"And He feeds me and quenches my thirst and when I fall sick then He (Allah) cures me" [Soorah Shu'araa: 80]


7.12.09

Temui Dr Lothfi (Pyracosmic) di Kuantan 9/12/09


Assalamualaikum

Dimaklumkan Pusat Rawatan Ozon Dan Alternatif Harmoni, Kuantan akan mengundang Dr. Ahmad Lothfi Ibrahim, Pengasas Pyracosmic ke klinik kami pada hari Rabu 9/12/09 ni.

Dr Lothfi akan memberikan preview teknik Pyra Quanta-Touch (PQT) secara percuma diikuti dengan sesi perawatan (dikenakan sedikit yuran konsultasi).

Sesi preview akan bermula jam 9.00 am sehingga 11.00 am dan sesi perawatan akan bermula jam 11.00 am sehingga jam 6.00 pm.

Dijemput beramai-ramai untuk datang-terutama yang berada di sekitar Kuantan/Pantai Timur.

Tempat adalah terhad. Sila berhubung dengan saya-0199475656 atau Wan-0179221625 untuk tempahan tempat.

Terima kasih.

-Dr. Hapizi

Rawatan Ozon Dan Alternatif Harmoni,
Tingkat Bawah, Jalan Darat Makbar, Kuantan.
Tel:095163440


Nota

Apa itu Pyra Quanta-Touch (PQT)?

PQT diasaskan oleh Dr. Ahmad Lothfi Ibrahim, hasil kajian mendalam dan pengalaman beliau dalam bidang sains metafizik dan perubatan Melayu/Islam berteraskan mukjizat ayat-ayat suci Al-Quran.

PQT melibatkan olahan dan pengendalian Tenaga Hayat (Life Force Energy) yang juga dikenali sebagai Chi, Ki, Prana, Qudrah dan sebagainya yang telah diaplikasi dalam pelbagai cabang perubatan di seluruh dunia sejak ribuan tahun yang lampau.

PQT menekankan kaedah perawatan secara holistik melibatkan 5 elemen penting dalam hidup iaitu Minda, Tubuh, Rohani, Emosi dan Pernafasan.

Ianya sesuai dipelajari oleh semua, tidak mengira latar belakang agama, bangsa dan kepercayaan anda.

Artikel berkaitan:-






Website Pyracosmic:



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Holistic Followers

Home..