Enough talking about 'swine flu' for a while.Ehh..lupa..Liow Tiong Lai suruh panggil Influenza A H1N1. Whatever la..2 x 5.
Hari ni Pakcik nak highlightkan pasal polystyrene ni yang banyak kita pakai untuk 'menapau' makanan kat gerai-gerai atau restoran. kalau dulu masa Pakcik kecik-kecik, diorang pakai kertas suratkhabar je..lepas tu pakai kertas yang kaler coklat tu...tapi sekarang dah tak pakai dah...kebanyakannya pakai polystyrene je..teknologi la katakan...senang dan murah..tapi the drawbacknya..pengguna-pengguna macam kita la yang akan menanggungnya..(dan anak cucu-cicit cuit kita)
So what is polystyrene actually?
Polystyrene actually dihasilkan dari petroleum!
Polystyrene tidak boleh diuraikan (non-biodegradable).Ianya mengambil masa berpuluh malah beratus tahun untuk ianya musnah sepenuhnya dari alam sekitar.
Polystyrene mengandungi Styrene dan Benzene iaitu sejenis carcinogen yang disyaki menyebabkan pelbagai jenis barah dan juga neurotoxic (berbahaya kepada saraf/otak) manusia
Bekas makanan/minuman polystyrene akan membebaskan Styrene ini jika diisi dengan makanan atau minuman panas, makanan berasid atau berminyak
USM melalui NC nya Prof Datuk Dzulkifli Abdul Razak telah mengambil langkah yang bijak dengan mengharamkan penggunaan polystyrene di seluruh kampus USM
CAP juga melalui presidennya, S. M. Mohamed Idris telah lama menyedari perkara ni dan telah mendedahkannya di dada-dada akhbar. (berapa ramai yang baca, compare dengan berita artis yang kawin cerai, tangkap basah etc)
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/2/23/focus/3286623&sec=focusKita berharap kerajaan (KKM terutamanya) membuka mata tentang bahaya yang terkandung dalam polystyrene dan mengambil langkah sewajarnya!
Dan anda juga!
Makanlah dalam pinggan (kaca lebih bagus),kalau nak tapau, suruh mamak tapau pakai kertas suratkhabar atau apa salahnya bawa tupperware sendiri dari rumah! he he..
Mudah, bukan?
Selamatkan bumi dan lebih penting, selamatkan nyawa anda dan generasi selepas anda!
No comments:
Post a Comment