Sesungguhnya Rasulullah shallallahu' alaihi wasallam pernah mengutarakan masalah berubat, sebagaimana di dalam beberapa hadis. Di antaranya,
1. Dari Jabir Bin Abdullah radhiallahu' anhu, bahawa Rasulullah shallallahu `alaihi wasallam bersabda,
"Setiap penyakit pasti memiliki ubat. Bila sesuatu ubat bertepatan dengan penyakitnya maka dia akan sembuh dengan seizin Allah `azza wa jalla." (HR. Muslim)
2. Dari Abu Hurairah radhiallahu' anhu, bahawa Rasulullah shallallahu `alaihi wasallam bersabda,
"Tidaklah Allah menurunkan sesuatu penyakit melainkan menurunkan pula ubatnya." (HR. Al Bukhari dan Muslim)
3. Dari Usamah bin Syarik radhiallahu' anhu, bahawa beliau berkata,
"Aku pernah di sisi Rasulullah shallallahu' alaihi wasallam lalu datanglah sekumpulan arab dusun. Mereka bertanya, "Wahai Rasulullah, bolehkah kami berubat? ." Baginda menjawab, "Iya, wahai para hamba Allah berubatlah. Ini kerana Allah `azza wa jalla tidaklah meletakkan sesuatu penyakit melainkan meletakkan pula ubatnya, kecuali satu penyakit." Mereka bertanya, " Penyakit apakah itu? ." Baginda menjawab, "Penyakit ketuaan." (HR. Ahmad, Al Bukhari dalam Al-Adabul Mufrod, Abu Dawud, Ibnu Majah dan At-Tirmidzi, beliau berkata bahawa hadis ini hasan sahih. Syaikhuna Muqbil bin Hadi Al-Wadi'i mensahihkan hadis ini di dalam kitabnya Al-Jami'us Sahih mimma Laisa fish Sahihain 4/486)
"Sesungguhnya Allah `azza wa jalla tidaklah menurunkan sesuatu penyakit melainkan menurunkan pula ubatnya. Ubat itu diketahui oleh orang yang boleh mengetahuinya dan tidak diketahui oleh orang yang tidak boleh mengetahuinya. " (HR. Ahmad, Ibnu Majah dan Al-Hakim, beliau mensahihkannya dan disepakati oleh Adz-Dzahabi. Juga Al-Bushiri mensahihkannya dalam kitab Zawaidnya. Lihat Takhrij Al-Arnauth atas Zadul Ma'ad 4/12-13)
2. Bila diduga kuat bahawa berubat sangat bermanfaat namun meninggalkannya tidak mengakibatkan kemudharatan yang pasti, maka berubat lebih utama.
3. Bila dengan berubat, peluang sembuh dan mudharat memiliki kadar kemungkinan yang sama, maka meninggalkannya lebih utama, agar dia tidak melemparkan dirinya dalam kehancuran tanpa sedar.
(lihat Asy-Syarhul Mumti' 2/437)
Salah satu sifat orang-orang yang masuk syurga tanpa hisab dan tanpa azab adalah bertawakal kepada Allah semata.
Dengan demikian mereka hanya meninggalkan perkara yang makruh walaupun mereka memerlukannya, dengan tetap bertawakal kepada Allah, seperti meminta diruqyah. Mereka meninggalkan perbuatan ini kerana keadaannya sebagai sebab yang makruh. Terlebih lagi orang yang sakit, dia akan bergantung dengan apa sahaja yang dianggapnya sebagai sebab untuk sembuh meskipun dengan sarang labah-labah (yang sangat lemah).
Sedangkan ia boleh menjadi tauhid dan ibadah bila dia menganggapnya hanya sebagai bentuk penunaian, pelaksanaan dan penegakan hak ibadah yang terdapat padanya. Lalu menempatkannya pada tempat yang sesuai. Maka mengambil sebab dengan cara yang seperti ini merupakan satu bentuk ibadah dan tauhid kepada Allah subhanahu wa ta'ala. Ini kerana hal itu tidak memalingkannya daripada menghadapkan hati kepada Zat Pencipta sebab tersebut.
Seorang yang bertauhid dan bertawakal kepada Allah tetap mengambil sebab tetapi tidak menyandarkan hati, tenang, berharap, takut dan condong kepadanya. Hatinya hanya tertuju dan tergantung kepada Zat Pencipta Sebab subhanahu wa ta'ala. Namun bukan bererti dia menolak, menggugurkan dan mengabaikan untuk mengambil sebab.
Tawakal adalah salah, baik secara hukum syariat mahupun logik kecuali apabila ia digantungkan hanya kepada Allah subhanahu wa ta'ala semata. Tidak ada di alam nyata ini sebab yang sempurna dan dapat melahirkan akibat dengan sendirinya kecuali kehendak Allah subhanahu wa ta'ala.
"Aku berlindung dengan redha-Mu daripada murka-Mu, dengan pemeliharaanmu daripada seksa-Mu. Dan dengan-Mu daripada-Mu." (HR. Muslim dan Abu Daud)
Apabila kita mengumpulkan antara bertauhid dan mengambil sebab, maka hati kita akan lurus dalam menuju Allah subhanahu wa ta'ala. Dengan demikian, jelaslah jalan besar yang dilalui oleh seluruh rasul, nabi dan pengikut mereka. Itulah jalan yang lurus iaitu jalan orang-orang yang Allah beri nikmat atas mereka. Semoga Allah selalu membimbing kita. (Lihat Madarijus Salikin, cet Dar Ihyaut Turots Al-Arabi, 3/368-369)
Wallahu a'lam bishshawab