"And He feeds me and quenches my thirst and when I fall sick then He (Allah) cures me" [Soorah Shu'araa: 80]


28.10.09

Apakah Berubat Merosakkan Tawakal?


Salam..

Artikel di bawah saya terjumpa dalam email.Rasanya eloklah dikongsi untuk kebaikan bersama.Semoga bermanfaat dan diberi ganjaran setimpal oleh Allah kepada penulisnya..


Oleh: Al Ustadz Abdul Mu'thi Al Maidani

Tema ini masih berkaitan dengan perbahasan hadis Ibnu Abbas radhiallahu `anhuma yang lalu mengenai orang-orang yang masuk syurga tanpa hisab dan tanpa azab. Salah satu sifat mereka adalah bertawakal kepada Allah subhanahu wa ta'ala semata. Barangkali sebahagian muslimin beranggapan bahawa berubat akan mengikis kesempurnaan tauhid. Alasannya adalah kerana berubat merupakan penggunaan sesuatu sebab yang berlawanan dengan tawakal kepada Allah. Sehingga seorang yang bertawakal tidak perlu untuk berubat bila sakit. Jika Allah mahu menyembuhkannya, maka dia akan sembuh tanpa perlu berubat. Akan tetapi, benarkah mengambil sesuatu sebagai sebab berlawanan dengan tawakal kepada Allah?

Marilah kita semak tulisan berikut ini.
Sesungguhnya Rasulullah shallallahu' alaihi wasallam pernah mengutarakan masalah berubat, sebagaimana di dalam beberapa hadis. Di antaranya,

1. Dari Jabir Bin Abdullah radhiallahu' anhu, bahawa Rasulullah shallallahu `alaihi wasallam bersabda,
"Setiap penyakit pasti memiliki ubat. Bila sesuatu ubat bertepatan dengan penyakitnya maka dia akan sembuh dengan seizin Allah `azza wa jalla." (HR. Muslim)

2. Dari Abu Hurairah radhiallahu' anhu, bahawa Rasulullah shallallahu `alaihi wasallam bersabda,
"Tidaklah Allah menurunkan sesuatu penyakit melainkan menurunkan pula ubatnya." (HR. Al Bukhari dan Muslim)

3. Dari Usamah bin Syarik radhiallahu' anhu, bahawa beliau berkata,
"Aku pernah di sisi Rasulullah shallallahu' alaihi wasallam lalu datanglah sekumpulan arab dusun. Mereka bertanya, "Wahai Rasulullah, bolehkah kami berubat? ." Baginda menjawab, "Iya, wahai para hamba Allah berubatlah. Ini kerana Allah `azza wa jalla tidaklah meletakkan sesuatu penyakit melainkan meletakkan pula ubatnya, kecuali satu penyakit." Mereka bertanya, " Penyakit apakah itu? ." Baginda menjawab, "Penyakit ketuaan." (HR. Ahmad, Al Bukhari dalam Al-Adabul Mufrod, Abu Dawud, Ibnu Majah dan At-Tirmidzi, beliau berkata bahawa hadis ini hasan sahih. Syaikhuna Muqbil bin Hadi Al-Wadi'i mensahihkan hadis ini di dalam kitabnya Al-Jami'us Sahih mimma Laisa fish Sahihain 4/486)

4. Dari Ibnu Mas'ud radhiallahu' anhu, bahawa Rasulullah shallallahu' alaihi wasallam bersabda,
"Sesungguhnya Allah `azza wa jalla tidaklah menurunkan sesuatu penyakit melainkan menurunkan pula ubatnya. Ubat itu diketahui oleh orang yang boleh mengetahuinya dan tidak diketahui oleh orang yang tidak boleh mengetahuinya. " (HR. Ahmad, Ibnu Majah dan Al-Hakim, beliau mensahihkannya dan disepakati oleh Adz-Dzahabi. Juga Al-Bushiri mensahihkannya dalam kitab Zawaidnya. Lihat Takhrij Al-Arnauth atas Zadul Ma'ad 4/12-13)

