan tangan (dengan membuat pernafasan prana kira-kira 3 pusingan), scan tapak tangan anda sendiri menggunakan kedua-dua jari anda (jari telunjuk dan jari hantu yang dirapatkan). Gerakkan 2 jari anda itu ke hadapan dan ke belakang untuk merasa aura dalaman cakra tapak tangan. Cubalah untuk merasa ketebalan aura tapak tangan dan lapisan-lapisan berbeza aura dalaman.

Cubalah juga membuat scanning menggunakan 1 jari (contoh: jari telunjuk)

Selalulah menumpukan perhatian pada hujung jari anda, bila membuat scanning melalui jari. Ini akan mengaktifkan lagi cakra-cakra mini pada hujung jari tersebut dan anda menjadi lebih sensitif untuk merasa aura.

PENYAPUAN (SWEEPING) MENGGUNAKAN PERNAFASAN PRANA

Teknik penyapuan (menyeluruh atau setempat) adalah teknik untuk memurnikan atau mengeluarkan unsur bioplasma atau aura yang berpenyakit. Ini telah dipelajari dalam siri terdahulu. Walaubagaimanapun, teknik penyapuan ini akan menjadi lebih efektif jika digabungkan dengan pernafasan prana. Semasa membuat pernafasan prana, perawat menjadi lebih bertenaga kerana bioplasmic body mereka akan menjadi lebih terang dan padat--ini lebih senang untuk mengeluarkan unsur bioplasma berpenyakit

Anda cuma perlu mengikut teknik membuat penyapuan atau pemurnian seperti yang dipelajari dalam artikel terdahulu, kali ini anda gabungkan sekali dengan pernafasan prana. Dengan cara ini, sebenarnya pesakit boleh dimurni dan ditenagakan serentak. Teknik ini agak efektif dan dalam banyak keadaan, cukup untuk menyembuhkan penyakit-penyakit yang 'simple'. Penyapuan boleh dilakukan beberapa kaki jaraknya dari pesakit dan anda tidak perlu menggunakan tenaga yang banyak dan posisi tangan yang khas.

Anda boleh menampakkan (visualize) cahaya putih bersinar 'menyapu' dan membersihkan pesakit dari kepala hingga ke kaki semasa membuat penyapuan atau pemurnian.

Nampakkan juga jalur kesihatan (health rays) menjadi tegak dan tersusun rapi.

Visualisasi adalah bergantung kepada anda. Untuk sesetengah orang, pemurnian adalah lebih efektif jika disertai dengan visualisasi. Apa yang lebih penting adalah NIAT (INTENTION) untuk membersih dan mentenagakan bioplasmic body pesakit.

Semasa membuat pemurnian, perhatian khas mesti ditumpukan pada saluran bioplasma belakang (back bioplasmic channel) (dipanggil juga governor meridian) yang melalui tulang belakang dan saluran bioplasma hadapan (front bioplasmic channel) atau functional meridian yang terletak setentang dengan tulang belakang.


Govenor meridian
Kecuali cakra limpa (spleen chakra), hampir kesemua cakra-cakra major terletak di sepanjang 2 saluran tersebut. Pemurnian atau penyapuan yang dibuat pada 2 saluran tersebut akan membersihkan hampir kesemua cakra-cakra major pesakit.

Anda mesti ingat, kesemua organ-organ badan yang penting adalah dibekalkan tenaga dan dikawal oleh cakra-cakra major ini.

Semasa membuat penyapuan setempat, bayangkan atau nampakkan tangan dan jari anda memasuki kawasan tersebut dan unsur berpenyakit berwarna kelabu dikeluarkan..

..bersambung

12.5.10

Penyembuhan Prana Siri 21

MENARIK PRANA TANAH, AIR DAN POKOK

Terdapat satu cakra minor pada setiap tapak kaki. Dengan menumpukan perhatian (concentrate) pada cakra tapak kaki dan pada masa yang sama membuat pernafasan prana, anda boleh menambahkan dengan banyaknya prana yang diserap melalui cakra tapak kaki. Dengan membuat penumpuan pada cakra tapak kaki, anda akan mengaktifkannya dan dengan membuat pernafasan prana, ianya membantu menyerap lebih banyak prana tanah. Proses menarik prana tanah ini membantu menyegar/memberikan tenaga tambahan (energizing) kepada anda.

Adalah didapati prana tanah lebih baik dan efektif untuk menyembuhkan penyakit-penyakit berkaitan fizikal berbanding prana udara.

Contohnya luka dan kepatahan tulang sembuh dengan lebih cepat dengan prana tanah, dibandingkan dengan prana udara.

Teknik menarik prana tanah ini dipraktikkan oleh seni beladiri China yang dikenali sebagai ki kung---seni menjana tenaga dalaman.




1) Tanggalkan kasut anda. Kasut kulit dan getah mengurangkan kemasukan prana sehingga 30-50%

2) Tekan bahagian lekuk pada tapak kaki dengan ibu jari tangan anda. Ini untuk membuatkan penumpuan pada tempat itu lebih baik

3) Tumpukan perhatian pada bahagian tapak kaki dan lakukan pernafasan prana serentak. Lakukan ini sebanyak 10 pusingan

Anda boleh menggunakan prinsip yang sama untuk menarik prana udara atau prana pokok melalui cakra tapak tangan untuk mentenagakan diri anda sendiri. Untuk menarik prana prana udara melalui tangan, cuma tumpukan konsentrasi pada cakra tapak tangan dan lakukan pernafasan prana.


Untuk menarik prana pokok melalui cakra tangan, pilih satu pokok besar dan sihat. Letakkan tangan anda berdekatan batang pokok. Tumpukan perhatian pada cakra tapak tangan dan lakukan pernafasan prana. Lakukan ini untuk 10 pusingan.

Anda mungkin merasai sensasi kebas-kebas atau semut-semut yang menjalar ke seluruh badan.

Selepas melakukan pentenagaan, adalah dinasihatkan untuk menyebarkan prana ini ke seluruh badan. Bayangkan keseluruhan badan anda dipenuhi dengan cahaya atau prana dan sebarkan cahaya ini dengan terus menerus dari belakang ke hadapan beberapa kali dan dari hadapan ke belakang beberapa kali.

..bersambung

10.5.10

Penyembuhan Prana Siri 20


Kita akan menyambung pengajian bersiri dalam bidang Penyembuhan Prana. Sekarang kita akan masuk ke peringkat pertengahan (intermediate) atau Level 2, iaitu Pernafasan Prana (Pranic Breathing).

Pernafasan Prana

Semasa mula-mula mempelajari Penyembuhan Prana, anda diajar untuk menarik prana melalui cakra tapak tangan. Sekarang anda akan belajar bagaimana melakukan pernafasan prana untuk menyerap dan menarik jumlah prana yang banyak, melalui keseluruhan jasad (bukan hanya melalui cakra tapak tangan). Prana yang diserap ini akan juga dialirkan keluar kepada pesakit, melalui teknik pernafasan prana ini.

