"And He feeds me and quenches my thirst and when I fall sick then He (Allah) cures me" [Soorah Shu'araa: 80]


26.3.08

Cakra

Cakra adalah pusat kepada bioenergy yang terdapat dalam badan kita. Semua makhluk hidup mempunyai bioenergy masing2 yang sama pentingnya dengan tenaga fizikal kita. Apabila darah mengalir melalui pembuluh darah, bioenergy pula mengalir melalui meridian. Manusia mempunyai 72,000 meridian. meridian ini berpengkalan pada titik-titik khusus pada badan dan membentuk pusat-pusat tenaga, yang dikenali sebagai cakra. Badan kita mempunyai 7 cakra.
Cakra berkait rapat dengan sistem badan/organ dan conciousness. bermakna jika bionergy yang mengalir melalui cakra tidak seimbang atau tersekat-ianya menyebabkan penyakit2 tertentu samada penyakit2 zahir atau batin. jadi adalah penting dalam rawatan holistik, cakra-cakra ini di servis dahulu untuk merawat apa-apa penyakit pun-ini juga disebut cakra healing

Dalam Perubatan China tradisional, mereka menggelarkan bioenergy ini sebagai yin dan yang yang mesti seimbang, barulah seseorang itu terhindar dari penyakit2. mereka menggunakan kaedah acupuncture atau acupressure untuk membolehkan bionergy ini seimbang semula. saya akan membincangkan kaedah acupressure yang boleh anda lakukan sendiri pada posting akan dtg. sekarang kita concentrate more on cakra healing

Cakra (chakra) dalam bahasa Sanskrit bermaksud wheel atau roda. setiap satu cakra mempunyai fungsi fisologikal tertentu. ketujuh-tujuh cakra terletak pada bahagian tengah (midline) badan.Pada keadaan ideal, kesemua cakra-cakra ini 'terbuka'.walaubagaimanpun, dalam banyak kes, satu atau beberapa cakra ini tidak 'terbuka' dan aktif sepenuhnya, dan cakra2 lain akan menjadi overaktif untuk compensate kekurangan ini


1. Cakra dasar (root) (muladhara)

-terletak pada dasar tulang punggung (coccyx) dan ia adalah tunjang kpd seluruh tenaga. cakra dasar memberi tenaga, mengendali dan memperkuat seluruh tenaga fizikal dan organ-organ dalaman. jika cakra dasar lemah, anda sentiasa rasa ketakutan dan nervous dan rasa tidak dihargai. cakra ini dikaitkan dengan warna merah
2. cakra sakral (seks) (svadistana)

-terletak pada bhgian organ seks. cakra ini berkaitan dengan feeling dan seksualiti. jika aktif sepenuhnya, anda boleh mengekspresi perasaan anda dengan bebas dan tidak over-emotional. anda juga bebas dari masalah berkaitan seks. ia dikaitkan dengan warna oren

3. cakra solar pleksus (manipura)

-cakra ini terletak kira-kira 4 jari diatas pusat. ia mengendalikan tenaga pada hati,pankreas, perut, usus besar dan kecil. cakra ini berfungsi sebagai pusat emosi dan perasaan seperti marah, benci aktif dan sakit hati. org yg mempunyai masalah pd cakra ini biasanya menghadapi masalah keluarga, sentiasa 'over' dan kurang menyayangi keluarga. cakra ini dikaitkan dgn warna kuning

4. cakra jantung (anahata)

-cakra ini terletak di bahagian tengah dada. ia mengendalikan dan memberi tenaga pada jantung, sistem peredaran darah, paru-paru dan kelenjar timus.ia dikaitkan dengan perasaan kecintaan rehadap org lain, perhubungan mesra, kegembiraan dan keramahan. jika ia tidak aktif, anda kurang rasa cinta, dan sering menjauhi orang lain. ia dikaitkan dengan warna hijau muda

5. cakra tenggorokan (throat) (visuddha)

-terletak di tengah leher
-mengendalikan tenaga pd kelenjar tiroid, paratitroid dan sistem limfatik. jika cakra ini aktif sepenuhnya, anda mempunyai kebolehan bercakap dengan baik dan sifat 'self-expression' yang tinggi. ia dikaitkan dgn warna biru

6. cakra mata ketiga (ajna)

-terletak antara kedua-dua alis mata
-cakra ini berfungsi mengaktifkan gerak hati (intuition) dan visualisasi. jika aktif sepenuhnya, anda menjadi seorang yg mempunyai intuisi dan imaginasi tinggi. ia dikaitkan dgn warna violet

7. cakra mahkota (sahasrara)
-terletak pada bahagian ubun-ubun kepala.
-cakra ini adalah berkenaan kebijaksanaan (wisdom) dan anda sentiasa peka dgn keadaan sekeliling dan fleksibel dalam pemikiran.ia berwarna putih dan ada juga berpendapat ia berwarna violet

Dalam posting berikutnya, saya akan menghuraikan teknik-teknik untuk mengaktifkan cakra ini. sementara itu boleh tengok dulu, berapa peratus terbukanya cakra anda, melalui ujian ini


2 comments:

rizhan said...

camne aku nak menguatkan cakra sakral aku he heh

dr hapizi said...

yupp..aku rasa ko punya cakra sakral is under-active..hehe..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Holistic Followers

mindfulness

Loading...

Home..