"And He feeds me and quenches my thirst and when I fall sick then He (Allah) cures me" [Soorah Shu'araa: 80]


5.2.09

Kursus Terapi Diri (2)

Assalamualaikum

Untuk kali kedua, Kursus Terapi Diri akan diadakan sekali lagi di Kuantan. Dr Sazali Ahmad,pengasas Simfoni Minda Academy, http://www.simfoniminda.com/v2/index.php akan sekali lagi turun ke Kuantan untuk mengendalikannya.

Antara kandungan kursus:-
  • pengenalan kepada sains minda
  • minda makro dan mikro
  • kuasa minda bawah sedar (subconcious mind)
  • teknik penyatuan minda
  • 'mind cleansing'
  • 'self hypnosis' dan demonstrasi hipnosis
  • emotional freedom technique
  • rawatan fobia dan trauma (keluarga, perniagaan dsb)
  • kaedah 'pendulum' (intuisi) untuk diagnosis penyakit
  • menghilangkan stress
  • rawatan penyakit-penyakit metafizik dll

Peserta-peserta akan didedahkan secara teori dan praktikal sepanjang satu hari kursus. (Rawatan penyakit-penyakit spt fobia,trauma,saka dll boleh dijalankan secara individu semasa kursus)

Siapa yang patut hadir?

Pengamal perubatan, pelajar, pengurus, peniaga,guru, ibu bapa dan siapa sahaja yang berminat untuk mengetahui hakikat diri dan bagaimana untuk meningkatkan potensi dan pesona diri.

Butir-butir kursus:

Tarikh: 14 februari 2009

Masa: 9.00 pagi - 5.00 ptg

Tempat: Hotel Seri Malaysia, Kuantan.

Yuran kursus: RM 350 termasuk makan minum

# sijil penyertaan akan disediakan

# tempat adalah terhad utk 15 peserta shj

Sila hubungi saya-017-9351516 atau dr_hapizi@yahoo.com (dr hapizi).


Mengenai Dr. Sazali Ahmad


Dr. Sazali Ahmad, PhD., (UBC, Canada), pengiktirafan Doctorate Clinical Hypnotherapy dan PhD. Counselling Psychology. Berdasarkan kepada pengamatan, pengalaman & pengkajian yang teliti lebih 20 tahun beliau telah memformulasikan teknik-teknik terapi dan latihan kuasa minda dengan menggabungkan kaedah dan teori hypnosis, psikologi komunikasi, psikologi tenaga, sains minda, sains bunyian, sains simbol, psikologi alternatif, fizik kuantum dan metafizik. Minat beliau yang mendalam di dalam bidang ini telah menyebabkan beliau secara langsung terlibat di dalam program penyelidikan yang bertajuk Malay Magic, Mind Craft vs Mystic Craft dan Corak Komunikasi Melayu Minda Bawah Sedar.
Daripada penyelidikan tersebut maka lahirlah modulasi program latihan; Terapi Diri™ yang merupakan program transformasi minda yang bertujuan untuk memberi kefahaman, kemahiran, kaedah dan teknik mengenai Latihan Gabungan Kuasa Minda dan Tenaga secara sistematik dan berkesan yang belum pernah diajar oleh mana-mana pihak. Teknik-teknik yang dibongkarkan berupaya diaplikasikan untuk kegunaan harian bagi menghadapi dan mengatasi masalah trauma, fobia, emosi, fizikal & mistik untuk peningkatan prestasi cemerlang di dalam bidang perniagaan, perhubungan, pendidikan, politik, hiburan dan sukan.
Beliau yang juga merupakan jurulatih mental rasmi untuk Cabaran Guinness World Record™ di dalam kategori ‘The Longest Scuba Submergence in a Control Environment’ aktif membantu pihak berkuasa menerusi hipnosis forensik di dalam kes kanak-kanak hilang seperti kes Adik Yin, Adik Nurin & Adik Sharlinie.
Selain menjadi ketua fasilitator, beliau secara peribadi juga telah merawat lebih 1,000 individu di dalam bidang hipnoterapi.
Dengan lebih 20 tahun pengalaman dan penyelidikan di dalam bidang psikologi tenaga dan sains perlakuan, beliau kini merupakan pelopor di dalam bidang latihan Tenaga & Minda, Psikolinguistik dan Hipnoterapi di Malaysia. Melalui konsep latihan dan terapi yang teliti, beliau telah melatih dan membimbing lebih 5,000 peserta dari dalam dan luar negeri termasuk para selebriti, ahli politik dan tokoh-tokoh berpengaruh korporat sekaligus menjadikan beliau sebagai Guru Terapi Diri yang terkemuka di Asia Tenggara.



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Holistic Followers

Home..