Semasa anda membuat pernafasan prana, anda akan berasa lebih bertenaga dan aura anda akan membesar sehingga 100% atau lebih. Aura dalaman menebal sehingga 8 inci atau lebih, aura kesihatan membesar sehingga 4 kaki atau lebih, dan aura luaran mengembang sehingga 6 kaki atau lebih.
Kesemua ini boleh diperiksa dengan kaedah scanning (rujuk artikel terdahulu tentang scanning).




Apa kata anda cuba eksperimen ini dahulu. Minta seorang rakan anda membuat pernafasan prana selama 5 minit. Scan aura rakan anda sebelum dan selepas dia melakukan pernafasan prana selepas 2 minit. Perhatikan perubahan dalam saiz aura. Anda malah mungkin merasai seakan denyutan berirama (rhytmic pulsation) auranya. Eksperimen ini penting supaya anda merasa lebih yakin tentang kepentingan membuat pernafasan prana.

KAEDAH 1: PERNAFASAN DALAM DENGAN MENGOSONG DAN MENAHAN NAFAS

1) Lakukan pernafasan abdomen (bermaksud bahagian yang mengembang semasa menarik nafas ialah abdomen, bukan dada)

2) Tarik nafas perlahan-lahan dan tahan nafas dalam kiraan 1 saat.

3) Lepaskan nafas perlahan-lahan. tahan nafas anda dalam kiraan 1 saat sebelum menarik nafas lagi. Inilah yang dinamakan 'mengosong dan menahan nafas' (empty retention)

KAEDAH 2: 7-1-7-1

1) Lakukan pernafasan abdomen

2) Tarik nafas dalam kiraan 7 dan tahan nafas kiraan 1

3) Lepaskan nafas dalam kiraan 7 dan tahan nafas kiraan 1

KAEDAH 3: 6-3-6-3

1) Lakukan pernafasan abdomen

2) Tarik nafas dalam kiraan 6 dan tahan nafas dalam kiraan 3

3) Lepaskan nafas dalam kiraan 6 dan tahan nafas dalam kiraan 3
Nota: tarik dan lepas nafas, kedua-duanya melalui hidung

Pernafasan abdomen mengembangkan sedikit abdomen anda semasa menarik nafas dan mengecutkan sedikit abdomen semasa menghembus nafas. Jangan terlampau mengembang dan mengecutkan abdomen anda, ini akan membuatkan proses pernafasan prana menjadi sukar dan seperti dipaksa.


FAKTOR YANG KRITIKAL ADALAH RITMA DAN SEMASA 'MENGOSONG DAN MENAHAN NAFAS' (EMPTY RETENTION).

Menahan nafas selepas mengosongkannya dinamakan 'empty retention' dan menahan nafas selepas menariknya dinamakan 'full retention'. Adalah diperhatikan melalui kaedah clairvoyant, jumlah prana yang banyak meluru masuk ke dalam setiap bahagian jasad, selepas menarik nafas yang dibuat selepas 'empty retention'. Ini tidak berlaku jika anda menarik nafas yang tidak disertai dengan 'empty retention'.

SEMASA MENARIK PRANA, ANDA BOLEH MENGGUNAKAN TEKNIK PERNAFASAN PRANA ATAU CAKRA TAPAK TANGAN ATAU KEDUA-DUANYA SEKALI.
..bersambung

4.5.10

Penyembuhan Prana Siri 19


BERAPA KERAP KENA RAWAT PESAKIT?

Ramai yang bertanya, berapa kerap kena rawat pesakit? sekali sehari? sekali seminggu? atau bagaimana?

Jawapannya bergantung kepada beberapa faktor:-

1) Keseriusan penyakit

-Anda kena mempertimbangkan setakat mana serius dan kritikalnya pesakit yang sedang anda rawat. Dalam kes penyakit yang serius, kadar kemerosotan (deterioration) adalah agak cepat. Untuk penyembuhan berlaku, kadar penyembuhan mestilah lebih tinggi dari kadar kemerosotannya. Dalam kata lain, anda terpaksalah merawat pesakit dengan lebih kerap. Contohnya dalam merawat pesakit kanser, rawatan mestilah diberi setiap hari atau setiap dua hari sekali. Jika pesakit dirawat dua minggu sekali, pesakit mungkin tidak boleh sembuh kerana kadar kemerosotannya adalah lebih tinggi dari kadar penyembuhan.

-Dalam kes kecemasan atau kritikal, kadar kemerosotan adalah sangat pantas, yang mana rawatan terpaksa diberi setiap 1 jam atau 4 jam, bergantung kepada situasi tertentu. Dalam kes apendisitis akut misalnya, rawatan mesti diberi sekali setiap jam untuk 4 jam pertama, atau sehingga keadaan pesakit menjadi agak baik. Seterusnya, pesakit dirawat sebanyak 2-3 kali dalam masa beberap hari selepasnya. Bukan semua penyakit apendisitis boleh dirawat dengan penyembuhan prana. Ada yang perlukan pembedahan.

2) Penggunaan prana

Kerosakan tisu seperti dalam kes, kebakaran, luka dan jangkitan kuman menggunakan prana yang banyak dalam masa yang cepat. Jika pesakit mengalami jangkitan kuman yang teruk atau kebakaran, bahagian yang terlibat perlu ditenagakan dengan prana setiap jam untuk beberapa jam akan datang.

3) Permintaan pesakit

Faktor pesakit juga diambil kira. Contohnya pesakit yang mengalami lebam pada tangan dan mahu cepat baik dalam masa sehari atau dua. Jika rawatan prana diberi serta merta dan dengan kaedah yang betul, kulit tidak akan menjadi hitam atau bertukar kuning dan kadar penyembuhan akan menjadi sangat cepat, dalam masa sehari, atau paling lama pun dua hari.

Jika pesakit mahukan penyembuhan yang agak sederhana, rawatan sekali mungkin sudah cukup dan penyembuhan mungkin mengambil masa beberapa hari.

4) Bahagian yang dirawat

Jika bahagian/organ yang dirawat agak sensitif atau mudah tercedera seperti kepala, mata atau jantung, selang antara sesi rawatan adalah agak dipanjangkan. Ini untuk mengelakkan dari pengumpulan prana (pranic congestion) yang boleh membawa akibat yang agak serius. Untuk organ yang kurang sensitif, seperti lutut atau lengan, rawatan boleh dijalankan setiap satu jam untuk 4 jam berikutnya, tanpa sebarang kesan sampingan atau reaksi radikal.

5) Umur dan keadaan kesihatan pesakit

Pesakit yang terlalu lemah, terlalu muda atau tua memerlukan siri rawatan prana yang ringan kerana kebolehan mereka menyerap prana adalah terlalu perlahan.

Yang disebut diatas merupakan beberapa faktor yang perlu anda pertimbangkan dalam menentukan kekerapan merawat seseorang pesakit. Gunakan pertimbangan yang sewajarnya dan 'common sense' anda sendiri.

