"And He feeds me and quenches my thirst and when I fall sick then He (Allah) cures me" [Soorah Shu'araa: 80]


24.3.08

Aura

Apakah itu aura?
Aura ialah gelombang tenaga elektromagnetik berbentuk bujur telur (eggshell) yg berada di sekeliling badan kita dgn warna2 tertentu (seakan-akan awan). Aura bertukar warna dan bentuk mengikut bentuk mood, pemikiran dan interaksi kita dgn manusia lain, haiwan, tumbuhan, mahupun kristal ataupun mineral tertentu. semua benda hidup mahupun tidak hidup mempunyai aura masing2 dan kita boleh melihat aura-aura ini dengan sedikit latihan mata ataupun dgn sejenis kamera khas (kamera kirlion)
Apa yg menarik, bila kita berkebolehan melihat aura orang, kita boleh membaca tingkah laku, sikap, sifat mahupun fikiran orang tersebut! manusia boleh berbohong tapi tidak boleh menyembunyikan aura mereka!
Dengan sedikit latihan juga (meditasi, latihan pernafasan dsb), kita boleh meningkatkan/menebalkan aura kita dan tentu sekali kita akan menjadi manusia lebih hebat.
Aura juga berkait rapat dengan pusat tenaga dalam manusia yang dipanggil cakra. terdapat 7 cakra utama yang terletak di paksi tengah badan.Dengan kita mengaktifkan cakra-cakra ini, dengan sendirinya akan menguatkan aura kita. Dalam posting-posting berikutnya saya akan menerangkan dgn lebih lanjut ttg cara membaca aura, maksud warna2 tertentu aura, kaedah meditasi, pernafasan, dan kaedah mengaktifkan cakra. sampai di sini dulu!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Holistic Followers

mindfulness

Loading...

Home..