"And He feeds me and quenches my thirst and when I fall sick then He (Allah) cures me" [Soorah Shu'araa: 80]


15.6.09

Ubat Paling Mujarab


Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda;

"Dalam surah al-Fatihah ada ubat yang dapat menyembuhkan semua penyakit"

Pengalaman orang orang Sufi mengesahkan bahawa bacaan al-Fatihah dengan keyakinan dan keimanan yang teguh boleh menyembuhkan semua penyakit, samada penyakit jasmani atau rohani, penyakit zahir atau batin.



Nabi Muhammad s.a.w menyarankan cara bacaan yang berikut dan amalan ini dapat menyembuhkan semua penyakit, insya-Allah!

Baca al-Fatihah 41 kali selama 40 hari berturut-turut antara solat sunat dan fardu Subuh.Dalam bacaan ini, ayat pertama dan kedua disambung, jangan berhenti.Dengan kata lain, huruf (mim)dalam nir-Rahim disambung dengan (lam) dalam alhamdu-lillahi. selebihnya dalam surah itu dibaca seperti biasa iaitu berhenti di hujung ayat.

Jika seseorang itu diserang penyakit gila atau kerana sesuatu sebab tidak dapat membacanya, ayat-ayat itu hendaklah dibaca dan ditiup pada air dan diberi minum kepada pesakit.


~Dipetik dari 'Kitab Ilmu Perubatan Kesufian' oleh Sheikh Hakim Moinuddin Chisti

2 comments:

Soulier MUCHiER said...

subhanAllah byk informasi berguna di dalam blog ini...bak peti emas menyinari hidup kami...


Terimakseh Dr Pakcik

pakcik said...

terima kasih mok, sudi jenguk blog yg x seberapa ini...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Holistic Followers

Home..