"And He feeds me and quenches my thirst and when I fall sick then He (Allah) cures me" [Soorah Shu'araa: 80]


19.3.09

Ulasan Buku-"Quranic Law of Attraction"


'Law of Attraction' (Hukum Tarikan) tulisan Michael J. Losier (2007) telah saya postkan dalam entry terdahulu.

Basically LOA mengatakan "like attracts like" atau "You get what you put your energy and focus on, whether wanted or unwanted"

Dengan kata mudahnya-'apa yang anda fikir dan fokuskan, itulah yang anda dapat'. Kalau anda fikir anda nak kaya dan dapat banyak duit, maka itulah 'vibration' atau 'energy' yang anda pancarkan ke alam semesta dan duitlah yang anda dapat (dalam berbagai-bagai cara). Begitu juga sebaliknya.

Sekali imbas, sebagai seorang Muslim mungkin kita tidak percaya dalam hal ini.perhatikan perkataan alam semesta (universe) di atas.(Kita percaya segalanya adalah dari Allah). Tetapi, tunggu dahulu!

Seorang hamba Allah telah menjelaskan kepada saya begini.Allah Taala yang Maha Bijaksana dan Maha Pemurah telah menjadikan alam semesta (universe) ini sebagai satu SMART SYSTEM yang telah lengkap, dari azali hingga ke hari akhirat. Bermakna pilihan adalah di tangan kita-kalau kita pilih jalan yang baik, baiklah kita, begitulah sebaliknya.

Orang yang berusaha, dia akan dapat apa yang diinginkan.(konsep qada' dan qadar)


Perhatikan firman Allah:“…sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….” (Ar-Ra’du:11)

Perhatikan lagi.."Maka sesiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya.Dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya" (Az-Zalzalah: 7-8)

Ada banyak lagi ayat-ayat Quran yang menerangkan konsep LOA ni.Dalam buku yang ditulis oleh Sdr Rusdin S. Rauf di atas, ianya mengupas konsep LOA dari perspektif Quran.

Konsep Doa, Syukur dan Sabar diterangkan dengan panjang lebar, juga bagaimana kita boleh memanfaatkan 'energy' dari Quran.

Benarlah Quran itu menjadi petunjuk dan relevan untuk sepanjang zaman!


Syabas Sdr Rusdin!

3 comments:

Gee said...

bought this book last weekend, tp lom sempat belek lg.. memang nmpk cam best sgt :)

dr hapizi said...

blh tahan le best..satu hari dah habis baca..hehe..

Anonymous said...

salam...ada kat semua bookstore ke?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Holistic Followers

mindfulness

Loading...

Home..