"And He feeds me and quenches my thirst and when I fall sick then He (Allah) cures me" [Soorah Shu'araa: 80]


8.1.10

Pengumuman:Kursus Pyra Quanta Touch di Kuantan 30-31/01/10


Assalamualaikum

Buat julung-julung kalinya, Kursus PYRA QUANTA TOUCH ASAS akan dijalankan buat pertama kali di Pantai Timur amnya dan di Kuantan khasnya.

Kursus ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh Prof. Dr. Ahmad Lothfi Ibrahim, Pengasas dan Perunding Pyracosmic. (http://www.pyracosmic.com/)

Apa Yang Akan Anda Pelajari Dalam Kursus Ni?
  • Siri teknik pernafasan dan latihan pergerakan tubuh untuk anda.Ini merupakan teras yang digunakan dalam Pyra Quanta Touch (PQT). Ianya amat mudah dipelajari di pelbagai peringkat usia

  • Anda akan mempelajari kaedah mengurangkan kesakitan pada tubuh badan bagi peribadi dan juga untuk orang lain

  • Anda juga dapat perhatikan bagaimana tulang-tulang pada tubuh dapat dibetulkan dengan hanya menggunakan sentuhan lembut; sebenarnya tubuh berinteraksi dengan tenaga Pyra dan membetulkan tulang-tulang dalam tubuh

  • Bagaimana untuk membantu mengurangkan sakit belakang dengan segera dan ianya tidak mustahil dilakukan.Sehingga ini ramai pakar-pakar Chiropractors menggunakan teknik-teknik PQT kerana ianya benar-benar berkesan

  • Kaedah dan teknik rawatan jarak jauh.Apabila orang yang tersayang tidak berada dekat dengan anda dan memerlukan pertolongan anda, ada kaedah yang menarik yang dapat anda gunakan, iaitu PQT yang sangat berkesan

  • Menambahbaikkan tenaga hayat di dalam tubuh dengan meletakkan pusat-pusat tenaga tubuh.Teknik ini benar-benar dapat menambahkan tenaga yang amat luar biasa.Teknik ini dapat anda pelajari di dalam kursus yang luar biasa ini.

  • Rahsia pernafasan nusantara: Nafas, Tanafas, Anfas,Nufus.

Siapa Perlu Hadir?

  • Mereka yang meminati Ilmu Pernafasan Tenaga Hayat

  • Mereka yang mahu merawat dan membantu orang lain

  • Mereka yang meminati Ilmu Meditasi dan Penyelarasan Tenaga Hayat

  • Pelajar-pelajar IPTA/IPTS, Pesara, Pensyarah, Guru, Ketua-ketua jabatan, mereka yang mengalami masalah kesihatan, mereka yang mengalami Stress di tempat kerja

Butiran Kursus

  • Tarikh: 30-31 Januari 2010 (9 pagi sehingga 5 petang)

  • Tempat: Hotel Seri Malaysia, Kuantan

  • Yuran kursus: RM 298 (untuk kursus 2 hari, tidak termasuk penginapan)

-Tempat adalah terhad untuk 20 orang peserta sahaja. Ini untuk benar-benar memastikan peserta mendapat manfaat yang maksimum dan penumpuan sepenuhnya dari Pengajar.

-Sijil kursus akan disediakan

Sila daftar awal untuk memastikan tempat anda, dan rebutlah peluang keemasan ini untuk manfaat masa depan anda!

Tarikh tutup pendaftaran: 20 Januari 2010

Sila hubungi:

Dr. Hapizi: 0179351516

Wan: 0179221625

Klinik Ozon, Kuantan: 095163440

Pyracosmic HQ, USJ: 0380248551/0380248553

1 comment:

Unknown said...

berapakah bayaranbuntuk rawatan sahaja..jika sakit kaki dan kebas tangan?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Holistic Followers

Home..