Otak manusia merupakan organ yang paling kompleks yang dicipta oleh Allah Taala.Di situlah letaknya AKAL yang membezakan manusia dari haiwan.
Otak mempunyai 100 bilion neuron (sel saraf) dan bertrilion 'synapse' iaitu hubungan antara neuron-neuron. Otak boleh menyimpan 100 ribu fakta pada satu-satu masa dan bertrilion fakta sehingga hayatnya.
Baru-baru ini ada satu cabang sains yang kian berkembang, dipanggil NEURO-THEOLOGY (theology=ketuhanan) yang mengkaji biologi bahagian-bahagian otak, mengenal pasti litar-litar saraf otak yang terlibat dalam hal kerohanian (spirituality) dan untuk menerangkan bagaimana aktiviti ritual keagamaan mempengaruhi pelaku-pelaku yang percaya atau tidak kepada hal-hal ketuhanan.
Pada tahun 1980-an, Dr Michael Persinger membuat ujikaji menarik dengan menstimulasi satu bahagian otak subjek iaitu lobus temporal dengan medan elektromagnetik yang lemah dan didapati subjek-subjek mengalami 'pengalaman kerohanian tertentu' semasa stimulasi.
Pada tahun 1997, Dr Vilayanur Ramachandran, seorang Saintis Kajisaraf daripada University of California, San Diego yang mengkaji aktiviti otak pesakit-pesakit yang mengalami sawan (epilepsy) pada bahagian temporal, mendapati bahawa pesakit-pesakit yang dikajinya sering kali memberi tahu beliau bahawa, setiap kali terkena serangan sawan, terdapat pengalaman-pengalaman spiritual dan mistik. Mereka juga didapati lebih cenderung mendalami agama.
Dr V. Ramachandran seterusnya membandingkan aktiviti otak pesakit-pesakit beliau dengan orang-orang yang normal dan mereka yang terlibat secara serius dalam bidang keagamaan. Hasilnya sangat menarik kerana didapati pesakit-pesakit sawan beliau didapati mempunyai aktiviti otak yang sama dengan mereka yang serius dalam bidang keagamaan, iaitu peningkatan aktiviti kawasan neuron otak pada kawasan temporal, berdekatan bahagian depan (frontal) otak.
Ini menunjukkan kaitan antara God Spot (yang terletak di bahagian temporal otak) dengan hal-hal spiritual.
Bagaimanapun, kajian terbaru National Institute of Neurological Disorders and Stroke in Bethesda, Maryland mendapati tiga bahagian otak terlibat iaitu lobus frontal, temporal dan parietal.Baca di: http://www.dailymail.co.uk/sciencetech/article-1160904/Research-brains-God-spot-reveals-areas-brain-involved-religious-belief.html#ixzz0bdF61Jvd
Dr. Ary Ginanjar Agustian dari Indonesia, pengasas ESQ Way 165, menghuraikan kepentingan God Spot dengan begitu ilmiah dan mengkagumkan.
Menurut Ary, betapa manusia itu ramai yang sedang 'mencari Tuhan' tetapi ramai yang gagal.Ramai yang mengejar dunia dan meninggalkan akhirat, begitu juga sebaliknya. Yang diperlukan adalah manusia (Muslim) yang menggabungkan kepentingan dunia dan akhirat.
Sebab itulah Ary menggariskan ESQ Way 165, dengan Spiritual Quotient (SQ) menjadi nukleus, diliputi dengan Emotional Quotient (EQ) dan pada bahagian luarnya Intelligence Quotient (IQ)
Dalam Islam, 3 asas agama yang penting ialah Islam, Iman dan Ihsan (Rujuk 'hadis Jibril')
Menurut formula Ary:
IQ= Rukun Islam (5)
EQ=Rukun Iman (6)
SQ=Ihsan (1)
Dalam bukunya yang kedua- 'ESQ Power', diterangkan teras SQ adalah Asmaul Husna yang 99 itu.
Jadi, teras seorang manusia (Muslim,terutamanya) yang berjaya adalah dengan menghayati/mengaplikasi Asmaul Husna 99, dan yakin serta melaksanakan 6 Rukun Iman dan 5 Rukun Islam.
Insya-Allah akan berjaya dunia akhirat.
Wassalam..
Rujukan lain:
4 comments:
salam
sedikit sharing. Kesilapan mengatakan God Spot adalah puncak tertinggi sehinggakan mengatakan wilayah spiritual mampu membuatkan kita syirik.
Boleh baca artikel saudara Fuad Latip membetulkan ESQ di http://www.fuadlatip.com/v1/2009/05/fikirkan-sejenak/
Salam,
Terima kasih,tuan diatas sharing.kita tidak mengatakan god spot adalah wilayah tertinggi yg mampu dicapai oleh 'manusia-manusia spiritual'.
Cuma, penemuan god spot membuktikan ada hubungan yg erat antara sains dan keagamaan atau utk lebih tepat spirituality.
sekurang-kurangnya manusia lebih sedar, mereka asalnya dari Tuhan dan kepada Tuhanlah mereka pasti kembali.
god spot adalah hanya sebagai wahana/alat utk manusia lebih bertaqarrub kpd Tuhannya.
ESQ Power Model boleh merusak Aqidah.Teorinya diasaskan oleh bukan Islam sehingga lebih 80%. Allah mengurniakan pendengaran, pengelihatan dan hati. Akal-fikiran adalah hasil daripada 3 komponen ini dan tiga komponen ini mestilah berpaksikan Nur Zat Allah, Nur Muhammad dan Nur Insan. Tanpa tiga Nur Cahaya ini akal tidak boleh berfungsi. Dialam kubur dan di akhirat nanti akal tidak berfungsi langsung. Yang berfungsi nanti ialah 360 kerat tulang-belulang serta sendi-sendinya dan Hati tempat Allah menilik. Allah tidak bertempat...... tidak mungkin ada God Spot atau Allah 's Spot !!! Ikhlas dari Radin Ihdar Amin Al-Hajj
Pengasas ESQ mengatakan bahawa "God Spot itulah Fitrah." Bisa gak dikatakan sebegitu. Diserupakan dua yang sama.
Post a Comment