Hand out di bawah ini saya berikan kepada pesakit-pesakit yang mempunyai diabetis atau yang ingin mengurangkan berat badan..alhamdulillah ramai yang telah berjaya menurunkan paras gula, menurunkan berat badan serta tekanan darah..
____________________________________________________________________
Panduan untuk pesakit
diabetis/obesiti
(Dengan pengawasan doktor bertauliah,
terutama jika anda sedang mengambil ubat/insulin untuk diabetis)
1 1)
Puasa berkala (intermittent fasting)
a) Formula 16:8 iaitu
puasa selama 16 jam dan sela masa makan selama 8 jam
Cth: last makan malam pukul 8.00 malam dan keesokan harinya
anda ‘skip’ breakfast dan makan tengahari pukul 12.00 tengahari.
Maksudnya ‘puasa separuh hari’ dan
anda hanya makan 2 kali sehari (lunch, dinner)
Dibolehkan minum air
kosong @ kopi @ the tanpa gula(blh dicampur stevia jika perlu) semasa tempoh
puasa. Tidak digalakkan ‘snacking’
b) Puasa penuh 2x seminggu (cth isnin
& khamis)
c) Puasa penuh selang sehari
Nota: Tujuan
puasa adalah supaya tubuh membakar simpanan gula (glikogen) dan seterusnya
lemak yang tersimpan dalam tubuh akan dibakar sebagai
sumber tenaga . Proses ini akan berterusan selagi anda tidak mengambil minuman
@ makanan manis/berkarbohidrat tinggi
2 2)
Diet Rendah Karbo & Lemak Sihat (RKLS)
Apa yang boleh dimakan?
Contoh diet RKLS |
Asasnya makanan yang mengandungi karbo rendah, kandungan protein
sederhana tinggi serta lemak yang sihat.Ambillah makanan yang semulajadi, segar
dan bukan yang diproses @ makanan segera. Elakkan MSG (terutama makan di luar)
kerana MSG boleh meningkatkan paras insulin
·
Karbo: < 50 gm sehari. Kurangkan
pengambilan karbo berkanji (ingat: ianya hanya rantaian gula!) seperti nasi,
roti dan pasta. Gula makan- elakkan sama sekali!
Biskut dan kek-adalah
kombinasi gula dan karbo yang perlu dielakkan sama sekali kerana ia menyebabkan
anda lebih ketagih kepada gula dan menyebabkan anda lebih cepat lapar!
Contoh karbo 50 gm |
Semua sayuran hijau/salad
adalah ok. Makan seberapa banyak yang anda mahu.Biar anda kenyang dengan
sayur/ulam dan lauk.Jika ingin juga mengambil nasi, pastikan sangat minimum
(kira-kira ¼ pinggan). Digalakkan mencuba beras perang atau barli menggantikan beras putih
biasa. Tip: Bagi yang bekerja, boleh mencuba sup yang dimasak di rumah dan
dibawa ke tempat kerja. Lebihkan cendawan, tomato dan bawang di dalam sup.
Buah-buahan?
Buah-buahan hanya dimakan
secara‘raw’ dan tidak dibuat
jus.Buah-buahan yang boleh dimakan adalah seperti strawberi, epal dan pear
tetapi buah-buahan tempatan seperti pisang, tembikai, mangga dan nenas TIDAK
digalakkan kerana mengandungi gula yang tinggi
·
Protein – contoh ikan, ayam, daging dan
telur perlu diambil dengan agak banyak. Panduan: sekitar 4 saiz tapak tangan
sehari( wanitasekitar 80 gm, lelaki sekitar 120
gm sehari). Daging yang diproses seperti dalam burger, nuggets atau
sosej adalah tidak berapa menyihatkan dan perlu diambil sekali sekala sahaja
·
Lemak (Jangan takut kepada lemak!) perlu
diambil dalam kuantiti yang sederhana (dilebihkan). Lemak yang baik adalah
seperti yang terdapat dalam minyak kelapa, minyak sawit atau minyak zaitun.
Minyak kelapa adalah yang terbaik untuk menggoreng kerana ia paling stabil.
Gantikan marjerin dengan mentega yang lebih menyihatkan. Juga boleh mengambil
yoghurt tinggi lemak. Vitamin A, D, E dan K hanya boleh didapati dalam
makanan berlemak dan berminyak. Elakkan
marjerin, minyak jagung dan minyak sayuran.
Hati-hati makanan ‘rendah lemak’ kerana biasanya ia mengandungi gula yang tinggi atau pemanis tiruan!
#SukuSukuSeparuh . (Jika anda rasa diet di atas sangat extreme)
Ini portion mudah untuk diikuti seperti yang disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia:
-Suku pinggan: lauk (protein, lemak)
-Suku pinggan : karbo (nasi)
-Separuh pinggan : sayur-sayuran/ulam
Hati-hati makanan ‘rendah lemak’ kerana biasanya ia mengandungi gula yang tinggi atau pemanis tiruan!
#SukuSukuSeparuh . (Jika anda rasa diet di atas sangat extreme)
Ini portion mudah untuk diikuti seperti yang disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia:
-Suku pinggan: lauk (protein, lemak)
-Suku pinggan : karbo (nasi)
-Separuh pinggan : sayur-sayuran/ulam
MAKAN BANYAK SAYURAN DENGAN PROTEIN
DAN LEMAK YANG BAIK MENYEBABKAN ANDA LAMBAT LAPAR DAN INI MENSTABILKAN PARAS GULA DAN ANDA AKAN MEMBAKAR LEBIH BANYAK LEMAK
Disediakan oleh:
~Dr Hapizi
WA:
0179351516
Email :
dr_hapizi@yahoo.com
1 comment:
شركة رش مبيدات بالجبيل
شركة عزل اسطح بالهفوف
Post a Comment