"And He feeds me and quenches my thirst and when I fall sick then He (Allah) cures me" [Soorah Shu'araa: 80]


25.12.08

Program Pesona Diri Bersama Dr. Sazali Ahmad


Dr. Sazali Ahmad merupakan Pakar Psikologi dan Ahli Terapi Hipnosis dan Pengasas Simfoni Minda Academy, (rujuk link di bawah)

http://www.simfoniminda.com/v2/index.php

http://www.simfoniminda.blogspot.com/

Beliau dengan julung kalinya akan mengadakan Program Pesona Diri di Kuantan (venue akan diberitahu kemudian) pada hari Ahad 28/12/08. Bermula 9.00 am-6.00 pm.

Atas dasar persahabatan dan semangat membantu sesama insan, kos program ini adalah jauh lebih rendah dari yang biasa dikendalikan secara profesional di bawah syarikat beliau.
(hanya RM 290)

Sesiapa yang berminat sila hubungi 0179351516/0199325858.

Tempat adalah terhad.

Sinopsis program (dipetik dari laman web beliau):-

APAKAH PESONA DIRI ™

Program Pesona Diri adalah program asas bagi program-program transformasi minda yang menggabungkan teori dan teknik hipnosis, minda linguistik, tenaga esoterik, sains minda, sains bunyian, sains simbol, kuantum fizik dan metafizik. Berdasarkan hasil kajian lebih 20 tahun program ini bertujuan untuk memberi kefahaman, kemahiran, kaedah dan teknik mengenai Latihan Gabungan Kuasa Minda dan Tenaga secara sistematik dan berkesan yang belum pernah diajar oleh mana-mana pihak. Teknik-teknik yang dibongkarkan adalah untuk kegunaan harian untuk menghadapi dan mengatasi masalah trauma, fobia, emosi, fizikal & mistik untuk peningkatan prestasi ulung bagi tujuan perniagaan, perhubungan, pendidikan, politik, hiburan dan sukan.

Melalui Pesona Diri peserta berupaya membongkar rahsia potensi diri melalui teknik penyatuan minda (mengenalpasti & menselaraskan tahap gelombang minda makro dan mikro dengan tepat untuk memadamkan memori negatif dan seterusnya memasukkan program baru di dalam diri); teknik pencapaian minda (mengenalpasti tahap pencapaian mereka dengan mengimbas kembali kejayaan & kegagalan masa lampau supaya memori kejayaan dapat dikekalkan manakala memori kegagalan akan dihapuskan); teknik perubahan minda (mengubah, memperbaiki serta melenyapkan memori-memori negatif trauma & fobia yang membelenggu minda agar matlamat dan program baru dapat diprogram terus ke minda bawah sedar).



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Holistic Followers

Home..