Saya biasanya melihat pesakit setiap 2-3 hari sekali dalam kebanyakan kes. Dalam kes yang kritikal, atau jika pesakit memerlukan penyembuhan yang cepat, rawatan prana diberi sekali sejam untuk beberapa jam dalam hari pertama, dan sekali atau dua kali sehari untuk beberapa hari selepas itu. Adalah perlu untuk memantau pesakit dengan rapi untuk memastikan mereka tidak mempunyai reaksi radikal yang serius.

PENDEKATAN HOLISTIK DALAM RAWATAN

Seperti yang saya katakan sebelum ini, penyakit adalah boleh disebabkan faktor dalaman atau luaran atau gabungan keduanya. Nyatalah, keadaan kesihatan seseorang, bergantung kepada keadaan kesihatan jasad (physical body), roh (bioplasmic body) dan psikologi pesakit. Walaupun banyak jenis penyakit yang ringan dan berat boleh dirawat melalui penyembuhan prana, adalah lebih baik jika kita boleh memperkuatkan lagi proses penyembuhan melalui herba-herba tertentu atau ubatan konvensional doktor. Maksudnya physical body dan bioplasmic body dirawat serentak, bukan terpisah-pisah.

Secara peribadi, saya telah merawat banyak penyakit melalui kaedah penyembuhan prana sahaja, tetapi saya tidak pernah melarang pesakit-pesakit saya dari mengambil ubatan mereka atau menjalani sebarang pembedahan.

Penyembuhan prana juga mempunyai batas-batas tertentu. Dalam banyak kes, pesakit perlu juga menukar gaya pemakanan, membuat senaman, mengambil ubat atau herba, mengubah gaya hidup, menjalani psychotherapy malah menjalani pembedahan. Sentiasa berfikiran terbuka dengan pesakit dan janganlah merendah-rendahkan kaedah perubatan lain.

SETAKAT MANA KONSENTRASI YANG DIPERLU SEMASA MERAWAT?

Anda tidak perlu mengeraskan otot-otot atau 'berlebih-lebihan' semasa mengalirkan energi prana kepada pesakit. Anda juga tidak perlu membuat visualisasi atau menutup mata. Anda cuma perlu mempunyai sedikit kefahaman (understanding), harapan (expectation) dan penumpuan (concentration). Kadar penumpuan yang diperlukan dalam penyembuhan prana adalah seperti anda sedang membaca buku, itu sahaja!

Kita telah menamatkan peringkat 1 dalam penyembuhan prana iaitu peringkat asas. Selepas ini kita akan memasuki peringkat 2 iaitu peringkat pertengahan.

Teruskan membaca dan membuat latihan!

27.4.10

Penyembuhan Prana Siri 18

LEMAH SELURUH BADAN (GENERAL WEAKNESS)


Lakukan pemurnian menyeluruh 2 kali. Murnikan dan tenagakan cakra tapak tangan dan tapak kaki. Ini akan mengaktifkan cakra tapak tangan dan kaki dan membolehkan mereka menyerap lebih prana udara dan tanah yang akan seterusnya, secara perlahan-lahan mentenagakan keseluruhan badan. Scan semula cakra tapak tangan dan kaki untuk memastikan ianya telah ditenaga dengan secukupnya.Murnikan dan tenagakan cakra solar plexus hadapan dan cakra pusat. teruskan membuat pengisian tenaga sehingga pesakit merasa lebih sihat dan bertenaga (lihat rajah di bawah).






GIGITAN SERANGGA

Lakukan pemurnian setempat. Lakukan pentenagaan dengan kuat dan secukupnya pada kawasan terbabit. Sepatutnya akan terdapat pengurangan kemerahan dan bengkak, kurang dari 30 minit. Ulang rawatan selepas 1 jam.

BISUL (BOILS)

Lakukan pemurnian dan pentenagaan pada kawasan terbabit.


JERAWAT


Lakukan pemurnian setempat dan pentenagaan pada bahagian muka. Aura pada muka biasanya nipis dan berwarna kelabu (tidak sihat). Scan cakra ajna dan solar plexus. Lakukan pemurnian dan pentenagaan pada cakra-cakra tersebut. Jerawat biasanya dikaitkan dengan masalah emosi dan masalah pada kelenjar pituitari. Bahagian muka biasanya dirawat sekali setiap hari dan cakra-cakra dirawat setiap dua hingga tiga hari sekali. Pesakit dinasihatkan untuk mengambil perhatian terhadap pemakanan mereka dan membersihkan muka dengan lebih kerap. Jangan memicit jerawat!

TERSEDU (HICCUP)

Murnikan dan tenagakan cakra solar plexus hadapan. Lakukan pentenagaan sehingga pesakit lega.

PENDARAHAN HIDUNG

Murnikan dan tenagakan cakra ajna dan bahagian dasar (root) hidung. Teruskan pentenagaan sehingga pendarahan berhenti.

KEKEJANGAN LEHER (STIFF NECK)

Scan pada kawasan belakang kepala, keseluruhan leher, bahu dan ketiak. Lakukan penyapuan (sweeping) setempat dan pentenagaan pada bahagian belakang bawah kepala, kawasan leher yang sakit, belakang leher (nape), kawasan bahu (sebelah yang sakit), dan ketiak (belah yang sakit). Contohnya jika sebelah kanan yang kejang/sakit, kawasan yang perlu dirawat ialah bahagian kanan kepala (belakang,bawah), bahagian tengah dan kanan leher, belakang leher, bahagian bahu kanan dan ketiak bahagian kanan. Penekanan adalah pada bahagian belakang kepala, leher dan belakang leher. Jika dirawat betul-betul, kesannya agak dramatik.

KEKEJANGAN OTOT (MUSCLE CRAMPS)


Scan pada kawasan terbabit. Lakukan penyapuan setempat secara menyeluruh. Lakukan pentenagaan pada kawasan terbabit. Penekanan adalah pada pentenagaan (energizing). Teruskan pentenagaan sehingga pesakit lega dan selesa.

19.4.10

Penyembuhan Prana Siri 17

SAKIT PERUT/'MASUK ANGIN'

Scan cakra solar plexus hadapan, kawasan pusat dan abdomen. Lakukan pemurnian setempat pada cakra solar plexus hadapan, kawasan pusat dan abdomen. Lakukan pentenagaan pada kawasan-kawasan tersebut. Jika sakit disebabkan pengumpulan (congestion) prana, dengan membuat pemurnian sahaja biasanya sudah cukup untuk melegakan sakit (lihat rajah).


CIRIT-BIRIT

Scan kawasan solar plexus hadapan, kawasan pusat dan abdomen. Lakukan pemurnian menyeluruh. Lakukan pemurnian setempat pada kawasan cakra solar plexus, pusat dan abdomen. Buat pengisian tenaga prana pada cakra solar plexus hadapan dan kawasan pusat. Pesakit biasanya lega dalam masa yang singkat.

