Salam semua.
Pernahkah anda semua terfikir, bagaimanakah alam ghaib itu? apakah alam barzakh? bagaimana dengan roh manusia selepas meninggal dunia? Ke mana roh-roh itu akan pergi? Saya kongsikan disini email yang diterima dari seorang sahabat, tentang anak saudara beliau yang dikatakan dapat melihat perkara-perkara ghaib.Moga-moga kita beroleh manfaat dari cerita ni..
(Saya siarkan dengan sedikit editing kesalahan ejaan dan nama-nama asal tidak didedahkan)
_________________________________________________________________
Cerita Roh
Cerita Roh
Kepada pembaca, saya ingin meminta pandangan dan pendapat dan ingin bertanya jika anda diluar sana ada penjelasan atau pengalaman yang sama terhadap masalah anak lelaki abang saya. Atau anda diluar sana yang mempunyai kebolehan melihat alam ghaib dapat memberikan pandangan. saya ada seorang abang, abang saya ada saorang anak lelaki yang kini sudah berusia 21 tahun, nama anak sedara saya XXX , bapanya iaitu abang saya bernama YYY.
Cerita yang saya sampaikan ini adalah benar, dan bukan rekaan, semenjak berusia setahun anak sedara saya selalu menangis dan selalu dalam ketakutan, kemana saja ia pergi perlu berteman dan ditemani, dan apabila usianya menjangkau 5 tahun, sudah petah berkata kata apabila ditanya oleh ayahnya kenapa selalu merasa takut. Anak sedara saya mula bercerita mengapa dia selalu dalam ketakutan, anak sedara saya mendakwa dia dapat melihat berbagai mahluk halus termasuk roh manusia yang telah kembali kealam barzah.. pada mulanya kami tidak mahu percaya, pada pemikiran kami yang dhaif ini, kami yakin anak kecil ibarat kain putih bersih dan tiada dosa, itu sebab anak kecil boleh melihat alam ghaib. Dan kami juga yakin apabila anak sedara semakin dewasa mencapai akal baligh ia akan hilang dengan sendirinya, ternyata sangkaan kami tidak benar malah sebaliknya, apabila usianya 12 tahun pandangan matanya semakin jelas, dan apabila usia anak sedara saya mencapai umur 18 tahun, penglihatanya semakin membimbangkan, pada usia 18 tahun saya rasa anak sedara saya sudah cukup dewasa untuk memahami apakah masalah yang dihadapi sebenarnya. Menurut cerita dari anak sedara saya, dia bukan saja dapat melihat mahluk halus tapi dapat mendengar suara mahluk halus tak kira apa jenis dan bentuk mereka.
Perkosa Gadis
Kini usia anak sedara saya sekarang sudah mencapai usia 21tahun. Hijab matanya semakin terang mantap dan jelas malah semakin mengganggu kehidupan sehari- hari, contohnya kemana saja ia pergi, pasti akan terserempak dengan mahluk halus dan roh manusia yang berkeliaran disana sini. Kata anak sedara saya dia selalu melihat mahluk halus dari asal bangsa jin sangat suka memperkosa roh manusia yang jasadnya masih hidup terutama wanita, bangsa jin suka mengganggu manusia dan selalu suka memasuki tubuh manusia sesuka hati mereka. Menurut cerita anak sedara saya lagi, Mahluk2 halus seperti jenis Pontianak, hantu raya, jin, penanggal dan pocong suka mendatangi manusia bercampur manusia, hidup disekeliling manusia. Dan yang paling kerap menganggu adalah mahluk halus jenis pontianak dan pocong. Kerana menurut cerita pocong & pontianak adalah asal daripada roh2 manusia yang berkeliaran tiada bertempat kerana tidak dapat kembali ke pangkuan Tuhan Zat wajibal ujud yang bernama Allah. Dan kata anak sedara saya lagi ada juga roh2 manusia yang telah kembali/meninggal datang kepadanya. maksud saya roh2 manusia yang berkeliaran meminta pertolongan kerana sengsara hidup dialam kubur amat dashat.
