Apakah epilepsy?
Epilepsy adalah satu kumpulan penyakit disebabkan ketidaknormalan pada otak, yang dicirikan oleh kecenderungan untuk mendapat sawan yang berulang-ulang.
Sawan adalah disebabkan neuron-neuron (sel-sel asas yang membentuk otak) membebaskan terlampau banyak discas elektrikal yang tidak normal, seterusnya mengganggu sistem otak yang normal dan mengaktifkan pengecutan otot badan tertentu atau keseluruhannya.
Sesetengah jenis sawan melibatkan keseluruhan badan dan ini disebabkan discas elektrik neuron yang abnormal itu melibatkan seluruh bahagian otak.ini dipanggil sawan 'tonic-clonic'. sebahagian jenis sawan lagi hanya melibatkan sebahagian otak dan ini dinamakan sawan sebahagian (partial seizure)
Sawan tidak semestinya melibatkan aktiviti otot yang tidak terkawal seperti yang biasa kita lihat. Ianya boleh melibatkan hilang sedar (loss of conciousness), perubahan dalam tingkahlaku (sedih atau gembira dengan tiba-tiba), mata terpejam-celik berulang-ulang, bahagian muka tertarik-tarik dan sebagainya.
Penyebab epilepsy
Dalam kebanyakan kes, sebab epilepsy tidak diketahui. Walaubagaimanapun, sebahagiannya dapat dikenalpasti:
- Jangkitan pada otak ( spt encephalitis, meningitis, cacing pita, schistosomiasis, malaria dsb) pada bila-bila masa sepanjang hayat
- Kecederaan semasa kelahiran menyebabkan kekurangan oksigen atau pendarahan dalam otak
- Komplikasi penyakit tertentu spt kegagalan buah pinggang atau hati
- Faktor genetik atau penyakit genetik tertentu spt tuberous sclerosis
- Kecederaan kepala (kemalangan jalan raya yang teruk)
- Barah otak atau ketidaknormalan salur darah otak (AV malformation)
- Penyakit degeneratif otak spt Alzheimer
- Komplikasi dari stroke
- Kerosakan otak disebabkan jangkitan kuman, parasit, alkohol atau toksin
- Parut pada otak (spt hippocampal sclerosis)
Diagnosis
Doktor akan mengambil riwayat (history) pesakit dengan detail dan pemeriksaan fizikal akan dijalankan.
Beberapa ujian akan dijalankan spt CT atau MRI scan, dan EEG
Rawatan
- Pembedahan mungkin dijalankan jika ada masalah seperti barah otak, ketumbuhan atau ketidaknormalan salur darah.
- Ubat-ubatan akan diberi untuk mengawal/mencegah sawan dari berlaku. Cth: sodium valproate (epilim), phenytoin dan phenobarbital
Sumber:
No comments:
Post a Comment