Al Imam Ibnu al-Qayyim rahimahullah berkata, "Di dalam hadis-hadis yang sahih ini terdapat perintah untuk berubat dan ia tidak bertentangan dengan tawakal. Sebagaimana menolak penyakit yang berbentuk rasa lapar, haus, panas dan dingin dengan lawan-lawannya, ia tidak menghilangkan tawakal. Bahkan tidak sempurna hakikat tauhid kecuali dengan mengambil sebab yang Allah letakkan sebagai faktor yang akan melahirkan akibat, baik secara ketentuan takdir mahupun hukum syariat. Menolak sebab dapat merosakkan tawakal itu sendiri. Demikian pula dapat merosakkan dan melemahkan nilai perintah Allah dan hikmah-Nya. Sementara orang-orang yang menolak kerana mereka beranggapan bahawa yang demikian itu akan lebih menguatkan tawakal. Sedangkan menolak sebab merupakan sebuah kelemahan yang boleh menghilangkan tawakal. Ini kerana hakikat tawakal adalah seseorang itu menyandarkan hatinya kepada Allah di dalam mengambil manfaat dan menolak bahaya, baik pada agama mahupun dunianya. Penyandaraan hati ini mesti disertai dengan mengambil sebab. Jika tidak, maka dia akan menggugurkan hikmah Allah dan syari'at-Nya. Oleh kerana itu, janganlah seorang hamba menjadikan kelemahannya sebagai sikap bertawakal dan jangan pula dia menjadikan tawakalnya sebagai sebuah kelemahan." (Lihat Zadul Ma'ad, cet. Maktabah Ar-Risalah 4/14)

Berubat merupakan perkara yang diperselisihkan hukumnya di kalangan para ulama. Tentunya perselisihan mereka berpunca daripada perbezaan di dalam memahami dalil-dalil yang datang pada bab ini. Terdapat tiga pendapat di kalangan para ulama dalam menentukan hukum berubat.

Pertama, menurut sebahagian ulama bahawa berubat diperbolehkan tetapi yang lebih utama tidak berubat. Ini merupakan mazhab yang masyhur daripada Al-Imam Ahmad rahimahullah.

Kedua, menurut sebahagian ulama bahawa berubat adalah perkara yang disunnahkan. Ini merupakan pendapat para ulama pengikut mazhab Syafi'i rahimahumullah. Bahkan Imam An-Nawawi rahimahullah dalam kitabnya Syarh Sahih Muslim menisbahkan pendapat ini kepada mazhab majoriti salaf dan khalaf. Pendapat ini pula yang dipilih oleh Abul Muzhaffar. Beliau berkata, "Menurut mazhab Abu Hanifah bahawa berubat adalah perkara yang sangat ditekankan. Hukumnya hampir mendekati wajib."

Ketiga, menurut sebahagian ulama bahawa berubat dan meninggalkannya sama saja, tidak ada yang lebih utama. Ini merupakan Mazhab Al-Imam Malik rahimahullah. Beliau berkata, "Berubat adalah perkara yang tidak mengapa demikian pula meninggalkannya. " (lihat Fathul Majid halaman 88-89)

As-Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin rahimahullah memiliki method yang cukup baik di dalam mempertemukan beberapa pendapat di atas. Beliau memperincikan hukum berubat kepada beberapa keadaan:

1. Bila diketahui atau diduga kuat bahawa berubat sangat bermanfaat dan meninggalkannya akan mengakibatkan kemudharatan, maka hukumnya wajib.
2. Bila diduga kuat bahawa berubat sangat bermanfaat namun meninggalkannya tidak mengakibatkan kemudharatan yang pasti, maka berubat lebih utama.
3. Bila dengan berubat, peluang sembuh dan mudharat memiliki kadar kemungkinan yang sama, maka meninggalkannya lebih utama, agar dia tidak melemparkan dirinya dalam kehancuran tanpa sedar.
(lihat Asy-Syarhul Mumti' 2/437)


Salah satu sifat orang-orang yang masuk syurga tanpa hisab dan tanpa azab adalah bertawakal kepada Allah semata.


Sifat ini bukan bererti mereka tidak menjalani sebab sama sekali. Ini kerana secara global menjalani sebab merupakan perkara fitrah dan tertanam secara spontan. Tidak seorang pun boleh terlepas daripada menjalani sebab. Bahkan bertawakal itu sendiri merupakan sebab yang paling terbesar, sebagaimana firman Allah ta'ala,

"Barangsiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya." (Ath-Thalaq: 3)

Dengan demikian mereka hanya meninggalkan perkara yang makruh walaupun mereka memerlukannya, dengan tetap bertawakal kepada Allah, seperti meminta diruqyah. Mereka meninggalkan perbuatan ini kerana keadaannya sebagai sebab yang makruh. Terlebih lagi orang yang sakit, dia akan bergantung dengan apa sahaja yang dianggapnya sebagai sebab untuk sembuh meskipun dengan sarang labah-labah (yang sangat lemah).
Adapun mengambil sebab dan berubat dalam bentuk yang tidak mengandungi hukum makruh, maka ia tidak merosakkan tawakal. Oleh kerana itu meninggalkannya tidak disyariatkan, sebagaimana yang difahami daripada hadis-hadis yang telah kita senaraikan di atas. (Lihat Fathul Majid 87-88).