SEMBELIT

Scan cakra solar plexus hadapan, pusat, kawasan abdomen dan cakra dasar. Lakukan pemurnian dan pentenagaan dengan tumpuan pada cakra solar plexus hadapan dan kawasan pusat.

Untuk kes yang agak kronik, mungkin mengambil masa beberapa jam untuk lega. Jika rawatan ini diulang secara tetap, akan menguatkan sistem perkumuhan.

DYSMENORRHEA (SAKIT SEMASA HAID)

Scan cakra seks, pusat, abdomen bawah dan cakra dasar. Lakukan pemurnian setempat dan pentenagaan pada cakra seks, pusat dan cakra dasar. Jika pesakit keletihan, rawat juga pada cakra solar plexus. Kebanyakan pesakit boleh sembuh dalam masa yang singkat.

HAID TIDAK TERATUR

Rawatan adalah sama seperti untuk dysmenorrhea. Periksa @ rawat juga cakra ajna dan cakra kerongkong.

SAKIT OTOT/TERSELIUH


Lakukan pemurnian dan pentenagaan pada kawasan yang terbabit. Penekanan adalah pada pengisian tenaga. Kebanyakan pesakit akan menunjukkan penyembuhan yang pantas, walaupun kesakitan tidaklah hilang 100%. Untuk kes terseliuh yang baru (fresh), lakukan pentenagaan sehingga pesakit betul-betul lega dan hilang kesakitannya. Pesakit dinasihatkan berehat dan tidak terlalu menggerakkan kawasan yang dirawat.

SAKIT BELAKANG

Ini biasanya disebabkan masalah kekurangan prana. Scan kawasan tulang belakang secara menyeluruh. Lakukan pemurnian menyeluruh untuk keseluruhan tulang belakang dengan penekanan pada kawasan yang sakit. Kelegaan biasanya sangat cepat. Ulang rawatan selepas beberapa minggu. Ini untuk memastikan penyembuhan adalah kekal.

SUSAH MENGANGKAT LENGAN

Ini disebabkan kekurangan/kelebihan prana pada kawasan ketiak dan sekitarnya. Juga boleh disebabkan oleh masalah jantung atau darah tinggi. Scan kawasan terbabit secara menyeluruh. Lakukan pemurnian setempat dan pentenagaan pada kawasan ketiak dan bahu. Kebanyakan pesakit menunjukkan perkembangan yang sangat menakjubkan dalam masa yang singkat (lihat rajah).

LUKA, KELECURAN (BURNS) DAN KECEDERAAN KEPALA (CONCUSSIONS)


Lakukan pemurnian serta merta dan pentenagaan secara menyeluruh. Pastikan kawasan terbabit diisikan tenaga secukupnya. Oleh kerana dalam kes-kes seperti ini, penggunaan prana adalah sangat cepat, rawatan mesti diulang sekali sejam untuk tiga jam akan datang. Ulang rawatan, dua kali sehari untuk beberapa hari selepas itu.

Jika luka atau kecederaan kepala, pemurnian mesti dibuat sebelum dan selepas pentenagaan, untuk mengelakkan pengumpulan (congestion) prana pada kawasan kepala, yang boleh menyebabkan sakit kepala atau masalah-masalah lain yang lebih serius. Jika rawatan dilakukan betul-betul dan menyeluruh, kadar penyembuhan adalah sangat baik dan pantas.


INSOMNIA (SUKAR TIDUR)

Jika pesakit terlalu stress dan 'terlebih tenaga' (overenergized), lakukan pemurnian (ke bawah) untuk empat ke tujuh kali. Ini cukup untuk membuatkan pesakit terlelap dan mengantuk. Ingat! jangan membuat pemurnian ke arah atas kepala-ini akan membuatkan pesakit lebih segar!..

..bersambung

15.4.10

Penyembuhan Prana Siri 16

TEKNIK RAWATAN KES-KES YANG BIASA

Kini tiba masanya kita akan mengaplikasi ilmu penyembuhan prana yang dipelajari sebelum ini untuk merawat kes-kes yang akan biasa ditemui.

SAKIT KEPALA

Scan cakra mahkota, ajna, bahagian belakang kepala dan keseluruhan kepala dan leher. Sakit kepala biasanya disebabkan kekurangan atau kelebihan prana pada kawasan tersebut. Bahagian mata, pelipis (temples) dan solar plexus juga harus discan.

Lakukan pemurnian setempat dan pentenagaan pada cakra mahkota, ajna, belakang kepala dan kawasan kepala yang sakit. Jika penyebab sakit kepala adalah pengumpulan (congestion) prana, pemurnian setempat biasanya sudah cukup untuk melegakan sakit. Atau (jika anda kesuntukan masa), cuma tanya pesakit, kawasan kepala yang sakit dan lakukan pemurnian dan pentenagaan pada tempat tersebut.

Jika sakit kepala disebabkan keletihan mata (eye strain), cakra ajna, bahagian mata dan pelipis juga mesti dimurni dan ditenagakan. Mata ditenagakan melalui cakra ajna.

Jika sakit kepala ada kaitan dengan masalah emosi atau stress, bahagian cakra solar plexus juga harus dimurni dan ditenagakan.

Ingat! sentiasa dapatkan maklumbalas (feedback) dari pesakit, selepas itu scan semula selepas merawat untuk memastikan kawasan tersebut dirawat sebaiknya.

SELSEMA/BATUK DAN HIDUNG TERSUMBAT

Scan cakra ajna, cakra kerongkong, cakra solar plexus hadapan, cakra jantung belakang, dan kawasan paru-paru (depan, sisi dan belakang). Kawasan-kawasan ini mungkin terdapat pengurangan/penyumbatan prana. Lihat rajah di bawah untuk kawasan yang terlibat.

Oleh kerana keseluruhan jasad terlibat dalam masalah ini, lakukan pemurnian menyeluruh untuk membersihkan keseluruhan jasad. Kemudian lakukan pemurnian setempat dan pentenagaan pada cakra ajna, kerongkong, jantung (belakang) dan paru-paru. Ini untuk membersih dan mentenagakan sistem pernafasan sehingga ke kerongkong dan hidung.

Lakukan pemurnian dan pentenagaan pada cakra solar plexus. Ini untuk menguatkan keseluruhan badan.



Kawasan yang perlu dirawat untuk selsema/batuk

Scan semula kawasan tadi dan dapatkan maklumbalas pesakit. Jika rawatan telah dijalankan dengan betul, pesakit akan merasa sangat lega. Pesakit mungkin diberikan sekali lagi rawatan selepas 4 jam untuk menguatkan lagi rawatan terdahulu dan untuk mempercepatkan proses rawatan.

Arahkan pesakit supaya berehat dan tidak makan terlampau banyak. Dengan makan terlampau banyak, menggunakan prana yang banyak, yang sepatutnya digunakan untuk penyembuhan yang cepat terhadap badan.