Jumpa Ustaz
Jumpa Ustaz
Pada satu hari dibulan October tahun lepas, abang saya dan saya ada membawa anak saudara saya berjumpa seorang imam, bernama ZZZ. Imam bekerja disebuah masjid berdekatan rumah kami. Imam tersebut juga adalah saorang ustaz yang mengajar agama di masjid tersebut, kami ceritakan masaalah kami tentang keadaan mata anak sedara saya pada ustaz ahmad. dan setelah mendengar semua cerita dari kami, ustaz tersebut terus berdoa mengangkat ke2 belah tangan kemudian berkata2 kepada kami, "anda percaya kepada kebesaran Allah Taala ?" satu soalan yang benar2 membuat kami merasa heran dan bingung.
Kurniaan Istimewa
Kurniaan Istimewa
Kata abang saya pada ustaz tersebut, itu kami percaya ustaz, tapi apa maksudnya. Tanya abang saya. Begini kata ustaz ahmad, allah taala telah mengurniakan kepada anak kamu satu kelebihan yang jarang2 ada pada manusia didunia ini, angaplah ia sebagai satu pemberian kurniaan dari Allah untuk kamu semoga kamu semua sentiasa merasa insaf dan senantiasa mengingati allah. Dan selagi masih hidup carilah jalan pulang, Kata ustaz itu lagi, kamu bertanyalah pada anak kamu, bagaimanakah keadaan kehidupan dan keadaan alam barzah.. anak kamu telah banyak melihat alam kebesaran milik Allah Taala, Kami berdua serta anak saudara saya tercengang sambil melihat ustaz tersebut. Kami terkejut kerana Ustaz sedikitpun tidak merasa heran atau terkejut setelah mendengar cerita dari kami.
Permainan Iblis?
Kemudian abang saya bertanya ustaz lagi, ustaz bagaimana dengan pengakuan dan dakwaan yang anak saya Nampak mengenai mahluk halus yang berkeliaran hidup bercampur manusia dan memperkosa manusia ? Adakah itu benar atau permainan iblis untuk menyesatkan mata manusia seperti mata anak saya. Kata ustaz, segala apa yang anak kamu kampak adalah benar dan semuanya kerana dengan keizinan dari Allah, kata ustaz itu lagi, Allah mahu manusia merenungkan seketika sebelum manusia kembali ke alam barzah. kemudian abang saya bertanya lagi pada ustaz. Begini ustaz, kata anak saya apabila dia menziarahi kuburan, mata anak saya dapat melihat nyawa atau roh manusia, dan kebanyakan mereka duduk diatas kubur masing2, kata anak saya dia dapat melihat ada roh2 manusia yang pakaian dan wajahnya dah hancur wajah bentuk badan dan keadaan mereka amat menyedihkan, ada pula pakaian dan rupa mereka masih elok, maaf ya ustaz, saya masa dulu2 masa kecil, ada juga belajar agama di kampung, guru mengaji saya ada bercerita, kata guru ngaji saya semua roh manusia yang telah meninggal dunia telah kembali pulang kepangkuan Allah. setahu sayalah roh2 manusia setelah meningal dunia akan kembali ke rahmahtullah, iaitu pulang ke pangkuan Allah, bagaimana boleh jadi begitu, harap ustaz dapat jelaskan, tanya abang saya lagi pada ustaz.
Begini nak, memang sukar untuk dijelaskan jika akal fikiran belum sempurna, tapi oleh kerana terlanjur anak kamu telah diberi izin oleh Allah dan Rasulullah untuk melihat alam barzah, saya akan jelaskan, walaupun saya tahu kamu bertiga dan juga jutaan manusia tentu tidak akan mempercayainya. Tetapi itulah hakikat yang sebenarnya, memang lumrah manusia selagi belum merasa sendiri alam kematian kita tidak akan mempercayainya, itulah manusia namanya. Saya dan abang saya semakin bingung, dengan penjelasan dari ustaz tersebut. Dipendekkan cerita abang saya bertanya lagi, ustaz maaf ya, saya ada satu soalan, menurut cerita dari guru agama saya mahluk2 halus yang ada dikuburan adalah jelmaan dari jin, tujuannya untuk menipu dan menyesatkan manusia adakah itu benar.. Jika benar adakah mata anak saya sedang dipermainkan oleh iblis dan jin.
