"And He feeds me and quenches my thirst and when I fall sick then He (Allah) cures me" [Soorah Shu'araa: 80]


8.6.08

Berjimat Cermat..


Jam menunjukkan pukul 1 pagi. anak anda yang berusia 1 tahun didapati demam disertai batuk dan selsema.lalu anda bergegas membawa ke klinik swasta berdekatan.doktor anda memeriksa lalu memberi (?menjual) ubat antibiotik, demam,selsema dan batuk.caj yang dikenakan RM 50.

Senario di atas agak biasa kita alami, dengar dan lihat. RM 50 yang dibelanjakan mungkin bagi sesetengah orang is nothing, tapi bagi saya, ia agak besar dan boleh dibelanjakan untuk membeli keperluan lain yang lebih penting, terutama dalam keadaan kenaikan harga minyak, beras,gula, etc sekarang.

Oppss..dont get me wrong..saya tak katakan kesihatan tidak penting..in fact ianya adalah sesuatu yang begitu berharga..masalahnya ramai antara kita tidak faham apa yang lebih perlu dan yang kurang perlu.kita hanya suka mengikut orang ramai, tanpa mengambil sedikit masa untuk membuat sedikit research, contohnya.

Mari kita lihat semula contoh di atas.saya boleh katakan, ibubapa kanak-kanak diatas mungkin cuma hanya perlu membelanjakan sekitar RM 5 untuk demam flu anaknya.jadi jimat RM 45 ringgit. kalau anaknya kena demam selsema setiap bulan, jumlah yang boleh dijimatkan=RM 45 x 12 = RM 540 setahun. itu baru seorang anak, kalau 5 orang anak,bayangkan berapa yang perlu dibelanjakan setahun!

Demam flu atau selsema atau dalam istilah kedoktoran dikenali dengan URTI (upper respiratory tract infection) adalah disebabkan kebanyakannya oleh jangkitan VIRUS.oleh kerana badan mengesan kehadiran benda asing, badan secara automatik akan bertindakbalas untuk menyingkirkan bendasing tersebut, dengan meningkatkan suhu badan (demam) sebagai cara untuk 'membunuh' virus tersebut, sel darah putih akan berkumpul di kawasan tekak dan salur udara-akibatnya kahak, hingus (mucous) bertambah dan pesakit akan batuk (juga cara untuk menyingkirkan virus!)

Jadi badan kita telah bertindak dengan begitu effisien secara automatik untuk menyingkirkan virus-kenapakah kita perlu suppress proses semulajadi ini? apakah yang berlaku jika kita suppress virus ini?.

Ya-demam @ selsema @ batuk mungkin berkurangan (buat sementara), tapi apa yang berlaku adalah virus tersebut berkumpul di dalam badan dan boleh mengakibatkan komplikasi yang lebih serius.dan anda juga tahu semua ubat ada kesan sampingan-jadi double blows to your child's body!

Fakta # 1

Antibiotik tidak membunuh virus tetapi bakteria.oleh kerana dari awal lagi saya katakan, kebanyakan kes flu adalah disebabkan virus, jadi antibiotik tak perlu sama sekali.cuma dalam kes-kes tertentu, contoh-demam > 3 hari,demam yang tinggi, kahak berwarna kekuningan/kehijauan-jangkitan bakteria mungkin disyaki dan antibiotik perlu diberi atas nasihat doktor.jadi antibiotik tak perlu dalam kes diatas.harga=RM 15.potong.

Fakta # 2

Ubat batuk/selsema membawa kesan buruk kepada kanak-kanak <>Centers for Disease Control and Prevention, US memberi amaran supaya ibu-bapa tidak memberi ubat tersebut kepada kanak-kanak bawah 2 tahun.Dalam kajian mereka selama 2 tahun, seramai 1500 kanak-kanak dimasukkan ke wad dan seramai 3 orang mati kerana reaksi buruk terhadap ubatan tersebut. http://www.cbc.ca/consumer/story/2007/01/12/cough-syrup.html
harga ubat batuk + ubat selsema = RM 10.potong.

Kalau saya jadi ibubapa kanak-kanak di atas, saya cuma akan membeli ubat demam paracetamol yang berharga sekitar RM 5. (demam yang terlampau tinggi boleh mengakibatkan sawan (febrile fits).kalau demam/batuk/selsema tak kurang lepas 3 hari, baru bawa jumpa doktor

Disamping itu, berilah anak minum air kosong sebanyak mungkin dan 'tepid sponging' (basahkan kepala,badan dengan tuala basah) dan letakkan di bawah kipas tanpa selimut.

Kalau di negara barat, sup ayam (chicken soup) menjadi hidangan wajib kerana didapati ini boleh mempercepatkan penyembuhan.

So berapa boleh jimat? :)

-potong ubat antibiotik, batuk dan selsema dan consultation doktor (awal pagi!)

= RM 15 + 10 + 20 = RM 45

*cuma beli ubat demam yang harganya RM 5 (tak payah bawa anak ke klinik!)

Take home message:

Allow spontaneous recovery sebab ianya jangkitan virus yang akan sembuh dengan sendiri, walaupun tanpa ubatan.support child's body with enough fluids and rest.jangan bazirkan duit anda dan risiko kesihatan anak anda kepada kesan sampingan ubat!

3 comments:

~~NyeTTo~~ said...

well well well.. sebenarnyer psychology je jumpe doktor terus baik.. even sometimes the adult did u know? mind set orang dah macam tu.. kene plak kalau dapat jumpe doktor hensem macam u.. huhuhu... mesti tak payah ubat pon tak per... jumpe je bayar consultancy fee je pas tu leh melompat2 dah kot... ecececece... betul ke ader org macam tu? but believe me dear, it's true!!!

floweristachantress said...

oh.. maknanya g buat tu dah betul lah yer.. hihihi.. bila tgk tonsil dorang merah then baru g bawak pi klinik dptkan antibiotic.. n selalunya ubat yg dah beli sendiri g bgtau doctor n dia tak bg lg..

dr hapizi said...

nyetto-yeah, its true, actually. the mind exerts a very powerful influence on the body, including what we call 'self healing'- a very interesting subject on its own

Gee-bagus tu..that's what you all shud be doing...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Holistic Followers

Home..