KAJIAN saintifik tiga pensyarah Universiti Malaya membuktikan solat yang diwajibkan kepada umat Islam setiap hari, bukan hanya amalan kerohanian tetapi terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental terutama meningkatkan tahap kesihatan manusia.
SOLAT sebagai rukun Islam yang wajib dilakukan setiap umat Islam sudah banyak dikaji dari sudut kerohanian. Bagaimanapun, pernahkah kita berfikir mengenai pengertian setiap gerakan solat seperti qiyam, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud serta tahiyat awal dan tahiyat akhir.
Adakah gerakan itu hanya sekadar gerakan tubuh yang tidak mempunyai makna? Kajian sains moden mendedahkan bahawa amalan yang dilakukan lima kali setiap hari bukan hanya suatu amalan kerohanian yang mendekatkan hamba kepada penciptanya. Kehebatan solat ternyata memanfaatkan tubuh manusia. Hasil kajian saintifik membuktikan kewajipan terhadap setiap umat Islam mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia.
Lebih membanggakan bukti itu diperoleh hasil kajian anak tempatan, termasuk seorang bukan Islam. Mereka adalah pensyarah Jabatan Kejuruteraan Biomedikal di Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (UM) yang diketuai Profesor Madya Dr Fatimah Ibrahim bersama Profesor Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok.
Penggerak kajian ini ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan melalui geran Jabatan Perdana Menteri (JPM), kajian itu bermatlamat menentukan nilai terapeutik solat terhadap mereka yang melakukan solat, termasuk dari segi sistem kardiovaskular, komposisi tubuh, isyarat otak dan aktiviti otot.
Dr Wan Abu Bakar ketika memperjelaskan kajian itu berkata, mereka adalah jurutera bioperubatan yang mengkaji tubuh manusia dari segi kejuruteraan. Katanya, kajian itu cuba melihat apa yang sebenar berlaku kepada fizikal dan mental manusia ketika melakukan solat.
“Kajian dibahagikan kepada beberapa bahagian, iaitu saya mengkaji aktiviti otot, Siew Chok mengkaji isyarat otak, iaitu apa yang berlaku kepada gelombang otak ketika solat. Dr Fatimah mengkaji komposisi tubuh,” katanya.
Prof. Wan Abu Bakar Wan Abas-Aktiviti Otot
Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila diguanakan
Katanya hasil kajian mendapati solat yang membabitkan aktivitu tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.
'Kebanyakan otot dan sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh'. Katanya
Malah katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul akan menghasilkan kesan positif pada tubuh
Beliau berkata kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenalpasti otot yang aktif ketika solat
Ng Siew Chok-Isyarat Otak
Beliau berkata perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom yang membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan di pada kulit kepala.
Sejenis alat iaitu EEG (electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.
'Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang', katanya.
Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.
"Ada fenomena menarik dalam solat iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika solat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu ialah tamakninah." katanya
Ketika itu katanya isyarat Alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.
Siew Chok juga berkata solat memperkuatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.
Sehubungan itu juga katanya, solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti seharian.
Dr. Fatimah Ibrahim-Komposisi Tubuh
Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.
Dalam kajian ini katanya, model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara iaitu-solat lima kali sehari, memahami bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.
Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini tidak mempunyai komposisi tubuh yang baik
Katanya kajian mendapati orang yang sembahyang berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang solat secara bersendirian.
"Kita mendapati apabila seseorang solat berjemaah, mereka bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri.Ketika bersolat, cas tubuh mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.
"Sebelum solat, ada yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat akan mengalirkan cas positif terhadap orang yang letih dan mempunyai cas negatif." katanya.
Ini yang menyebabkan orang yang selalu solat berjemaah sentiasa bertenaga dan lebih tenang.
Selain itu katanya, posisi tubuh (posture) solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.
Selain itu didapati solat dapat membantu pesakit disfungsi erektil (ED)
Kajian juga mendapati semasa sujud, kadar denyutan jantung adalah paling rendah dan ini bermanafaat untuk pesakit jantung.
2 comments:
Assalamualaikum wbt doc..good info dalam blog nih..Wah kencang buat system affiliates..macamana payment dia laju tak..saya masa mula2 buat tu..rajin juga..tapi tak kencang la income..boleh share tips...?:D
patut ada halaman sendiri dah ni..ada domain sendiri dah ni..bagus info dalam blog ni.Convert pada domain la doc...
waalaikumsalam wbt..
affiliates?..takdelah laju..
saja-saja je taruk supaya colourful sket blog ni..hehe..
yupp..domain..hmmm..nampak gaya kena cari sorang assistant yg mantain nanti..:)
Post a Comment