"And He feeds me and quenches my thirst and when I fall sick then He (Allah) cures me" [Soorah Shu'araa: 80]


18.10.08

Prinsip-Prinsip Doa Penyembuhan Penyakit


Ibnu Qayim al-Jauziyah dalam bukunya, al-Qayim, semasa mentafsirkan surah al-Israk ayat 82 dan surah Fussilat ayat 44, menjelaskan yang dimaksudkan dgn Quran berfungsi sbg syifa (ubat penawar penyakit) adalah Quran itu berfungsi sbg ubat pelbagai penyakit jasmani mahupun rohani

Ayat-ayat Quran yg mendasari istisyfa (usaha penyembuhan penyakit) menurut Quran adalah spt berikut:-

1- Surah al-Taubah ayat 14

2-Surah as-Syu'arak ayat 80

3-Surah Yunus ayat 57

4-Surah al-Nahl ayat 69

5-Surah al-Israk ayat 82

6-Surah Fussilat ayat 44

7-Surah al-Anbiyak ayat 83

8-Surah Sad ayat 41 dan 44

Drpd isyarat-isyarat yg terkandung dalam ayat-ayat di atas, terdapat bentuk-bentuk dan cara penyembuhan terhadap penyakit. Antaranya ialah

1- Penyembuhan penyakit dgn DOA

2-Penyembuhan penyakit dgn raja' (optimisme) ('positive thinking')

3-Penyembuhan penyakit dgn solat

4-Penyembuhan penyakit dgn puasa

5-Penyembuhan penyakit dgn sabar

6-Penyembuhan penyakit dgn taubat

7-Penyembuhan penyakit dgn mandi dgn air

8-Penyembuhan penyakit dgn meminum air

9-Penyembuhan penyakit dgn membaca Quran yg difungsikan dgn DOA


Pengaruh Doa Penyembuhan

Menurut Ibnu Qayim a-Jauziyah juga, doa memiliki pengaruh terhadap penyembuhan penyakit kerana doa pada hakikatnya adalah TENAGA bukan material yang diarahkan kpd penyakit. Berdasarkan itu dapat dirumuskan ketentuan-ketentuan berikut:-

1-Berat tenaga doa lebih besar drpd penyakit, maka peluang sembuh lebih besar

2-Berat tenaga doa dgn penyakit adalah seimbang (sama), maka peluang bagi sembuh lambat

3-Berat penyakit lebih besar drpd doa, justeru peluang untuk sembuh kecil

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Holistic Followers

Home..