"And He feeds me and quenches my thirst and when I fall sick then He (Allah) cures me" [Soorah Shu'araa: 80]


16.10.08

Hakikat Penyakit


Menurut Ibnu Qayim al-Jauziyah dalam al-Thib al-Nabawi, secara umum, penyakit itu dapat dibahagikan kpd 2 jenis:-

pertama-penyakit hati atau jiwa

kedua-penyakit badan atau jasad


Manakala yang dimaksudkan dgn
penyakit adalah satu keadaan jasmani dan rohani yang hilang keseimbangan dan keharmonian dalam hubungan dengan unsur-unsur yang ada pada rohani ataupun jasmani.

Seterusnya menurut Ibnu Qayim, yang dimaksudkan dengan
penyakit rohani (kalbu) adalah keadaan kalbu yang keluar daripada kesihatan dan keharmoniannya, yang dapat dilihat dengan gerakan menyimpang daripada garis aktiviti mentauhidkan Allah dan mencintai-Nya

Kewujudan penyakit kalbu ada disebutkan dlm al-Quran. Antaranya dlm surah-surah berikut: al-Baqarah ayat 7 dan 94, Muhammad ayat 24, an-Nahl ayat 108, al-Ahzab ayat 32 dan al-Muddatssir ayat 31. Menurut Ibnu Qayim, berdasarkan ayat-ayat itu,


dapat dilihat dan difahami penyakit kalbu akan mempengaruhi penyakit jasmani.

Diantara contoh penyakit rohani adalah munafik, ragu-ragu atas kekuasaan Allah, melakukan dosa, perilaku kejam dan zalim, melayani keinginan hawa nafsu diluar syariat.

Manakala penyakit jasad adalah keadaan jasmani yang hilang keseimbangan dan keharmonian antara unsur-unsur asal fizikal, iaitu unsur panas drpd api, unsur sejuk drpd air, unsur halus drpd hawa dan unsur ketenangan daripada bumi.

Menurut Ibnu Qayim, terjadinya keadaan tidak seimbang antara unsur-unsur itu disebabkan oleh unsur-unsur makan yang isyraf (berlebihan) menurut aturan hukum dan pengaruh drp penyakit kalbu..


Dipetik dari: H.Syukriadi & Tata Sukayat-'Kuantum Doa'. Bab 12: Dasar-Dasar Doa Penyembuh Penyakit

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Holistic Followers

Home..