Assalamualaikum.
Dah lama rasanya Pakcik tak baca buku tentang seni jima' (senggama) dalam Islam/Melayu selepas buku 'Permata Yang Hilang' banyak tahun sudah. (malangnya buku tu pun dah hilang :( )
Bila ternampak buku Seni Hubungan Batin-Teknik Jimak Yang Indah'-terus angkat-saja la nak tambahkan sedikit pengetahuan dalam bab ni..
Buku ni dari judul Arab - "Jima'un Fil Islam" oleh Abdul Kadir Suheimi dan diterjemahkan oleh Abu Ahmad Zakaria, diterbitkan oleh Pustaka Ilmi, cetakan pertama 2001.
Ianya setebal 423 m/s dan dibahagikan kpd bab-bab berikut:-
~IKATAN PERKAHWINAN DAN KASIH SAYANG SUAMI ISTERI
~CARA MEMBACA CINTA SUAMI
~TUJUH JURUS MERAWAT GHAIRAH
~RANGSANGAN DAN HORMON WANITA
~TABIE WANITA KUAT ASMARA
~BEBERAPA PETUA ILMIAH UNTUK MENYENANGKAN HATI WANITA
~PERANGAI WANITA MENURUT ILMU KATURANGGAN
~BEBERAPA PETUA UNTUK MENYENANGKAN HATI SUAMI
~MEMILIH KETIKA DAN HARI YANG SESUAI
~PETUA MELEWATKAN PANCUTAN AIR MANI
~ILMU SENGGAMA MELAYU
~PETUA PANTANG LARANG UNTUK KESIHATAN TENAGA BATIN
~RAHSIA GADIS MENGEKALKAN KEAYUAN
~PETUA MEMILIH GADIS JELITA
~TEKNIK CIUMAN KAMASUTRA
~POSISI SENGGAMA KAMASUTRA
~POSISI SENGGAMA CINA KUNO
~POSISI SENGGAMA MELAYU
~KOLEKSI PENGUAT TENAGA BATIN
~RAHSIA BAHAGIAN YANG KIRI
~SUAMI ISTERI YANG SIHAT ZAHIR DAN BATIN
~SEKS YANG SIHAT SEBAGAI BEKAL KEHARMONIAN
~KETENANGAN JIWA SUAMI ISTERI
~MENYATU DALAM CINTA
~MELAYANI SUAMI MERUPAKAN JIHAD
~KASIH SAYANG LELAKI TERHADAP PEREMPUAN
~MENGAPA LELAKI TERLALU MEMILIH BAKAL ISTERINYA
~KELEMAHAN SUAMI DAN GHAIRAH ISTERI
~MENYEJUKKAN HATI ISTERI DAN MENAKLUKKAN SUAMI
~MENGAPA WANITA MUDAH MENAKLUKKAN LELAKI?
~SIFAT-SIFAT WANITA YANG MENDAPAT TEMPAT DI HATI LELAKI
~DUNIA LELAKI DALAM GENGGAMAN WANITA
~APAKAH WANITA KERJAYA KURANG BERGHAIRAH?
Ni pakcik turunkan satu bab-tentang 'Ilmu Senggama Melayu'
Berikut adalah perlakuan senggama yang khas petua dari seorang guru Ilmu Senggama Melayu bagi membangkitkan rasa nikmat yang unggul ke atas isteri. Setelah isteri menunjukkan tanda-tanda ingin jima', lakukan perkara-perkara berikut:-
1) Mengambil Rusuk
Sebelum istimta' maka dakap isteri dengan menemukan rusuk kiri suami dengan rusuknya, sambil menarik nafas dengan cepat, isyaratkan seolah-olah suami menarik tepi rusuk kanan isteri dengan tangan kanan dalam keadaan seperti bejabat. Kemudian bawa tangan suami itu ke rusuk kiri suami. Dalam hati menyebut "aku Adam, engkau Hawa, aku hendak hak aku balik"
2) Mengetuk Pintu rahim
Tusuk 3 kali ke bibir bahagian luar faraj bahagian kiri sambil mebaca zikir "Ya Rahim" 3 kali, kemudian ulangi pula dengan bibir luar sebelah kanan 2 kali dengan zikir yang serupa, dibaca 2 kali.
3) Tusukan Biji Zakar
Tekan kepala zakar suami ke clitoris isteri. Biji zakar berada di hujung kepala zakar, betul-betul di atas lubang kencing
4) Bacaan Doa Jima'
Baca Bismillah dan diikuti dengan doa mengusir syaitan kerana jima' akan dimulakan
5) Mencari Makam Lazat
(Rujuk kaedah mencari Makam Lazat) (bab lain)
6) Tusukan Kelemasan (Tusukan Tapa)
Setelah bertemu makam lazat, tusuk terus zakar ke lubang faraj sehinggalah tenggelam semua batang zakar, zikirnya-"Ya Rahman"
7) Menongkat Lidah
Sebelum berdayung tongkatkan lidah suami ke langit sambil niat dalam hati "Tidak turun lidah aku, tidak turun mani aku". Bila rasa ngilu, berhenti berdayung, tarik nafas dalam-dalam dan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W 3 kali berturut-turut, baharu disambung semula. Jika hendak keluarkan mani, baru turunkan lidah.
8) Geselan Puncak
Untuk melambatkan keluar mani dan melazatkan isteri, bila berdayung, tekankan zakar ke arah clitoris. Tusuk perlahan, tarik laju. Isteri akan cepat inzal, suami akan lambat inzal
Komen Pakcik:
Worthwhile baca buku ni. Harga murah je- RM 17.50
No comments:
Post a Comment