DEMAM

Scan keseluruhan badan dengan penekanan kepada 7 cakra major, kawasan tulang belakang, paru-paru, abdomen dan tapak kaki. Orang demam biasanya mempunyai aura dalaman yang menipis sehingga 2 inci atau kurang.

Bersih dan murnikan keseluruhan badan dengan lakukan pemurniaan menyeluruh 4-5 kali (lihat rajah). Bersih dan tenagakan cakra tapak tangan dan cakra tapak kaki. Ini untuk mengaktif dan mentenagakan cakra-cakra tersebut-ini akan meningkatkan kebolehan mereka menyerap prana tanah dan udara. Ini seterusnya menguat dan mentenagakan keseluruhan jasad, untuk melawan jangkitan.


Bersih dan murnikan cakra solar plexus hadapan dan cakra pusat (navel). Ini sangat penting dan kritikal untuk menurunkan demam. Demam biasanya disebabkan jangkitan kerongkong atau paru-paru. Jika kawasan cakra kerongkong, cakra jantung belakang dan paru-paru terlibat, lakukan pemurnian setempat dan pentenagaan pada kawasan-kawasan tersebut.




Jika teknik-teknik di atas diaplikasi dengan betul, kebanyakan pesakit menunjukkan perkembangan yang baik dalam masa 1 jam atau kurang. Kadang-kadang, terdapat sedikit kenaikan suhu dalam masa 2 jam pertama. Ini disebabkan reaksi radikal iaitu 'pertentangan' di antara kuman dan prana yang dialirkan.

Rawatan diberi sebanyak 2-3 kali sehari untuk mempercepatkan proses penyembuhan. Pesakit biasanya boleh sembuh dalam sehari atau dua.

..bersambung

13.4.10

Penyembuhan Prana Siri 15

CAKRA

Terdapat banyak cakra major, walaubagaimanapun cuma tujuh yang akan dibincangkan dahulu pada tahap ini.







(sila lihat rajah di atas untuk lokasi-lokasi cakra)

1) Cakra Asas (Basic or Root Chakra): Cakra ini terletak pada hujung tulang belakang, juga dikenali kawasan coccyx. Ia membekalkan tenaga dan menguatkan keseluruhan badan dan bertanggungjawab kepada keadaan kesihatan jasad keseluruhannya (physical well-being). Ia menguatkan dan memberi kesan kepada organ-organ berhampiran dan juga kepada kelenjar adrenal. Mereka yang mempunyai Cakra Asas yang aktif biasanya lasak dan sihat, dan sebaliknya bagi yang mempunyai Cakra Asas yang kurang aktif, menjadi lemah dan berpenyakit.

2) Cakra Seks: Terletak di bawah pusat (bahagian pubic). Ia mengawal dan membekalkan tenaga kepada organ seksual dan bahagian pundi kencing.

3) Cakra Solar Plexus: Terdapat 2 cakra solar plexus-di bahagian depan dan belakang. Ia terletak pada kawasan ulu hati. Mereka mengawal dan membekalkan tenaga untuk organ pankreas, hati, perut, usus besar, apendiks, diaphragm dan sebahagian usus kecil. Organ Jantung sangat kuat dipengaruhi cakra ini. Cakra solar plexus hadapan bertindak sebagai 'pusat penyebar tenaga'- sebahagian besar prana dari cakra bahagian bawah melalui cakra ini sebelum ia sampai ke cakra bahagian atas dan begitulah sebaliknya. Keseluruhan jasad boleh diperkuat dengan mengalirkan tenaga ke cakra solar plexus.

4) Cakra Jantung (Heart Chakra): Terdapat 2 cakra jantung. Satu di bahagian hadapan dan satu di bahagian belakang. Cakra jantung hadapan mengawal dan membekal tenaga untuk jantung fizikal dan kelenjar thymus. Sementara cakra jantung belakang bertanggungjawab terhadap paru-paru dan sebahagian jantung dan kelenjar thymus.

5) Cakra Kerongkong (Throat Cakra): Mengawal dan membekal tenaga untuk kelenjar thyroid dan parathyroid.

6) Cakra Ajna: Terletak antara dua kening. Ia membekalkan tenaga dan mengawal kelenjar pituitari dan juga sebahagian otak. Ianya juga dipanggil 'Master Chakra' kerana ia mengarah dan mengawal cakra-cakra lain dan kelenjar endokrin yang diwakili mereka. Dengan mentenagakan cakra ini, menyebabkan cakra-cakra lain 'bersinar' dan aktif. Ada beberapa perawat prana yang hanya menggunakan cakra ajna sebagai laluan untuk merawat cakra-cakra lain atau organ yang bermasalah, walaupun terletak jauh dari cakra tersebut.

7) Cakra Mahkota (Crown Cakra): Terletak pada kawasan letaknya 'mahkota' pada kepala. Ia membekalkan tenaga dan mengawal organ otak dan kelenjar pineal. Dengan mengaktifkan cakra ini juga, kawasan-kawasan lain boleh dirawat-seperti anda menuang air ke dalam satu bekas.

Adalah menarik untuk diperhatikan, setiap cakra adalah bertanggungjawab untuk mengawal dan mentenagakan satu kelenjar endokrin. Ini penting diketahui, jika anda ingin merawat pesakit. Contohnya, jika anda hendak merawat pesakit diabetis, maka anda kena tumpukan perhatian merawat cakra yang berkaitan dengan pankreas iaitu cakra solar plexus.

Keseluruhan jasad boleh ditenagakan melalui cakra-cakra mahkota, ajna, jantung (belakang), solar plexus, pusat, limpa, asas, tangan dan kaki. Bahagian yang bermasalah boleh ditenagakan secara terus atau melalui cakra yang berdekatan. Ada perawat prana yang mengalirkan tenaga melalui cakra yang jauh, seperti ajna atau mahkota untuk merawat masalah jantung atau usus. Kesimpulannya, banyak cara boleh digunakan untuk merawat/ mengalirkan prana ke tempat bermasalah, tapi PRINSIP ASASNYA SAMA IAITU PEMURNIAN & PENTENAGAAN (CLEANSING & ENERGIZING).

Point-point acupuncture dan cakra adalah laluan untuk keluar masuk prana. dengan mentenagakan cakra berdekatan, prana yang dialirkan akan mendapat laluan mudah untuk sampai ke kawasan bermasalah. Tetapi jika anda mengalirkan prana secara direct untuk merawat kawasan bermasalah, prana akan 'ditapis' dahulu, jadi memerlukan lebih banyak masa dan tenaga untuk merawat.

Untuk mentenagakan keseluruhan badan cakra solar plexus biasanya digunakan, kerana ianya terletak di bahgian tengah badan dan dekat dengan organ-organ penting yang berdekatan. Pentenagaan cakra solar plexus mesti dilakukan secara lembut dan perlahan-lahan. Jika terlampau kuat atau cepat, boleh menyebabkan kesusahan bernafas.

..bersambung..

