"And He feeds me and quenches my thirst and when I fall sick then He (Allah) cures me" [Soorah Shu'araa: 80]
25.11.08
Adab Persetubuhan Dalam Islam
Get ISLAMIC-Graphics
Assalamualaikum,
Kali ni Pakcik paparkan topik yang ramai orang minat :). Begitulah indah dan syumulnya Islam, sehingga bab adab-adab persetubuhan pun digariskan dengan begitu sempurna dan mengambil kira naluri semulajadi manusia..
Manfaat bersetubuh adalah dapat terpeliharanya pandangan mata dan niat jahat, sanggup menahan gejolak hawa nafsu dan terpeliharanya diri dari perbuatan haram (zina). Ini semua mendatangkan kebaikan dunia dan akhirat
Foreplay
Sebelum melakukan persetubuhan, hendaklah lebih dahulu bercumbu, saling mencium dan mengulum lidah isteri. Demikian yang dilakukan Rasulullah s.a.w dengan isteri-isteri baginda. Rasulullah s.a.w melarang bersetubuh yang tidak didahului dengan cumbu rayu
Dari Jabir bin Abdullah r.a berkata: Rasulullah s.a.w melarang persetubuhan sebelum dilakukan cumbu rayu
Setelah bersetubuh maka harus dilakukan mandi junub (mandi hadas besar)
Apabila seorang suami ingin mengulangi persetubuhan dengan isterinya sebelum mandi, maka hendaklah ia berwuduk
Dari Abu Sa'id Al-Khudri, ia berkata: Rasulullah s.a.w telah bersabda:"Apabila salah seorang kamu telah selesai mendatangi keluarganya (menyetubuhi isterinya) kemudian ia ingin mengulanginya, maka hendaklah ia berwuduk" (H.R Muslim)
Waktu untuk bersetubuh
Bersetubuh yang membawa manfaat adalah yang dilakukan setelah makanan dapat dicerna dalam perut, keadaan tubuh normal, tidak panas dan tidak sejuk, tidak dalam keadaan lapar kerana badan sedang menurun, tidak dalam keadaan kenyang kerana dapat menimbulkan penyakit sesak nafas dan tidak sedang dilanda emosi yang tinggi seperti marah, sedih, takut dan sebagainya.
Jangan bersetubuh kecuali ketika ghairah seks sedang bangkit kerana dengan demikian mani akan sempurna keluarnya tanpa dipaksa. Jangan memaksa-maksa timbulnya ghairah seks. Hindari bersetubuh dengan budak, orang terlampau tua, orang sakit dan orang yang tidak mempunyai ghairah seks kerana akan menimbulkan kelemahan pada tubuh.
Waktu bersetubuh yang baik ialah di akhir malam ketika makanan telah dicerna dengan baik. Setelah itu pergi mandi atau berwuduk, baru tidur kembali, dan hindarkan dari melakukan gerak yang banyak atau bersukan selepas itu. Dengan demikian tubuh akan kembali kuat dan segar.
Bersetubuh dengan wanita yang dicintai, tidak terlalu melemahkan badan dan mani keluar/memancar dengan sempurna. Sedang bersetubuh dengan wanita yang dibenci sangat melelahkan dan mani tidak memancar dengan sempurna. Bersetubuh dengan wanita yang sedang haid, hukumnya haram baik kerana keadaan wanita itu sendiri mahupun kerana syarak
Posisi
Dalam bersetubuh, keadaan yang terbaik adalah lelaki di atas badan si wanita yang dalam posisi telentang bagaikan tempat tidur.
Posisi yang buruk adalah si wanita berada di atas tubuh si lelaki ataupun si lelaki menyetubuhi si wanita dari belakangnya. Keduanya menyalahi kudrat manusia sebagai lelaki dan wanita menjadi sifat jantan dan betina pada haiwan.
Kemudaratan yang ditimbulkannya adalah mani sukar untuk keluar seluruhnya yang kadang-kadang menjadi terpendam dalam salah satu bahagian badan yang mengakibatkan terjadinya pembusukan yang akhirnya menimbulkan penyakit. Di samping itu dapat jadi hawa sejuk (kelembapan) vagina wanita mengalir ke dalam penis si lelaki. Rahim wanita juga tidak dalam posisi yang mantap untuk menerima pancaran mani yang dapat menghasilkan bakal calon manusia baru.
