Setiap hari, setiap dari kita berhadapan dengan stress. -traffic jam, beban kerja, kewangan, hubungan rumahtangga, jiran dll adalah contoh-contoh stress
Stress terbahagi kepada 2 iaitu stress jangka pendek (akut) atau jangka panjang (kronik). Jika anda sedang memandu kereta dan tiba-tiba sebuah kereta mengekori dari belakang dengan begitu rapat-anda boleh menjadi stress! ini adalah stress yang penting dan tindakan anda-samada anda memberi laluan kepada kenderaan di belakang itu atau anda memecut kereta dengan lebih laju ('fight' or 'flight' response) boleh menyelamatkan nyawa anda sebenarnya!
Stress jangka pendek sebenarnya penting untuk survival manusia. Bagaimanapun jika stress ini berlarutan seperti dalam contoh-contoh yang awal di atas, ianya boleh mengakibatkan masalah kesihatan yang kronik.
Kajian menunjukkan, stress dalam jangka panjang boleh merosakkan tisu badan dan ketidaknormalan organ. Para saintis telah membuktikan, dengan menggunakan imbasan MRI (magnetic resonance imaging), stress yang kronik boleh mengecutkan suatu kawasan otak yang dipanggil hipotalamus. Penyelidik-penyelidik mendapati askar-askar yang pernah terlibat dalam peperangan dan wanita-wanita yang pernah menjadi mangsa pencabulan seks mempunyai saiz hipotalamus yang begitu mengecil.
Stress juga mengakibatkan pembebasan bahan kimia pengutus (neurotransmitters) dari otak seperti dopamine, adrenaline, noradrenaline dan cortisol.Bahan-bahan ini menyebabkan peningkatan denyutan jantung, tekanan darah dan pernafasan menjadi lebih cepat.Bibir dan tekak menjadi kering,kulit jadi sejuk dan sistem penghadaman juga boleh terhenti. Ini kerana otak mengarahkan secara automatik supaya darah dilencongkan untuk sampai ke organ-organ yang lebih penting seperti otak dan jantung. (cuba bayangkan apa yang terjadi jika anda berjalan dalam hutan dan terserempak dengan seekor harimau! -begitulah 'fight' and 'flight' response)
Bayangkan jika setiap hari anda berhadapan dengan situasi begini. Organ seperti otak, jantung, salur darah, otak dsb menjadi samada terlampau aktif atau sebaliknya yang akan mencetuskan atau memburukkan penyakit jantung, stroke, gangguan tidur, disfungsi seks, masalah penghadaman, kegemukan, diabetis, kanser dan lain-lain.
Anda boleh mengatasi stress
"Setiap pesakit membawa doktor sendiri dalam diri masing-masing.Yang paling baik adalah memberi peluang kepada doktor itu untuk bekerja sendiri"- Albert Scheizer
Jika otak boleh mencetuskan pelbagai masalah kesihatan seperti yang disebutkan, dengan otak juga ada penawarnya! Jadi gunakannya dengan sebaik mungkin. pilihan ditangan anda!
Ekspresi diri anda!
Emosi yang terpendam seperti marah,dendam, tertekan dsb perlu diluahkan.jangan disimpan kerana ianya akan menjadi seperti bom jangka!
'Happy Go Lucky'
Wujudkan hubungan yang rapat dengan pasangan anda,keluarga, dan kawan-kawan (tempat untuk anda meluahkan masalah/perasaan)
Kekalkan tabiat pemakanan sihat dan amalkan senaman yang berterusan.
Jadikan humour sebahagian dari diri anda. Have fun and be creative and imaginative!
Sentiasa berfikiran positif dan anggapkan setiap yang berlaku itu dari sudut positif
Mental Housecleaning
Ini adalah teknik untuk memadamkan fikiran negatif dan menggantikannya dengan yang positif yang diajar oleh Jose Silva, pakar psikologi minda.
Cth jika anda berada di pejabat dan anda diberi satu tugasan yang rumit oleh boss anda. Anda sudah pasti stress dan terbayang anda tidak boleh menyiapkan tugasan itu dalam masa yang ditetapkan dan anda terbayang akan dimarahi boss.ini adalah fikiran negatif.
Cara mengatasi: katakan (dalam hati)-"cancel-cancel" dan gantikan dengan suatu yang positif- 'saya pasti menyiapkan tugasan ini dengan cemerlang dan boss akan memuji saya'
Boleh juga digabung dengan 'guided imagery' iaitu visualisasikan seperti dalam video-bayangkan boss mengucap tahniah dan bersalaman dengan anda. rasai 'emosi' gembira anda ketika itu. minda separa sedar anda akan bekerja untuk membantu anda menyelesaikan tugasan anda itu!
Bernafas secara perlahan/teratur
Ini diterangkan dalam posting sebelum ini. Bila anda stress (ataupun jadikan amalan seharian), tarik nafas dalam kiraan 8, tahan dalam kiraan 4 dan hembus kiraan 8. lakukan 10 pusingan.
Meditasi
Saya telah banyak menyentuh tentang meditasi sebelum ini dan tak payahlah dihuraikan lagi disini.sila rujuk posting terdahulu. Jose Silva menyarankan anda invest masa anda selama 15 minit satu hari (24 jam) untuk melakukan meditasi supaya anda bebas dari stress
Akhir sekali-ingatlah anda sendiri yang bertanggungjawab untuk kesihatan anda. bukan doktor anda!
Lagipun doktor yang terbaik sebenarnya berada dalam diri anda sendiri iaitu minda!
Wassalam.
No comments:
Post a Comment