"And He feeds me and quenches my thirst and when I fall sick then He (Allah) cures me" [Soorah Shu'araa: 80]


24.9.08

Mengenai Demam Denggi..

Oleh kerana sekarang ni musim demam denggi juga (selain penyakit chikugunya), ada baiknya kita lihat sedikit sebanyak ttg penyakit ni..untuk panduan bersama..maklumlah tak lama lagi musim perayaan..jgn pula beraya dalam tragedi..

Menurut statistik KKM, dari 1 januari sehingga 20 september tahun 2008, terdapat sebanyak 31,536 kes demam denggi dgn 72 kematian dicatatkan. (Dlm tempoh yg sama, 2230 kes chikugunya dicatatkan). (The Star 26/9/08)

Artikel ini akan lebih menumpukan aspek-aspek 'praktikal' tentang demam denggi. Untuk artikel yg lebih detail, boleh rujuk kat bawah tu..


Penyebab demam denggi






-Virus 'Dengue' yang terdiri dari 4 serotype (kumpulan) utama iaitu DEN-1, DEN-2, DEN-3 dan DEN-4)
-Jika anda pernah kena DEN-1 pada masa lepas, anda akan hanya 'immune' pada DEN-1, tapi tidak pada serotype lain

-Denggi dibawa oleh nyamuk Aedes betina (yg jantan tak gigit manusia atau haiwan) yg suka menggigit pada awal pagi dan awal senja

-Period inkubasi denggi ialah 3-10 hari.(period inkubasi bermakna tempoh dari anda digigit nyamuk yg membawa virus dengue sehingga anda mendapat simptom pertama, cth demam)


Jenis-jenis demam denggi

-Demam denggi klasik

-Demam denggi berdarah

-Demam denggi dgn sindrom renjatan (shock)


Tanda-tanda (symptoms & signs) denggi






-demam berlarutan > 3 hari

-sakit kepala/belakang/bola mata

-sakit perut/muntah/cirit-birit

-ruam-ruam merah seluruh badan

-tanda-tanda pendarahan spt gusi berdarah

-bengkak hati (hepatomegaly)

-pengurangan bilangan platelet iaitu komponen pembekuan darah-jadi darah tidak boleh membeku, mengakibatkan pendarahan

-pengurangan sel darah putih


(Tips: demam yg tinggi, biasanya > 39 C TANPA punca jangkitan lain spt batuk/selsema)

Diagnosis

Jika anda disyaki menghidap demam denggi, darah akan diambil untuk:-

1) Full blood count (FBC). ini adalah ujian darah yg sgt penting bagi doktor yang boleh memberi gambaran kasar samada anda menghidap denggi atau tidak. Jika denggi, bilangan platelet dan sel darah putih akan kurang dari normal.Paras hemoglobin juga penting dilihat (terutama jika anda ada tanda pendarahan-ini akan menurunkan hemoglobin).

Biasanya doktor akan masukkan anda ke wad jika bilangan platelet <50

2) Dengue rapid test




-sedikit darah akan diuji untuk mengesan antibodi virus denggi. ini boleh dilakukan di klinik-klinik swasta. keputusan almost serta merta dapat tahu.

(nota: antibodi virus denggi boleh dikesan sekurang-kurangnya 4-5 hari selepas demam.Jika anda baru demam 1-2 hari dan minta doktor lakukan ujian ni, ianya hanya membazir kerana pasti masih negatif! (walaupun anda kena denggi))

Rawatan.

-Malangnya TIADA rawatan khusus utk demam denggi

-Rawatan adalah secara simptomatik (ubat demam, drip dsb) dan menggantikan komponen darah jika ianya kurang dari normal

-Jika anda dimasukkan ke wad, doktor akan membuat ujian darah secara berkala (darah mungkin diambil 3-4 x sehari, bergantung kpd tahap keseriusan)

-Kebiasaanya, anda akan ditansfuse platelet jika kurang dari 20 atau jika anda ada pendarahan

-Darah merah (packed cell volume) juga akan ditransfuse jika hemoglobin anda menurun

-Komponen pembekuan darah (FFP, cryoprecipitate) juga akan diberi jika anda ada tanda-tanda renjatan (shock)

Vaksin

Setakat ini tiada lagi vaksin untuk demam denggi.

Kesimpulan

Jika demam anda berpanjangan (> 3 hari) dan tiada tanda lain spt selsema/batuk dan ada jiran-jiran yg baru kena/disyaki denggi, segeralah jumpa doktor utk pemeriksaan lanjut. Jika ada tanda-tanda pendarahan, terus pergi ke unit kecemasan hospital berdekatan.

-Mencegah Lebih Baik Dari Mengubati-

Pembacaan lanjut:



1 comment:

Anonymous said...

my friend passed away because of getting the dengue blood fever.Cant accept the fact that We've lost her.We almost reach the destination to complete our journey, to graduate.. together, just 2 months left.but seems its not goin to be a reality.
Al Fatihah. May Allah blesss you, mydear.30 November 1988-8 November 2011

*Anyway,the background song really hits the feeling*

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Holistic Followers

Home..