"And He feeds me and quenches my thirst and when I fall sick then He (Allah) cures me" [Soorah Shu'araa: 80]


Showing posts with label general. Show all posts
Showing posts with label general. Show all posts

27.3.11

Memahami Kesan Radioaktif




Kesan kebocoran radioaktif daripada loji nuklear di Fukushima, Jepun baru-baru ini mengejutkan ramai pihak. Bagaimanapun mungkin ramai antara kita yang tak nak ambil kisah. Orang cakap dah ada 10 Sv exposure, kita masih tersenyum, padahal dose tu boleh menyebabkan immediate death!

So jom kita lengkapkan sedikit pengetahuan tentang kesan radiaktif ni..

Pendedahan terhadap kesan radiaktif ni secara acute (jangka masa pendek) dalam dose yang tinggi dinamakan Acute Radiation Syndrome (ARS).

Apakah simptom-simptom ARS?

Secara klasik, ianya dibahagikan kepada 3 kumpulan utama
  • Darah-menyebabkan kekurangan 3 komponen darah utama iaitu sel darah putih (meninggikan risiko jangkitan), platelet (mengakibatkan pendarahan) dan sel darah merah (mengakibatkan anemia)
  • Usus-loya, muntah, kurang selera makan dan sakit perut berlaku selepas 1-2 jam pendedahan
  • Saraf-pening, sakit kepala dan kurang sedar/koma-pada pendedahan yang lebih tinggi
Tanda pada kulit

-dikenali dengan Cutaneous Radiation Syndrome (CRS)-ditandai dengan kemerahan dan kegatalan kulit selepas beberapa jam exposure, diikuti dengan gelembung dan ulser.



(Rujukan:http://en.wikipedia.org/wiki/Acute_radiation_syndrome)

Bagaimana paras radiasi diukur?

Paras radiasi diukur dalam unit Gray (Gy). Bagaimanapun untuk kesan biologi pada manusia, ia diukur dalam unit Sievert (Sv). Hasil pengumpulan bahan radiasi ini ke dalam badan manusia dinamakan annual limit of intake (ALI). Bacaan oleh mesin pengesan radiasi biasanya direkodkan sebagai microsievert (uSv)/jam


Apakah had dose radiasi untuk orang awam?

Dibawah Peraturan-peraturan Perlesenan Tenaga Atom (Perlindungan Senarai Keselamatan Asas) 2010, had dose untuk orang awam adalah 1 mSv setahun atau 0.5 uSv/jam.



Adakah kesan kejadian di Jepun itu akan sampai ke Malaysia?

Kejadian di Jepun itu telah diisytiharkan sebagai kemalangan tahap 4 daripada 7 tahap menurut IAEA iaitu kemalangan dengan kesan setempat. Berdasarkan skala itu, ianya tidak dijangka memberi kesan secara langsung kepada negara kita.

Macamana nak tahu jika ada perlepasan radioaktif ke Malaysia?

Lembaga Perlesenan Tenaga Atom, AELB sentiasa mengawasi paras sinaran melalui 6 lokasi ERMS yang terdapat di serata negara iaitu di Chuping, Ipoh, Kuantan, Senai, Kudat dan Seri Aman.

Data diupdate setiap hari di website dia:

http://www.aelb.gov.my/aelb/malay/teks/index.asp

DATA TERKINI ERMS: Tarikh : 27.03.2011 , 10.00 pagi
    - Data paling tinggi : 0.181 uSv/jam (Senai)
    - Data paling rendah : 0.029 uSv/jam (Kudat)
    - Range Data di Malaysia : 0.029 ~ 0.181 uSv/jam
    - Bacaan adalah di paras normal (Latar Belakang).


Apakah garam iodin (Potassium Iodide?)


Potassium iodide ialah garam yang mengandungi Iodine yang stabil (tidak beradioaktif). Iodine diperlukan untuk membina hormon tiroid (kelenjar tiroid terletak di leher-di kawasan bow-tie).

Semasa kejadian kebocoran logi nuklear, Iodine beradioaktif akan terlepas ke ke udara dan ini akan diserap dengan cepat melalui kelenjar tiroid, dan ini 'mencederakan' sel-sel kelenjar tiroid. ini boleh menyebabkan risiko kanser dan sebagainya.

Dengan mengambil garam iodin, ianya akan diserap ke dalam kelenjar tiroid dan ini menghalang penyerapan Iodine beradioaktif.


Adakah kita perlu mengambil garam iodin sekarang sebagai langkah berjaga-jaga?

Tak perlu, kerana paras radiasi di negara kita masih rendah dan pengambilan iodine berlebihan akan menyebabkan pelbagai kesan sampingan pula.

1.6.09

Petua Mendapat Anak Lelaki

Sebenarnya ada ramai yang bertanya petua ni.Latest from Sdr Nai-"Ada apa-apa petua nak bagi dapat anak lelaki?"-sms beliau.So kat sini saya perturunkan tips-tips ringkas dan logik disebaliknya.

First kena tau basic facts dia dulu.