Mengambil sebab boleh menjadi perbuatan syirik dan boleh pula merupakan ibadah dan tauhid kepada Allah subhanahu wa ta'ala. Menjadi syirik apabila orang yang mengambilnya menyandarkan hati kepadanya, merasa tenang dengannya, dan meyakini bahawa sebab itu sendiri yang dapat melahirkan akibat tanpa Allah subhanahu wa ta'ala. Dia berpaling daripada Zat Yang Menciptakan Sebab dan menjadikan perhatiannya hanya terbatas kepada sebab itu.
Sedangkan ia boleh menjadi tauhid dan ibadah bila dia menganggapnya hanya sebagai bentuk penunaian, pelaksanaan dan penegakan hak ibadah yang terdapat padanya. Lalu menempatkannya pada tempat yang sesuai. Maka mengambil sebab dengan cara yang seperti ini merupakan satu bentuk ibadah dan tauhid kepada Allah subhanahu wa ta'ala. Ini kerana hal itu tidak memalingkannya daripada menghadapkan hati kepada Zat Pencipta sebab tersebut.
Seorang yang bertauhid dan bertawakal kepada Allah tetap mengambil sebab tetapi tidak menyandarkan hati, tenang, berharap, takut dan condong kepadanya. Hatinya hanya tertuju dan tergantung kepada Zat Pencipta Sebab subhanahu wa ta'ala. Namun bukan bererti dia menolak, menggugurkan dan mengabaikan untuk mengambil sebab.

Tawakal adalah salah, baik secara hukum syariat mahupun logik kecuali apabila ia digantungkan hanya kepada Allah subhanahu wa ta'ala semata. Tidak ada di alam nyata ini sebab yang sempurna dan dapat melahirkan akibat dengan sendirinya kecuali kehendak Allah subhanahu wa ta'ala.
Kehendak Allah merupakan sebab bagi segala sebab. Allah telah menjadikan padanya kekuatan yang akan memberi kesan. Tidak ada satu sebab pun yang boleh melahirkan akibat dengan sendirinya melainkan mesti disertai oleh sebab yang lain. Allah menjadikan bagi setiap sebab lawan-lawan dan perkara-perkara yang dapat menghalangnya. Hal ini tentunya berbeza dengan kehendak Allah subhanahu wa ta'ala. Kehendak-Nya tidak memerlukan sebab apapun selainnya. Tidak ada sebab apapun yang dapat melawan dan membatalkannya. Namun kadang-kala Allah subhanahu wa ta'ala membatalkan hukum kehendak-Nya dengan kehendak-Nya. Dia menghendaki sesuatu perkara lalu menghendaki lawannya dan perkara yang menghalang terjadinya. Seluruhnya dengan kehendak dan pilihan Allah. Oleh kerana itu tawakal tidak dibenarkan kecuali hanya kepada-Nya. Demikian pula penyandaran diri, rasa takut, harapan, keinginan tidak ditujukan kecuali kepada-Nya.

Nabi shallallahu `alaihi wa sallam bersabda,
"Aku berlindung dengan redha-Mu daripada murka-Mu, dengan pemeliharaanmu daripada seksa-Mu. Dan dengan-Mu daripada-Mu." (HR. Muslim dan Abu Daud)

"Tidak ada tempat selamat dan berlindung dari Zat-Mu kecuali kepada Zat-Mu." (HR. Muslim)

Apabila kita mengumpulkan antara bertauhid dan mengambil sebab, maka hati kita akan lurus dalam menuju Allah subhanahu wa ta'ala. Dengan demikian, jelaslah jalan besar yang dilalui oleh seluruh rasul, nabi dan pengikut mereka. Itulah jalan yang lurus iaitu jalan orang-orang yang Allah beri nikmat atas mereka. Semoga Allah selalu membimbing kita. (Lihat Madarijus Salikin, cet Dar Ihyaut Turots Al-Arabi, 3/368-369)

Wallahu a'lam bishshawab

26.10.09

Keep The Body Alkaline For Optimum Health

-From Natural News Oct 20,2009

Our bodies are alkaline by design and acid by function. This means that our bodies function more efficiently when slightly alkaline, but bodily functions, such as digestion, are acid producing. So what can we do to ensure that our bodies remain more alkaline and balanced?