Kemudian abang saya bertanya ustaz lagi, ustaz bagaimana dengan pengakuan dan dakwaan yang anak saya Nampak mengenai mahluk halus yang berkeliaran hidup bercampur manusia dan memperkosa manusia ? Adakah itu benar atau permainan iblis untuk menyesatkan mata manusia seperti mata anak saya. Kata ustaz, segala apa yang anak kamu kampak adalah benar dan semuanya kerana dengan keizinan dari Allah, kata ustaz itu lagi, Allah mahu manusia merenungkan seketika sebelum manusia kembali ke alam barzah. kemudian abang saya bertanya lagi pada ustaz. Begini ustaz, kata anak saya apabila dia menziarahi kuburan, mata anak saya dapat melihat nyawa atau roh manusia, dan kebanyakan mereka duduk diatas kubur masing2, kata anak saya dia dapat melihat ada roh2 manusia yang pakaian dan wajahnya dah hancur wajah bentuk badan dan keadaan mereka amat menyedihkan, ada pula pakaian dan rupa mereka masih elok, maaf ya ustaz, saya masa dulu2 masa kecil, ada juga belajar agama di kampung, guru mengaji saya ada bercerita, kata guru ngaji saya semua roh manusia yang telah meninggal dunia telah kembali pulang kepangkuan Allah. setahu sayalah roh2 manusia setelah meningal dunia akan kembali ke rahmahtullah, iaitu pulang ke pangkuan Allah, bagaimana boleh jadi begitu, harap ustaz dapat jelaskan, tanya abang saya lagi pada ustaz.
Begini nak, memang sukar untuk dijelaskan jika akal fikiran belum sempurna, tapi oleh kerana terlanjur anak kamu telah diberi izin oleh Allah dan Rasulullah untuk melihat alam barzah, saya akan jelaskan, walaupun saya tahu kamu bertiga dan juga jutaan manusia tentu tidak akan mempercayainya. Tetapi itulah hakikat yang sebenarnya, memang lumrah manusia selagi belum merasa sendiri alam kematian kita tidak akan mempercayainya, itulah manusia namanya. Saya dan abang saya semakin bingung, dengan penjelasan dari ustaz tersebut. Dipendekkan cerita abang saya bertanya lagi, ustaz maaf ya, saya ada satu soalan, menurut cerita dari guru agama saya mahluk2 halus yang ada dikuburan adalah jelmaan dari jin, tujuannya untuk menipu dan menyesatkan manusia adakah itu benar.. Jika benar adakah mata anak saya sedang dipermainkan oleh iblis dan jin.
Alam Kubur
Dengan tersenyum ustaz berkata kepada kami, sebenarnya alam kuburan atau dikawasan kuburan adalah tempat sementara bagi roh2 manusia sehingga tiba hari kiamat, tempat kuburan disebut ibaratkan seakan syurga dan neraka bagi roh2 manusia. Jika diterima amalan simati maka berbahagialah roh simati, tetapi jika amalan simati semasa hidupnya ditolak oleh Allah, maka akan sengsaralah rohnya dialam kubur. Tugas iblis dan jin adalah untuk merosakkan amalan dan akidah manusia yang masih hidup, bukan roh manusia yang telah kembali. iblis dan jin sudah tiada kepentingan terhadap roh2 manusia yang telah mati dikuburan, kerana roh2 yang telah kembali ke alam barzah, segala amal ibadahnya didunia ini telah putus dan Allah tidak akan menghitung lagi roh2 manusia yang telah mati, sehinggalah hari kiamat tiba. Percayalah apa yang anak kamu nampak adalah benar, sesungguhnya semua yang diperlihatkan oleh Allah melalui mata anak kamu dikuburan adalah benar itulah roh2 manusia yang telah kembali kerahmahtullah. Dan bukan dari jelmaan jin dan iblis. Tetapi sayang dan sedih sekali kebanyakan roh2 manusia tidak dapat kembali kepangkuan Allah kerana tidak mengambil janji daripada Allah untuk kembali kepadanya iaitu kembali kepada Tuhan yang bernama Zat Wajibbal Wujjud yang bernama Allah.