Dipetik dari kitab karangan Ibnul Qayyim Al-Jauziyah.'At-Tibun Nabawi' (Sistem Pengubatan di Zaman Rasul)
Labels:
Islamic Medicine,
sex
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Aikkk dedi.. hal intim2 plak ek.
Tapi ek.. ni ada org tua pesan yg kita nak share. Dia kata ’tau dak kenapa lelaki melutut pada pelacur Siam?’ Kita ternganga.
’Semasa menerima pelanggan, perkara pertama yang dibuat oleh pelacur Siam tu is memandikan pelanggannya sampai bersih. Siapa yang buat perkara ini?” dia jawab lagi: “Isteri Rasulullah saw”... and kita” :-)
Sebab kita pun selalu bercanda di tub.. ku sabun belakang mu, mu sabun belakang ku.. Kih!
“Selepas dimandi, pelacur Siam ni mengetip kuku pelanggannya sampai kemas dan bersih. Siapa yang buat perkara ini?” tanyanya lagi.
“Juga isteri baginda”, kita kata. Aisehman, tang ketip2 kuku tangan ok lagi. Ketip kuku kaki, mak aiiii keras kematu.
Itulah isunya. Segala bentuk layanan intimasi yang diajar oleh Sunnah, tidak diamalkan dalam rumahtangga orang kita. Siapa yang amalkan Sunnah tu? Pelacur Siam!!!... adusssss pedih telinga.
Mereka belajar di kuil Siam, teknik-teknik melayan lelaki mengikut legasi yang ada dalam budaya mereka.
Siapa yang boleh menunaikan hak suami jika isteri menolak peranan dengan alasan letih, alah, mengandung, berpantang, malu dan lain-lain?
Bencana sungguh kan?? Kaedah-kaedah suami melayan isteri dan isteri melayan suami, dirakam dengan baik, penuh kehormatan dan terperinci di dalam Sunnah Nabi, tetapi mahu ke kita belajar? Even sebelum itu, bagaimana persepsi kita tentang hal ni?
Sunnah mengajar kita bagaimana ketika Aisyah r.a berada dalam keadaan berhadas besar, Nabi Muhammad saw meminta Aisyah memakai pakaian yang khusus agar baginda dapat bermesra dengan isterinya tanpa melanggar batas-batas syara’. Hal-hal ini terakam dengan baik di dalam Sunnah Nabi saw. (Errr.. mami dlm pantang lagi kan? Tu perenggan utk dedi. Huk!)
Sumer ada diajar, islamic way; tapi tu ler jgn google sebarangan. Kang tersilap klik : man have sex with kambing.. woman have sex with anjing… haru kwang kwang kwang.
Entahla doter..dlm zaman ICT & globalisasi ni, org2 kita mkn hilang identiti msg2..
jiwa-jiwa kita sgt lemah-jd senang dikuasai sifat2 mazmumah.
kalau org kafir lbh baik n maju-siapa yg disalahkan? sdgkan kita hanyut dgn 'ad-dunya'
cerita psl senggama-senggami ni pun satu hal. dek krn isteri2 skrg kononnya bersifat liberal, maju dan sama rata, ditambah pula ramai yg bekerja-jd depa ni pun suka hati le nak layan ke tak 'ajakan somi utk bersama'
jadi dedi turunkan satu hadis kat sini-
"Apabila seseorang mengajak isterinya ke tempat tidur dan dia tidak mahu memenuhinya sehingga laki-laki tersebut dalam keadaan marah kepadanya, maka malaikat akan mengutuknya sampai subuh"
(HR Bukhari dan Muslim)
Jadi sang isteri2 di luar sana, layanilah suami anda seadanya, kecuali anda uzur. (itupun dibolehkan 'bergurau senda' selain pusat dan lutut)
sekian, wassalam
maaf dr leh tanya sikit ada sorang wanita tanya kalau suami tak nak layan isteri cam mana, hadith tu utk lelaki jer ke.
terima kasih.
Teknik Berjimak Bergambar. Berdasarkan daripada teknik kamasutra.
http://www.kamasutrabergambar.com/index.php?ref=7862288
Post a Comment