1) Susunan kromosom bagi lelaki ialah XY, dan bagi perempuan XX
2) Kromosom ovum (telur) wanita ialah X sahaja manakala kromosom sperma lelaki ialah samada X atau Y
3) Jika sperma X bercantum dgn telur X,jadi le anak perempuan. Jika sperma Y bercantum dgn telur X, jadi le anak lelaki.
(perhatikan, bapa lah yang akan menentukan samada bayi itu lelaki atau perempuan)
4) Sperma Y (yang bersifat kelelakian) adalah 'sprinter runner'-lari laju tapi cepat pancit
5) Sperma X (yang bersifat kewanitaan) adalah 'marathon runner'-lari perlahan tapi tahan lama
6) Sperma Y sukakan medium beralkali dan lemah/mati dalam medium berasid
7) Sperma X sukakan medium berasid dan lemah/mati dalam medium beralkali

So dah tau basic, dari aspek praktikalnya:-

Untuk dapat anak lelaki

Pemakanan

Suami kena makan lebih banyak makanan berasid manakala isteri kena makan lebih makanan beralkali
makanan berasid=daging,seafood
makanan beralkali=sayuran, buahan,susu,putih telur

Faktor masa

Hubungan seks mesti dilakukan tepat2 waktu subur (biasanya hari ke 14 dikira dari tarikh hari pertama haid). Rasional: Rujuk no. 4) dan 5). kalau dibuat sebelum itu, dikhuatiri sperma Y mati dalam 'perjalananan' -tak sempat sampai dlm rahim. so sperma X maybe sampai lalu tersenyawa dgn telur-maka jadilah anak perempuan

Faktor kedalaman

Suami mesti memasukkan penis sedalam mungkin ke dalam vagina.rasional: rujuk 4) dan 5) juga-supaya sperma Y tak payah berenang jauh-jauh

Faktor kemuncak

Suami mesti sampai kemuncak selepas isteri. ini kerana jika isteri climax dahulu, dia akan mengeluarkan cecair beralkali, yang mana ini akan menyokong sperma Y. rasional: rujuk no 6)

Faktor persediaan

15-20 minit sebelum bersama, isteri kena basuh vagina dengan cecair beralkali. Ni boleh dibuat dgn campur 1 sudu kecil soda bicarbonat dan segelas air.


Untuk dapat anak perempuan

Pemakanan

Suami makan lebih makanan beralkali dan isteri makanan berasid

Faktor masa

Buat hubungan seks sebelum atau selepas 3 hari waktu subur

Faktor kedalaman

Ejaculation suami mesti berlaku agak jauh dari pintu rahim. (jangan memasukkan penis terlampau dalam)

Faktor kemuncak

Suami mesti sampai kemuncak sebelum isteri.

Faktor persediaan

15-20 minit sebelum bersama, isteri kena basuh vagina dengan satu sudu cuka dicampur dengan semangkuk air


#Ketepatan kaedah di atas dianggar 75-80%

2.5.09

Polystyrene-The 'White Coffin'!!



Enough talking about 'swine flu' for a while.Ehh..lupa..Liow Tiong Lai suruh panggil Influenza A H1N1. Whatever la..2 x 5.

Hari ni Pakcik nak highlightkan pasal polystyrene ni yang banyak kita pakai untuk 'menapau' makanan kat gerai-gerai atau restoran. kalau dulu masa Pakcik kecik-kecik, diorang pakai kertas suratkhabar je..lepas tu pakai kertas yang kaler coklat tu...tapi sekarang dah tak pakai dah...kebanyakannya pakai polystyrene je..teknologi la katakan...senang dan murah..tapi the drawbacknya..pengguna-pengguna macam kita la yang akan menanggungnya..(dan anak cucu-cicit cuit kita)





So what is polystyrene actually?

Polystyrene actually dihasilkan dari petroleum!

Polystyrene tidak boleh diuraikan (non-biodegradable).Ianya mengambil masa berpuluh malah beratus tahun untuk ianya musnah sepenuhnya dari alam sekitar.

Polystyrene mengandungi Styrene dan Benzene iaitu sejenis carcinogen yang disyaki menyebabkan pelbagai jenis barah dan juga neurotoxic (berbahaya kepada saraf/otak) manusia

Bekas makanan/minuman polystyrene akan membebaskan Styrene ini jika diisi dengan makanan atau minuman panas, makanan berasid atau berminyak

USM melalui NC nya Prof Datuk Dzulkifli Abdul Razak telah mengambil langkah yang bijak dengan mengharamkan penggunaan polystyrene di seluruh kampus USM


CAP juga melalui presidennya, S. M. Mohamed Idris telah lama menyedari perkara ni dan telah mendedahkannya di dada-dada akhbar. (berapa ramai yang baca, compare dengan berita artis yang kawin cerai, tangkap basah etc)
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/2/23/focus/3286623&sec=focus

Kita berharap kerajaan (KKM terutamanya) membuka mata tentang bahaya yang terkandung dalam polystyrene dan mengambil langkah sewajarnya!

Dan anda juga!

Makanlah dalam pinggan (kaca lebih bagus),kalau nak tapau, suruh mamak tapau pakai kertas suratkhabar atau apa salahnya bawa tupperware sendiri dari rumah! he he..

Mudah, bukan?

Selamatkan bumi dan lebih penting, selamatkan nyawa anda dan generasi selepas anda!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Holistic Followers

Home..