Menurut penjelasan dari ustaz lagi, untuk seseorang manusia dapat kembali ke pangkuan Allah bukanya perkara mudah, mengambil janji untuk kembali kepada tuhan bernama Allah amat penting untuk sesaorang dapat kembali kepada Penciptanya. Malah amalan sembahyang, berpuasa, zakat\fitrah, dan haji belum tentu dapat membantu. Kata ustaz lagi, ramai manusia terlalu yakin, apabila 5 rukun islam yang wajip telah kita sempurnakan maka syurgalah tempat kita kembali, itu sebab Allah dan Rasulullah mengizinkan manusia manusia pilihannya didunia melihat alam barzah untuk direnungkan bagi mereka yang percaya sebelum manusia kembali kerahmahtullah iaitu pulang kepangkuan Allah.
Kasyaf Dan Rahsia
Abang saya sempat bertanya lagi bagaimana ustaz boleh tahu dan confirm dikuburan adalah roh2 manusia dan bukan jin dan iblis yang berkeliaran. Sambil tersenyum ustaz berkata kepada kami, mata dia juga telah dikurniakan oleh Allah untuk melihat alam ghaib milik Allah. Kata ustaz ahmad kali pertama matanya melihat alam ghaib milik allah ketika berumur 7tahun, sejak itu dan sehingga kini allah masih mengizinkan matanya melihat alam ciptaan ilahi dan kebesaran Ilahi, Kata ustaz dia tidak mahu memberitahu orang awm kerana akan menjadi kecoh dan boleh merosakan akidah, walaupun dia seorang imam masjid dan guru agama, biarlah rahsia milik Allah menjadi rahsia melainkan jika ada manusia yang sudah sempurna akal fikiranya dan beriman pada hari kiamat serta yakin akan kebesaran milik Allah.
Kata ustaz lagi biarlah manusia itu sendiri merasa sendiri alam kematian baru mereka akan tahu kesudahanya nanti, kata ustaz lagi kebanyakan manusia selalu berkata alam barzah alam kematian adalah urusan Allah, manusia tidak berhak mencampuri urusan allah, biasalah tu dah kembali baru tahu belum kembali bohong lah tu semua. Kata ustaz sambil bergurau pada kami. Lagi pun alam ghaib tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia dan hanya segelintir manusia saja dapat melihatnya. Kalau diceritakan siapalah nak percaya. Tetapi jika ada manusia yang menuntut ilmu kebatinan mungkin mereka juga dapat melihatnya dengan izin Allah.
Ayah Sendiri
Sekian dari saya, mungkin dilain masa jika ada kesempatan, saya akan menceritakan beberapa pengalaman terbaru saya bersama anak saudara saya. Contohnya salah satu pengalaman yang saya sukar untuk dilupakan, apabila ayah saya meninggal dunia tahun lepas kerana sakit tua, ayah saya berusia 69 tahun, ayah saya adalah saorang ketua rumahtangga yang bertanggung jawap terhadap keluarga, dari kacamata kami ayah saya telah menyempurnakan kewajipannya sebagai suami dan ayah pada keluarganya, amal ibadahnya sempurna, tetapi apabila anak sedara saya memberitahu saya arwah datuknya sampai saat ini masih ada dirumah, amat berat untuk diterima akal dan hati, memang mustahil manusia yang sebaik ayah saya tidak dapat kembali kepangkuan Allah setelah kembali kealam barzah, saya dan abang saya ada bertanya ustaz, adakah benar anak lelaki abang saya berkata benar, atau itu hanya permainan jin yang suka menyesatkan akidah manusia yang beriman, sekali lagi ustaz memberitahu kami anak sedara saya tidak berbohong, apa yang anak sedara kami nampak adalah benar. Malah untuk meyakinkan kami ustaz bersedia membantu membuka hijab mata kami untuk melihat sendiri sementara alam kehidupan sesudah mati.
