Ramadhan adalah bulan di mana penyakit hati (kerohanian) dapat dipulihkan.juga penting diketahui, penyakit-penyakit kerohanian saling berkait rapat dengan penyakit jasad seperti diabetes, darah tinggi, penyakit jantung dan sebagainya. jadi penyembuhan dari penyakit hati juga adalah salah satu pendekatan holistik yang mesti dilakukan jika kita benar-benar ingin mencapai kesihatan sejati (minda-roh-jasad).
Rasulullah bersabda, " sesungguhnya di dalam diri manusia ada sebuah jasad. jika ia baik, akan baik seluruh amal manusia. jika ia rosak, akan rosak seluruh amalnya. ketahuilah, ia adalah hati (hadis riwayat Ahmad)
Hati manusia adalah tempat yang paling terdedah terhadap jangkitan pelbagai penyakit rohani yang amat membahayakan. dan kerana kepentingan itu, agama Islam sangat menekankan akan cara-cara dan tindakan yang harus dilakukan utk menjaga kesucian dan kemuliaan hati.
7 penyakit hati:
1. membanggakan diri (al-'ujb)
2. terpedaya oleh perasaan sendiri (al-ghurur)
3. sombong atau bongkak (al-takabbur)
4. suka menunjuk-nunjuk (al-riya')
5. buruk sangka (su' al-zhann)
6. bakhil (al-syuhh)
7. dendam (al-hiqd)
semoga Ramadhan kali ini membawa keberkatan dan kebersihan jiwa kita dari penyakit-penyakit hati kronik spt di atas.
utk bacaan lanjut dan cara merawatnya, sila baca buku kat atas tu..
wassalam.
No comments:
Post a Comment