The human body's metabolic process is naturally acid producing. However, this waste needs to be neutralized or "balanced" so it can be safely eliminated from the body without damaging tissues and organs that are responsible for detoxifying the body. Alkalinity is needed to neutralize and balance acidity. The presence of alkalinity in the body's acid producing environment is counteractive to the onset of illness and disease and also prevents decomposition.

"Acidosis" refers to an acid pH. It is an imbalanced acidic condition of all bodily fluids. Almost all cellular functions in the body are sensitive to the pH of their fluids. If the pH falls too far to the acidic side the cells become poisoned in their own toxic wastes and will die. All chemical processes have an ideal pH. Your blood should have a pH of 7.35 - 7.45.

Many studies show that people with a correct blood pH enjoy good health; whereas, people with a low, or acidic, pH are more likely to be ill. The slightest imbalance can cause serious illness and disease.The body will do whatever it must to maintain the blood pH balance, and will continually steal acid-neutralizing minerals from wherever necessary, such as calcium from bones and teeth. The blood will dump the acid into other body organs in an effort to detoxify itself. The organs then dump the acid back into the blood, creating a vicious cycle of trying to rid itself of acidity. This cycle can be ended with a properly balance pH.


Symptoms of mild cases of acidosis include headache, lack of energy, sleepiness, fast and shallow breathing, nausea, vomiting, diarrhea, dehydration and loss of appetite. Acidosis can result in rheumatoid arthritis, diabetes, lupus, tuberculosis, osteoporoses, high blood pressure and most cancers.Metabolic acidosis occurs when the body has more acidity then alkalinity in it. Eating a diet of excessive meats, grains and breads, dairy products, sugar, overcooked, refined and processed foods and fast foods, can lead to an acidic pH balance. Other factors can include overload from pollutants and chemicals, emotional stress and negative thinking. Even excessive exercising (past the point of exhaustion) causes acidity.

The most important way to stay alkaline is to maintain a healthy lifestyle.


- Increase the amounts of vegetables and fruit (alkaline foods) that you eat while decreasing the amount of acid-forming foods, such as grains, dairy products, pasta and breads. Juicing vegetables can be an excellent way to increase your alkaline food intake.Just because a fruit or vegetable may be acid, that doesn't mean it will be acid when it is digested. When foods are digested, they turn into "ash". This ash is what determines if a food is acid or alkaline.- It is important to remember that the method of cooking will also have either an acidic or alkaline reaction. For example, a potato that is baked or boiled in its jacket is alkaline food, whereas a fried potato is acid-forming.

- Make sure you drink at least 2 liters of good water per day. Normal tap water falls short of being good for you. Most city water has additives such as chlorine and fluoride, which are acid forming. Distilled water, water treated by reverse-osmosis or alkaline waters are best.

- Stress - Joy helps to alkalize the body. Take time to relax, have fun and laugh!

- Exercise will tend to make the body more alkaline, but exercising excessively will become acid-forming

21.10.09

RESET-Program Pelangsingan Badan Terbaik



RESET merupakan satu Program Pelangsingan Badan dari USANA HEALTH SCIENCE.
http://products.usana.com/en/products/us/macros/reset/

Yang unik tentang RESET ialah anda tidak perlu berlapar dan bersenam dengan melampau.

Paling PENTING ialah anda memilih makanan yang betul dan mengambil supplement seperti yang dicadangkan oleh Pakar kami.


Anda TIDAK perlu mengira/mengetahui kalori makanan tetapi anda perlu mengetahui serba sedikit tentang Glycaemic Index iaitu istilah yang kian popular digunakan oleh saintis di seluruh dunia.

Apakah Glycaemic Index (GI)?

