"And He feeds me and quenches my thirst and when I fall sick then He (Allah) cures me" [Soorah Shu'araa: 80]


11.11.08

Plantar Fasciitis


Saya mendapat email pertanyaan ini dari seorang Hamba Allah:-

Assalamulaikum,

Disini saya ingin bertanya berkenaan penyakit sakit tapak kaki, tiada apa2 tanda di tapak kaki, tapi merasa sakit yg amat sangat bila hendak berjalan.Penyakit ini dialami oleh seorang sahabat dan meminta saya menanyakan nya di dalam group ini. Beliau juga ingin mengetahui apa kah punca penyakit ini dan apakah cara untuk mengubati nya..??.Pada sesiapa yg pernah mengalami diharap sudi membantu untuk mengubati penyakit sahabat ini.


Dr. H:-

Waalaikumsalam.

Daripada cerita sahabat kita di atas, dapat saya simpulkan, beliau mengalami suatu penyakit plantar fasciitis (PF) dalam istilah perubatan.

Apakah plantar fasciitis (PF)?




Ianya adalah keradangan (inflammation) pada plantar fascia (lapisan pelidung keras) pada tapak kaki, yang menyambungkan tulang tumit (heel bone) kpd jari kaki.

Simptoms: sakit pada tapak kaki, terutama pada bhgian tumit, terutama waktu pagi dan semasa berdiri lama.

Faktor penyebab:

Plantar fascia bertindak sbg 'shock absorber' kaki. Bila terlalu kuat daya yang berulang-ulang (repetitive forces) pada bahagian kaki, ini akan menyebabkan fascia koyak, seterusnya bengkak dan radang.

Antara faktor-faktor penyumbang:

1) Aktiviti fizikal berlebihan spt ahli sukan, pelari jarak jauh dan 'joggers'

2) Arthritis-penyakit sendi tertentu menyebabkan keradangan pd tendon kaki seterusnya menyebabkan plantar fasciitis

3) Diabetes-PF lebih biasa berlaku pd penghidap diabetes (sbb tak diketahui)

4) Faktor mekanikal kaki-spt orang yang 'flat-footed' atau cara berjalan yang salah

5) Pemakaian kasut yang salah- kasut 'high heels', bertapak nipis atau terlampau longgar yang tidak menyokong keselesaan kaki.

6) Berlebihan berat badan

Ujian/penyiasatan.

Doktor akan memeriksa secara rapi untuk 'confirm' diagnosis dan mengenalpasti punca PF pada pesakit. Kebiasaannya X-ray kaki akan dibuat dan biasanya ada 'spur' (tulang tajam) pada tumit.








Rawatan.

Ubat penahan sakit diberikan untuk kelegaan yang cepat. Biasanya saya juga akan mengesyorkan supaya pesakit berusaha meurunkan berat badan (bagi yg overweight), melebihkan pengambilan sayur dan buahan (sebagai antioxidants) dan in fact mereka juga disyorkan mengambil supplement antioxidant yang baik. Saya juga megesyorkan mereka mengambil omega 3 fish oil (sebagai anti-inflammation).

JIka langkah-langkah di atas tidak berkesan, saya biasanya akan membuat injection steroid, terus kepada tempat yang sakit itu. ini biasanya (dari pengalaman) sangat berkesan, dan ada yang 'pain-free' sehingga setahun.

Kalau tak berkesan juga, saya akan merujuk kepada pakar ortopedik (tulang). pembedahan (plantar fasciotomy) adalah langkah terakhir.

Video di bawah menunjukkan beberapa exercise yang boleh dilakukan untuk membantu mengurangkan kesakitan yang dialami oleh pesakit.

Semoga bermanfaat utuk semua.

Wallahua'lam.


15 comments:

Aku-Ida said...

pakcik aku pon selalu sakit kaki la.. maybe mmg la berat badanku nye pasal.. so bile jalan byk .. sakit la.. but ade satu lagi la kan.. pesal eh bile aku tido kan.. tido di malam hari lah.. yg biasa2 org tido tu.. bila bangun pagi kan.. masa pijak lantai tu pon sakit eh.. adakah itu disebabkan angin yang masuk melalui kaki.. pakcik2 paham2lah soalan aku.. hehehe tak reti la nk wat ayat

Anonymous said...

cik ida,

(cewah cam kaunselor suratkabar lak)

adalah jelas awk juga ada masalah plantar fasciitis spt yg diulas kat atas tu..

angin-tak boleh masuk melalui kaki.2 tempat je dia boleh masuk badan ie lubang idung dan mulut

so takde kaitan dgn angin2 ni..

cuba ikut dulu saranan2 rawatan kat atas tu esp camne nak exercise,

okey? (gaya adlin aman ramlee :))

wassalam

Aku-Ida said...

arghhhhhh :banghead: mungkin patut kuruskan badan ni..arghhhh :banghead: lagi...

