"And He feeds me and quenches my thirst and when I fall sick then He (Allah) cures me" [Soorah Shu'araa: 80]


18.12.08

Systemic Lupus Erythematosis (SLE)



Pn A, wanita berusia 30 tahun, datang berjumpa saya di klinik baru-baru ini dengan simptom-simptom demam berpanjangan, ruam pada muka (bila terdedah pada cahaya matahari), sakit-sakit sendi tangan dan kaki, ulser pada mulut dan keguguran rambut.

Selepas menjalankan beberapa ujian darah, saya mendiagnos beliau mengalami SLE (systemic lupus erythematosis) dan beliau dirujuk kepada doktor pakar untuk rawatan lanjut.


Apakah SLE?


SLE mungkin agak jarang kita dengar, tetapi sebenarnya ia adalah penyakit yg agak biasa ditemui di Malaysia. Menurut anggaran Persatuan SLE Malaysia, dianggarkan 10,000 orang di negara kita telah disahkan mengidap SLE sejak 30 tahun lebih. Angka ini mungkin jauh lebih tinggi.

SLE adalah suatu penyakit kecelaruan sistem pertahanan badan dimana antibodi pesakit sendiri menyerang sel-sel badan yang normal. Keadaan ini menyebabkan kerosakan pada pelbagai organ seperti buah pinggang, otak, paru-paru, jantung, kulit, sendi dan darah. Punca mengapa keadaan 'autoantibodi' ini berlaku masih belum diketahui.

SLE kerap dijumpai pada wanita pada usia melahirkan anak (child-bearing age).Nisbah wanita kepada lelaki ialah 9:1.

Simptom-simptom:-

  • Demam berpanjangan

  • kurang berat badan

  • sakit-sakit sendi

  • Sakit sendi biasanya sendi-sendi kecil pada tangan
  • ruam, terutama pada tempat terdedah matahari


  • Ruam pada muka dgn bentuk tipikal 'butterfly rash'

  • ulser (pecah) mulut

  • keguguran rambut

Komplikasi:-

  • Kegagalan buah pinggang

  • jangkitan kuman spt sinusitis

  • 'flare' (penyakit bertambah teruk)

  • kesan sampingan ubat

Rawatan:-

  • Steroid (cth: prednisolone). Bagaimanapun ini boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan seperti muka menjadi bulat, jerawat, pertumbuhan terbantut, tulang rapuh dan katarak

  • Ubat 'cytotoxic' spt cyclophosphamide

Kesimpulan:

SLE mesti dipertimbangkan jika anda mengalami simptoms spt demam, sakit sendi, ruam, ulser mulut, keguguran rambut dsb jika berlarutan

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Holistic Followers

Home..