10.4.10

Penyembuhan Prana Siri 14

LANGKAH-LANGKAH PENYEMBUHAN PRANA

1) Memerhati dan menemuramah pesakit
2) Scan kawasan tulang belakang (spine), cakra-cakra utama, dan kawasan berpenyakit
3) Lakukan pemurnian menyeluruh
4) Lakukan pemurnian setempat pada kawasan berpenyakit
5) Scan semula kawasan bermasalah. Dalam kes 'pranic congestion', scan untuk memastikan samada kawasan 'congestion' itu telah berkurangan atau tidak, untuk 'pranic depletion', scan untuk untuk melihat samada aura dalaman kawasan itu menjadi lebih sedikit besar atau lebih normal.
6) Untuk kes-kes yang tidak rumit, penyapuan (sweeping) atau pemurnian (cleansing) sudah cukup untuk menyembuhkan pesakit.
7) Lakukan pengisian tenaga dengan prana
8) Dapatkan maklumbalas dari pesakit. Jika masih ada rasa sakit, tanyakan secara spesifik, tempat yang sakitdan scan semula tempat itu. Lakukan pemurniaan dan pentenagaan lagi
9) Jika kawasan tersebut, terlebih menerima tenaga (overenergized), lakukan penyapuan (distributive sweeping) untuk mencegah 'pranic congestion'
10) Scan semula kawasan tersebut untuk memastikan ianya sudah cukup dibersih dan diisi dengan tenaga prana. Lakukan dengan bersungguh-sungguh dan teliti. Inilah kunci utama dalam penyembuhan yang pantas.
11) Dalam kes 'pranic congestion', pemurnian dititikberatkan, manakala untuk kes 'pranic depletion', pentenagaan (energizing) diutamakan
12) Stabilkan prana yang telah dialirkan

*Untuk kes-kes yang simple dan setempat, pemurnian menyeluruh mungkin boleh ditinggalkan. Untuk kes jangkitan, pemurnian menyeluruh mesti dibuat walaupun ianya hanya kes jangkitan mata atau selsema, kerana keseluruhan badan biasanya terlibat. Dalam kes jangkitan, aura luaran biasanya bocor. Kadar penyembuhan biasanya lebih cepat jika penyapuan menyeluruh dilakukan.

BOLEHKAH MERAWAT TANPA MEMBUAT SCANNING?

Jika kebolehan scanning anda masih terhad, anda masih boleh merawat tanpa perlu membuat scanning. Untuk kes-kes yang simple, cuma tanyakan pesakit, kawasan mana yang sakit atau tidak selesa. Lakukan pemurnian dan pentenagaan setempat. Untuk kes yang serius seperti pesakit jantung, biasanya terdapat ketidakseimbangan atau kelemahan fungsi cakra jantung dan solar plexus. Lakukan pemurnian dan pentenagaan kedua cakra tersebut yang akan banyak membantu penyakit. Jantung boleh diisi dengan tenaga prana melalui cakra jantung belakang.

Walaupun anda boleh merawat tanpa scanning, adalah lebih baik dan berkesan jika scanning dibuat. Kadangkala cakra yang tidak berfungsi dengan normal terletak jauh dari kawasan yang sakit atau bermasalah.

BASUH TANGAN

Basuh kedua-dua tangan anda sampai ke siku, dengan air biasa atau air bercampur garam, sebelum dan selepas rawatan. ini untuk mengelakkan anda dicemari unsur bioplasma berpenyakit yang boleh memasuki sistem badan anda. Jika ini berlaku, anda mungkin merasa sakit pada jari, tangan atau simptom pesakit mungkin menjangkiti anda. Dengan membasuh tangan juga, dapat mengelak dari mencemari pesakit anda yang seterusnya. (Dalam Pengajian Pyracosmic atau Perubatan Melayu, limau purut digunakan sebagai 'cleanser')

PERINGATAN KEPADA PESAKIT

Ingatkan kepada pesakit supaya TIDAK membasuh kawasan yang dirawat, untuk sekurang-kurangnya 12 jam, jika tidak simptom mungkin berulang. Air boleh menyerap keluar sebahagian dari prana yang telah dialirkan. Pesakit yang terlalu serius atau lemah, dinasihatkan tidak mandi untuk 24 jam selepas rawatan. Ini membolehkan badan menyerap dan menggunakan prana yang telah dialir kepada mereka.

PAKAIAN

Material seperti sutera, getah dan kulit boleh bertindak sebagai penebat kepada prana. Pesakit yang hendak dirawat diminta supaya tidak memakai pakaian sutera kerana prana lebih susah diserap pada mereka. Kasut getah atau kulit dan tali pinggang kulit mesti ditanggalkan supaya penyapuan (sweeping) menjadi lebih efektif. Ada perawat prana yang menanggalkan kasut mereka supaya prana dari tanah lebih senang diserap.

Gambarajah berikut mungkin boleh membantu anda membayangkan kedudukan organ-organ utama semasa membuat rawatan..



5.4.10

PENYEMBUHAN PRANA SIRI 13

MASA UNTUK LATIHAN

Anda perlu mengikut jadual latihan berikut sekurang-kurangnya untuk 12 hari untuk memahirkan diri anda dalam aspek penyembuhan prana.Ini untuk menyediakan diri anda merawat kes-kes 'kecemasan', contohnya jika ia terjadi pada anak anda. Latihan ini akan membolehkan anda merawat kes-kes yang mudah seperti demam, cirit birit, sakit perut ('masuk angin'), sakit-sakit otot, gigitan serangga dan sebagainya.

1) Latihan mensensitifkan tangan-5 hingga 10 minit sehari
2) Scanning-5 hingga 10 minit sehari
3) Pemurnian setempat dan menyeluruh-10 minit sehari
4) Pengisian tenaga dengan prana-10 minit sehari

Lebih baik jika latihan-latihan di atas dijalankan pada pesakit yang betul. Jika tidak boleh didapati, anda boleh melakukannya pada seorang rakan atau keluarga anda sendiri.

Jika anda termasuk dalam golongan yang tidak boleh merasa kesensitifan tangan, teruskan membuat pemurnian dan pengisian tenaga. Teruskan membuat latihan mensensitifkan tangan. Anda akan berjaya merasakannya selepas tiga hingga empat sesi latihan

Adalah dinasihatkan untuk belajar merawat kes-kes yang mudah dahulu sebelum anda mula merawat kes-kes yang rumit. Ini penting untuk mendapat lebih pengalaman dan keyakinan. Cubalah untuk merawat sekurang-kurangnya 30 kes mudah sebelum anda merawat kes-kes yang susah dan complicated.

3 PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN DALAM PENYEMBUHAN PRANA

1) JANGAN mengalirkan prana secara terus ke mata. Ini kerana ia sangat sensitif dan dengan mudah boleh menjadi 'overdose' dengan prana dan mata boleh rosak. Prana boleh dialir ke mata melalui belakang kepala atau melalui ruang antara kening (cakra ajna). Jika prana yang dialir berlebihan, ianya akan dibawa ke kawasan selain mata.