Aku-Ida said...

pakcik... aku rase lah... antara faktor2 yang diberi tu.. yg terkena tempias kat ida cume no 2 ngn no 6 je.. wakakakaka... sebab no2 lain mmg bukan kebiasaanku lah..

psssttt.. no 6 tu kaber2 sikit.. huhuhu

Aku-Ida said...

oh satu lagi soklan..lupe lak.. pasala mangun tido tu.. mase baru2 bangun n jejakkan kaki kat lantai je dia sakit.. pastu bile dh jalan menuju ke bilik air .. jalan2 dlm 10 20 langkah.. kaki ku ok dah.. ..

sori pakcik.. aku menyemakkan komen di sini

Anonymous said...

plantar fasciitis mmg 'typically' plg sakit semasa awal pagi, semasa bangun tidur.

why?

Sbb semasa awal pagi sebenarnya ligament2 yg mengikat kaki adalah paling 'tight' (ketat). selepas melakukan aktiviti ringan, biasanya ia akan kurang perlahan-lahan.

waktu belah malam, ligament ini biasanya lebih kendur dan sbb itulah kurang sakit belah malam.

Anonymous said...

Salam, nak tanya..doktor kata saya kena plantar fasciitis ni..tapi saya takut kena injection..dah 4 bulan sakit tapi bulan Feb 2009 till now Mar 2009 setiap langkah sakit..very depressing sgt..saya baru mula fisio dalam 4 sessi, buat ultrasound dan hot pack. mcamana ye nak hilangkan sakit ni permanently? Tkasih..

Anonymous said...

cik anggun,

I think u r on the rite track ie sudah jalani physiotherapy dsb.

saya cadangkan mengambil good antioxidant supplement cth 'oxysential', fish oil omega 3 dan supplement 'cumin' ie painkiller dan anti-inflammatory semulajadi dari kunyit.

try reduce some weight (if u r overweight) and practice relaxation and meditation also.

insya-Allah will help.

tq

..+atie1908+.. said...

if sakit di tumit bole x die efek smpai ke tulang di kaki sehingga ke tulang paha? sbb 2 la yg sy alami n 9 tahun

dr hapizi said...

Atie, PF sakit dia biasanya kat bhgian tumit je..takdelah sampai ke bhgian tulang peha.

suggest kena 'rule out' masalah tulang belakang juga spt spinal stenosis/prolapse disc.

jumpa pakar tulang dulu (orthopedic) utk mengetahui punca masalah.

Unknown said...

saya nak tnya.. bhgian tumit saya sakit apabila brjln, brdiri dan telah menjadi bgkak.. skrang saya x dpt brjln dngan memijak tumit..sudah hmpir smggu prkara ini belku.. boleh saya thu pnca masalah ini...

Anonymous said...

sy pun salah seorang kena skit ni.. mula2 kena dulu p sjmc jumpa doktor2 pakar kat sana. sampai kena buat mri utk tahu penyakit apa.. hampeh dr2 kat situ x dpt bg jawapan.. pastu p pulak ke smc tanya pakar kat situ, baru dpt jwpn penyakit ni.. dr tu bgtau buat masa ni penyakit jenis ni belum ada ubat yg benar2 boleh bg baik. cuma bagi tahan sakit ada la.. injectio terus ke tempat sakit akan beri kesan sampingan yang lebih teruk.. dan sampai sekarang saya masih menderita sakit ni.. hampir 6 tahun

mizzura said...

Salam...sy xleh pulak bk video xcercise dr utube tu...bole bg link tak...?

Azie said...

As-salam, DocH.
Saya rasa berkemungkinan saya mengalami masalah ini. Sakit tu di kaki kiri sahaja, di bahagian sisi kaki berhampiran tumit dan juga di tumit. bila saya duduk lama di kerusi atau baring di katil, nak jalan mmg sakit.

soalan saya, adakah masalah ni akan jadi permanent ? ada tak kemungkinan masalah disebabkan tendon koyak ke ? sbb seingat saya masa saya pergi berurut, tukang urut ada urut kaki saya. masa tu mmg rasa sakit, ingatkan x de apa. tapi selepas tu saya mula hadapi masalah ini.

Azie said...

Dr ada cadangkan antioxidant supplement cth 'oxysential', fish oil omega 3 dan supplement 'cumin' ie painkiller dan anti-inflammatory semulajadi dari kunyit. ni boleh beli direct dari pharmacy ke ? or ada nama specific supplement yg perlu saya beli ?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Holistic Followers

Home..