Mungkin bagi kebanyakan manusia kisah sebegini tidak benar malah mengarut, tentu ramai yang akan mentertawakan cerita sebegini, ketawalah sepuas puasnya bagi mereka yang tidak beriman pada kebesaran Allah Taala, dahulu saya juga berkata begini, merepek, mengarut, tak boleh dipercayai dan boleh menyesatkan akidah, tetapi apabila Allah taala telah mengizinkan mata kami melihat kebesarannya, ternyata segala apa yang selama ini anak sedara saya katakan, kini kami pula melihatnya, astaghfirulllhalazim, kami reda dan kami insaf. terpulang anda diluar sana, kerana disuatu masa kita semua akan kembali, menyusuli manusia2 yang telah dulu kembali ke alam barzah. Tentang kebenarannya lihatlah sendiri kebesaran Ilahi dan hanya Allah saja yang Maha Mengetahuinya, wallahua'lam .
Jika ada salah dan silap saya mohon seribu kemaafan, tiada niat di hati untuk menyinggung perasaaan sesiapa diluar sana. cerita dari saya bukan untuk anda mempercayai, tapi renungkanlah, kerana kita semua pasti akan kembali, dan sempena maal hijrah dan tahun baru, selamat tahun baru untuk semua.Segala pandangan dan pendapat amat dihargai, sekian terima kasih pada semua. Selamat menyambut tahun baru 2010.
Akhirul kalam dari Pakcik..bacalah dengan hati yang terbuka dan ambillah pengajaran..
7 comments:
salam..
kat mana sy boleh dptkan bantuan utk membuka hijab pandangan mata sy?
assalamualaikum, bagaimana sy boleh menghubungi ustaz ini? sy mempunyai isteri yang melihat alam itu, tetapi ada beberapa kemuskilan.
Assalamualaikum...saya mengalami masalah yg hampir sama dgn anak buah ustaz....banyak tempat dah sya pergi untuk berubat tapi tiada apa2 perubahan. Bulan ramadan lagi kerap didatangi mahluk ghaib...boleh tak sya nak berbual atau berjumpa ustaz?
Assalamualaikum, bagaimana caranya untuk dapat / mencari jalan pulang kepada Allah?
Bagaimana ingin menghubungi Tuan dan ustaz itu ya?
Assalam.. kurniaan Allah buat mereka yg terpilih.. pelihara diri ke arah kebaikan.. walaupun kurang kenalan rapat di kemudian hari.. Allah menitip kita supaya berhati-hati.. Semoga kehidupan masing-masing dipelihara.. Amin..
Saya yakin mengikut pengetahuan saya.. Seperti apa yang diceritakan diatas.. Mengenai penampakkan roh orang meninggal itu.. Saya yakin itu bukan roh orang yang meninggal itu.. Tetapi itu ialah jin qorin.. Jin qorin yang pernah hidup dengan simati. Untuk makluman ..jin qorin ini umpama copy kita .. Memang jin qorin kategori ini sangat sama dengan kita iaitu simati ini. Sebabnya jin qorin ni hidup bersama sejak kita lahir kedunia. Dia mirip kita. Jin qorin ni tugasnya hasut kita buat benda xbaik. Sebaik saja seseorang meninggal..roh simati akan terus ke alam barzakh..tak akan mungkin kembali dan dilihat . Jin qorin simati saje yg tak mati..terus hidup.. Sebab umur jin x sama dengan simati.. Jadi yakinlah yg dilhat itu bukan roh sebenar simati..tetapi itu ialah jin qorin..copy simati.. Ustaz somad sendiri pun cakap jin ada kategori dan jenis.. Jin qorin yg hidup bersama manusia sepanjang hidup ..dan ada juga jin spisis yang merata dihutan maupun dimana mana..sekian wallahualam.
Post a Comment