2) JANGAN mengalirkan prana secara terus dan terlampau kuat ke bahagian jantung. Ianya juga sangat sensitif. Terlampau kuat prana yang dialirkan pada jantung menyebabkan kelebihan prana yang serius (severe pranic congestion) dan ini boleh membahayakan. Prana boleh dialir ke jantung melalui tulang belakang yang setara dengan bahagian jantung. Jika prana yang dialirkan terlebih, ia akan pergi ke organ-organ lain yang berhampiran dan ini mengelakkan pranic congestion pada jantung.

3) JANGAN mengalirkan prana yang terlampau kuat pada bayi, kanak-kanak (kurang dari 2 tahun) atau pesakit yang terlampau lemah dan tua. Bayi dan kanak-kanak kecil mempunyai cakra yang kecil dan masih belum kuat. Pesakit yang terlampau lemah atau tua juga mempunyai cakra yang sangat lemah. Prana yang dialir terlampau kuat menyebabkan mereka seakan 'tersedak' (choking). Umpama seperti seorang yang terlampau dahaga dan mereka minum air dengan terlampau banyak dalam masa yang sangat singkat! Keupayaan seorang pesakit yang terlampau lemah dan tua untuk menyerap prana adlah sangat perlahan. Mereka ini sepatutnya dialir prana secara lembut dan perlahan-lahan. Mereka juga dinasihatkan berehat selama 15-20 minit sebelum anda menyambung proses pengisian tenaga.


Jika cakra solar plexus seakan 'tersedak' (choking) disebabkan terlebih prana dialirkan, pesakit mungkin mengalami kepucatan (pale), dan kesusahan bernafas. Jika ini berlaku, lakukan pemurnian setempat dengan cepat, pada kawasan solar plexus. Pesakit akan biasanya lega serta merta. Kes seperti ini jarang berlaku, tetapi anda mesti bersedia dengan segala kemungkinan

..bersambung

30.3.10

Penyembuhan Prana Siri 12

MENSTABILKAN PRANA



Salah satu masalah yang berlaku selepas proses penyembuhan prana ialah KETIDAKSTABILAN prana yang telah dialirkan kepada pesakit. Prana yang telah dialirkan pada pesakit, beransur-ansur 'bocor' dan berkurangan, menyebabkan penyakit yang asal, kembali semula. Masalah ini boleh dielakkan jika pemurnian (cleansing) dibuat bersungguh-sungguh, kemudian menstabilkan prana yang telah dialir kepada pesakit. Prana boleh distabilkan dengan 2 cara:

1) Selepas anda habis membuat pengisian tenaga, anda menamatkannya dengan imaginasi anda mengalirkan prana berwarna biru muda pada tempat yang dirawat

2) Anda boleh mengarahkan atau meniatkan supaya prana yang dialirkan kekal atau stabil di situ.

* Dalam Pengajian Pyracosmic, teknik menstabil atau menutup aura ialah dengan membayangkan satu kapsul warna hijau menutup keseluruhan jasad pesakit dan membacakan 2 ayat terakhir Surah Yasin (Ayat 82-83) iaitu:-


إِنَّمَآ أَمۡرُهُ ۥۤ إِذَآ أَرَادَ شَيۡـًٔا أَن يَقُولَ لَهُ ۥ كُن فَيَكُونُ (٨٢) فَسُبۡحَـٰنَ ٱلَّذِى بِيَدِهِۦ مَلَكُوتُ كُلِّ شَىۡءٍ۬ وَإِلَيۡهِ تُرۡجَعُونَ (٨٣


Maksudnya:Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Dia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Dia berfirman kepada (hakikat) benda itu: Jadilah engkau!. Maka ia terus menjadi. (82) Oleh itu akuilah kesucian Allah (dengan mengucap: Subhaanallah!) Tuhan yang memiliki dan menguasai tiap-tiap sesuatu dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan. (83)

Anda boleh membuat eksperimen berikut untuk membuktikan kepada diri anda sendiri, kesahihan menggunakan teknik di atas untuk menstabilkan aura:-

1) Alirkan prana berwarna putih ke atas meja anda untuk selama 1 minit dan bentukkan ia menjadi satu bola tanpa mengarahkannya untuk kekal di situ. Ini ialah prana bola nombor 1.

2) Alirkan prana berwarna biru bersebelahannya untuk selama 1 minit dan bentukkan ia menjadi satu bola tanpa mengarahkannya untuk kekal di situ. Ini ialah prana bola nombor 2.

3) Alirkan prana berwarna putih untuk 1 minit dan bentukkan ia menjadi bola, bersebelahan dengan prana bola nombor 2. Arahkan (dengan minda) supaya ia KEKAL disitu.

4) Scan ketiga-tiga prana bola tersebut untuk memastikan ia telah terbentuk dengan sempurna.

5) Tunggu kira-kira 20 minit dan scan semula ketiga-tiga bola tersebut. Anda akan mendapati prana bola nombor 1 mungkin telah hilang atau telah menjadi sangat kecil, berbanding prana bola nombor 2 dan 3!


TEMPAT PEMBUANGAN BIOPLASMA BERPENYAKIT

Semasa membuat pemurnian (sweeping), unsur-unsur bioplasma berpenyakit yang keluar mestilah dibuang ke tempat yang sepatutnya. Jika tidak, ianya boleh mencemarkan anda sebagai perawat, atau pesakit-pesakit lain. Sebenarnya, unsur bioplasma berpenyakit, setelah dibuang/dimurnikan masih bersambung dengan bioplasmic body mereka, melalui 'benang bioplasma' (bioplasmic threads). Melainkan jika unsur bioplasma berpenyakit dibuang ke tempat sepatutnya, ada kemungkinan ianya akan menjangkiti pesakit semula.
Untuk membuat tempat pembuangan bioplasma berpenyakit, sediakan semangkuk air dan isikan sedikt garam ke dalamnya. Adalah diketahui, air boleh menyerap sebarang unsur bioplasma berpenyakit, dan garam boleh memusnahkannya.
Untuk peringkat yang lebih 'advanced', anda boleh membayangkan satu unggun api berdekatan anda dan segala unsur bioplasma penyakit yang dikeluarkan memasuki unggun api tersebut dan dimusnahkan.
..bersambung

22.3.10

Penyembuhan Prana Siri 11

PENGISIAN TENAGA DENGAN PRANA: TEKNIK CAKRA TANGAN


Apabila mengalirkan prana ke bioplasmic body pesakit, anda mestilah juga menarik dan mengisikan prana untuk diri anda sendiri. Prana ini boleh ditarik dari udara atau sekitaran (kosmos). Ini menghalang anda dari keletihan/kekurangan tenaga, dan juga menghalang anda dari jangkitan/penyakit dari pesakit yang dirawat.

