Alhamdulillah, seperti yang dirancang, Dr. (Cikgu) Lothfi bersama Puan Asmah (Certified PQT Practitioner) dan Puan Rohana (General Manager Pyracosmic) telah berkunjung ke klinik kami-Pusat Rawatan Ozon Dan Alternatif Harmoni, Kuantan pada 9/12/09.Ini merupakan kali kedua program seumpamanya dijalankan di klinik kami, walaubagaimanapun ini kali pertama Cikgu Lothfi turun sendiri ke Kuantan.
Program dimulakan dengan sesi preview kepada lebih 20 orang hadirin oleh Cikgu Lothfi tentang kaedah rawatan Pyra Quanta Touch yang diasaskan olehnya sendiri, diikuti dengan sesi perawatan.
Cikgu Lothfi dengan gaya tersendiri.
Rata-rata hadirin yang hadir berpuas hati dan mendapat manfaat yang sewajarnya, Insya-Allah.Berdasarkan maklumbalas yang diterima, pesakit-pesakit yang mendapatkan rawatan juga berpuas hati dan boleh menerima kaedah PQT yang diperkenalkan.Pelbagai jenis penyakit kronik seperti darah tinggi, diabetis, kanser, resdung, artritis dll insya-Allah berjaya dirawat secara holistik pada hari itu
Kenangan Cikgu Lothfi dan 'going-to-be' Cikgu H:)
Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih ke atas Cikgu dan teamnya kerana sudi turun ke Kuantan, dan harap kami boleh jemput lagi lain kali!
P/s: Siapa nak rasa Pyra Energy Water, silalah ke klinik kami. Juga boleh dapatkan produk-produk Pyracosmic lain.
No comments:
Post a Comment