GI adalah indeks yang menunjukkan berapa cepatnya glukosa (gula) diserap ke dalam darah, selepas kita makan makanan berkarbohidrat. Makanan ber'G.I' tinggi membebaskan glukosa dengan sangat cepat, manakala makanan G.I rendah membebaskan glukosa dengan perlahan dan seragam. Karbohidrat dibahagikan kepada 3 kategori:-

  1. G.I tinggi (70 ke atas)-cth: nasi, roti putih, corn flakes, kentang

  2. G.I sederhana (50-70)-cth: nasi (beras basmathi), roti 'whole grained', keledek, gula makan

  3. G.I rendah (50 ke bawah)-cth: kebanyakan sayuran dan buahan.

Untuk list glycaemic index, rujuk http://www.glycemicindex.com/

Dengan memakan makanan GI tinggi akan menyebabkan pembebasan hormon Insulin dari pankreas dengan cepat dan banyak.Insulin adalah hormon yang akan menukarkan karbohidrat kepada lemak.Disamping itu, Insulin meningkatkan risiko penyakit darah tinggi, jantung, kolesterol dan kanser (http://www.mercola.com/)

Perhatikan, punca kepada banyak penyakit sebenarnya adalah Insulin dan kunci untuk pengurangan berat badan adalah mengurangkan rembesan Insulin pada setiap kali makan (dengan mengambil makanan GI rendah)

Bagaimana Cara Yang Betul?

Sebelum itu anda kena tahu BMI (body mass index) anda.


BMI = Berat (dlm kg)/Tinggi (kuasa 2) (dlm meter)

Cth:-

Berat anda 80 kg.Tinggi 1.6 meter.

BMI= 80/(1.6x1.6) = 31.25

BMI yang normal ialah dalam range 18-23.

Untuk mendapat berat yang ideal, darabkan BMI 23 dengan tinggi kuasa 2 anda.

Dalam contoh di atas, berat ideal yang sepatutnya dicapai oleh anda ialah 23 x 2.56 = 58.8 kg.

Inilah berat yang sepatutnya dicapai oleh anda. Oleh itu anda perlu turunkan berat sebanyak 80-58.8= 21 kg.


Program RESET USANA.


-Supplemen yang diperlukan: Essentials (AO Pro+Chelated Mineral) dan Nutrimeal













Fasa 1 (RESET)

-Berlangsung selama 5 hari sahaja

-Mengambil Essentials 1 tablet 3x sehari dan Nutrimeal 2-3 scoops 3x sehari

-'Snacking' dengan buah-buahan dan sayur-sayuran antara waktu makan.

-Secara purata anda boleh turun berat sehingga 5 kg selepas 5 hari ini.


Fasa 2 (TRANSFORM)

-Berjalan sehingga anda mencapai berat badan yang diingini

-Mengambil Essentials 1 tablet 3x sehari dan Nutrimeal 2-3 scoops 2x sehari

-'Snacking' dengan buah-buahan dan sayur-sayuran antara waktu makan

-Mengambil makanan rendah GI

Fasa 3 (MANTAIN)

-Berat badan anda akan kekal dan tidak akan 'rebound'

-Mengambil Essentials 1 tablet 3x sehari dan Nutrimeal 2-3 scoops sekali sehari


Kes Terbaru:

Miss X ) (H/P 0139701872) (identiti dirahsiakan di atas sebab privacy).

-Berusia 37 tahun dan berkerjaya. Berat badan 115 kg dan mempunyai diabetis, darah tinggi dan kolesterol. Kadar gula dalam darah sebelum rawatan: 27 mmol/L.Tekanan darah 210/110

-Beliau mendaftar dalam program RESET dan mengambil Essentials dan Nutrimeal.

-Selepas 2 bulan, berat terbaru adalah 104 kg.Kadar gula: 10.4 mmol/L. Tekanan darah 140/90.


Untuk lebih info:-

http://products.usana.com/en/products/us/macros/reset/

http://products.usana.com/en/products/us/macros/reset/

Boleh call sms:-
-Dr Hapizi (0179351516)
-Wan (0179221625)
-Hariri (0199061992)

20.10.09

Indahnya Alam..

"Sesungguhnya dalam perciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi ulul albab. (Iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri ataupun duduk ataupun dalam keadaan berbaring dan mereka banyak berfikir tentang penciptaan langit dan bumi dan kemudian berkata,'Wahai Tuhan kami, Engkau tidak menciptakan ini dengan sia-sia.Maha suci Engkau, maka peliharalah kami daripada seksa neraka.."
(Al-Quran:Ali Imran:190-191)

Behold! in the creation of the heavens and the earth, and the alternation of Night and Day,― there are indeed Signs for men of understanding.― (190) Men who celebrate the praises of Allah standing, sitting, and lying down on their sides, and contemplate the (wonders of) creation in the heavens and the earth, (with the thought): "Our Lord! not for naught hast Thou created (all) this! Glory to Thee! Give us salvation from the penalty of the Fire. (191)
(Al-E-Imran:190-191)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Holistic Followers

Home..