Terdapat banyak cara bagaimana menarik dan mengalirkan prana.Yang paling mudah dan selamat ialah melalui cakra tangan. -Satu tangan untuk menarik energi dan satu lagi untuk mengeluar/mengalirkan energi kepada pesakit. Kedua-dua cakra tangan kanan dan kiri boleh menarik dan mengalirkan prana. Bagi yang penganan (right-handed), biasanya cakra tangan kiri digunakan untuk menarik prana, manakala cakra tangan kanan untuk mengalirkan prana keluar. Bagaimanapun ianya bergantung kepada NIAT dan pilihan anda sendiri.

Prana ditarik masuk melalui salah satu cakra tangan dan dialirkan keluar melalui satu cakra lagi. FOKUSKAN perhatian anda pada cakra tangan (tengah-tengah tapak tangan) dan pada bahagian yang hendak dirawat dengan MENUMPUKAN LEBIH PERHATIAN PADA CAKRA TANGAN. Dengan terlalu memfokus pada bahagian yang hendak dirawat mengurangkan aliran prana masuk dan keluar. Ini adalah kesalahan yang biasa dibuat oleh mereka yang baru menceburi penyembuhan prana.

Ikutilah prosedur berikut:

1) Tekan tengah-tengah tapak tangan anda untuk membantu meningkatkan konsentrasi

2) Fokuskan perhatian anda pada tengah tapak tangan (cakra) yang digunakan untuk menarik masuk prana, selama kira-kira 10-15 saat. Ini untuk mengaktifkan cakra dan meningkatkan keupayaannya menarik lebih banyak prana. Jika anda membuat keputusan menarik prana dari tangan kiri, fokuskan perhatian anda di situ.

3) Letakkan tangan satu lagi berdekatan dengan kawasan bermasalah pesakit dan tumpukan konsentrasi anda pada kedua-dua tengah tapak tangan. Jika anda ingin mengalirkan prana keluar melalui tapak tangan kanan, letakkan bahagian tapak tangan anda berdekatan kawasan yang ingin dirawat. Jarakkan tapak tangan anda dari pesakit, kira-kira 3-4 inci. Teruskan membuat konsentrasi pada kedua-dua tapak tangan sehingga pesakit dialirkan tenaga secukupnya. Untuk kes-kes yang mudah, ini biasanya mengambil masa 5-15 minit.

4) Bila membuat pengisian tenaga, anda mesti memasangkan niat dan membuat arahan (kepada minda anda) supaya prana yang dialirkan mula-mula pergi ke cakra yang berkaitan, kemudian ke tempat berpenyakit. Adalah sangat penting untuk 'mengarahkan' (dengan minda) supaya prana sampai ke tempat bermasalah, untuk mempercepat proses penyembuhan. Dengan hanya mengalirkan prana pada cakra (tanpa niat supaya ia sampai ke tempat berpenyakit) menyebabkan energi prana agak tersasar dan penyembuhan menjadi lambat.

5) Bahagian kiri dan kanan ketiak hendaklah dibuka sedikit untuk memudahkan pengaliran prana dari satu cakra tangan ke satu cakra tangan yang lain.

6) Anda pada mulanya mestilah membuat arahan (dengan minda) untuk menarik prana dari satu tangan (katalah tangan kiri) dan mengalirkan prana melalui tangan satu lagi (katalah tangan kanan). Selepas itu anda tidak perlu lagi membuat "arahan' itu secara sedar, sebaliknya ia akan berlaku secara automatik, dimana satu tangan akan menarik prana dan satu lagi akan mengalirkannya keluar.

7) Adalah sangat penting untuk menumpukan konsentrasi pada kedua-dua tapak tangan. Kejayaan anda membuat penyembuhan prana bergantung padanya. Jika anda terlalu menumpukan perhatian pada pengaliran prana keluar tanpa perhatian pada prana yang ditarik, ini akan cepat melemah dan meletihkan anda.

8) Jika anda terasa sakit-sakit atau tidak selesa pada tangan, balik-balikkan tangan anda untuk membuang unsur bioplasma berpenyakit. Semasa proses pengisian tenaga, sememangnya anda kena selalu 'merenjis-renjis' tangan anda untuk membuang unsur bioplasma berpenyakit.

9) Pengisian tenaga dilakukan sehingga kawasan/organ bermasalah mendapat energi prana yang secukupnya. Tanda-tandanya ialah jika anda merasa seakan sesuatu yang 'menendang' (repulsion) secara halus dari kawasan yang dirawat atau anda merasa prana yang mengalir keluar secara beransur-ansur berhenti. Ini menandakan tahap energi prana pada tangan anda dan kawasan yang dirawat sudah sama. Untuk yang baru bermula, pengisian tenaga prana adalah selama 5-15 minit untuk kes yang mudah dan kira-kira 30 minit untuk kes yang lebih rumit.

10) Cross-check samada anda telah mengisikan tenaga secukupnya dengan membuat scanning aura dalaman pada kawasan tersebut. Jika belum cukup, isikan lagi tenaga prana secukupnya.

11) Jika kawasan tersebut, terlebih prana, lakukan penyapuan (sweeping) untuk mencegah pengumpulan prana (pranic congestion). Pastikan aura dalaman setebal lebih kurang 3 inci.

12) Prana atau ki boleh dialirkan keluar melalui jari-jari juga. Ini menghasilkan prana yang lebih kuat dan pesakit mungkin merasa agak sakit dan mencucuk-cucuk. Ini tidak perlu dilakukan. Lebih baik menguasai teknik melalui tapak tangan dahulu.

13) Dalam melakukan pengisian tenaga, visualisasi membantu, tetapi tidaklah perlu. Rileks sahaja dan dengan tenang, tumpukan konsentrasi pada kedua-dua tapak tangan. Secara automatik, anda akan mencapai hasilnya. Teknik yang anda belajar ini adalah begitu ringkas, senang dan berkesan. Cubalah dahulu dan lihatlah hasilnya!

POSISI MENARIK PRANA

Terdapat beberapa posisi yang biasa digunakan untuk menarik dan mengalirkan prana












1) Posisi menggapai awan (reaching for the sky pose)

2) Posisi Egyptian (Egyptian pose)

3) Posisi kasual (casual pose)

Ini bergantung kepada kesesuaian dan keselesaan anda sendiri. Saya biasanya menggunakan posisi Egyptian kerana ia lebih selesa dan tidak nampak begitu 'pelik' kepada pesakit. Ini mengurangkan rintangan (resistance) dari pesakit. Perlu diingat, pesakit mempunyai keupayaan untuk sedikit sebanyak menghalang (block) prana yang dialirkan kepada mereka jika mereka mendapati perawat itu agak 'pelik' atau jika mereka langsung tidak percaya dan menolak teknik rawatan seperti penyembuhan prana ini. Itulah sebabnya, kita mesti menjalinkan hubungan baik (rapport) dengan pesakit, untuk menghasilkan kesan penyembuhan yang cepat dan berkesan.

..bersambung

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Holistic Followers

Home..