"And He feeds me and quenches my thirst and when I fall sick then He (Allah) cures me" [Soorah Shu'araa: 80]


2.11.08

Rawat histeria


Harian Metro 2/11/08


KEMAMAN: Kejadian histeria dan pelbagai gangguan makhluk halus yang sering menyerang orang ramai kebelakangan ini mendorong seorang pengamal perubatan alternatif menganjurkan kursus khas untuk merawat serangan penyakit sedemikian menggunakan kaedah Pancaran Tenaga Rohani (PTR).Pengasas kaedah perubatan itu, Suhaimi Nawi, berkata kursus yang pernah dianjurkan lebih 20 kali di ibu kota dan di Terengganu itu akan diadakan pada 29 November dan 30 November di Taman Chukai Utama, Kemaman.Katanya, kursus itu akan mendedahkan peserta kepada kaedah untuk merawat dan mengkaji punca penyakit menggunakan kekuatan minda dan doa bagi membentuk satu tenaga yang mampu merawat penyakit dan menghindarkan diri daripada dikuasai sebarang gangguan makhluk halus.Beliau berkata, melalui kaedah itu pesakit daripada negara jauh juga boleh dirawat melalui kaedah jarak jauh seterusnya ia menjimatkan masa dan wang ringgit.

“Sebenarnya amalan PTR ini sudah lama wujud tetapi tidak diperluaskan, namun selepas beberapa kajian dan peratusan pesakit yang pulih dengan kaedah ini, ia menyebabkan rawatan dengan kaedah ini berkesan dan mampu memulihkan pesakit dan ia diperakui sendiri oleh doktor perubatan.

“Malah dalam kursus yang mempunyai kapasiti peserta terhad sebelum ini, ramai peserta adalah doktor perubatan dan guru, malah ada juga pakar motivasi terkenal negara yang mengikutinya dan merujuk perihal pesakit mereka dengan pengamal PTR ini,” katanya.Menurutnya, lebih 20 peserta dijangka mengikuti kursus yang akan diadakan selama dua hari itu yang turut bertujuan menghindarkan peserta daripada terbabit dengan kepercayaan syirik dan tahyul.


p/s: Ustaz Suhaimi Nawi, Pengasas Kaedah Pancaran Tenaga Rohani (PTR) merupakan kenalan dan guru saya sendiri. Kepada sesiapa yang berminat mengikuti kursus ni, maklumat terperinci akan di war-warkan dari semasa ke semasa.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Holistic Followers

Home..