"And He feeds me and quenches my thirst and when I fall sick then He (Allah) cures me" [Soorah Shu'araa: 80]


27.3.08

Meditasi


Dalam kehidupan seharian, minda kita dipengaruhi oleh pelbagai faktor sekeliling spt wang, keluarga, rakan-rakan, pekerjaan, makanan dll.Akibatnya, minda kita sentiasa tertekan dan berada pada gelombang beta. Setiap tindakan yang kita buat adalah tidak teratur dan jarang beroleh kejayaan.

Meditasi adalah satu cara untuk minda kita diset ke gelombang alpha-ini menjadikan fikiran kita tenang, idea-idea baru muncul dan badan akan jadi fresh!. Meditasi juga akan membuka cakra-cakra yang under-active dan menguatkan aura kita. Ini kerana kita dengan serentak mengaktifkan minda separa sedar dan ke tujuh-tujuh cakra-cakra (rujuk posting-posting sebelum ini untuk memahami istilah spt minda separa sedar, aura dan cakra). Kita juga boleh bebas dari sebarang penyakit jika meditasi ini dilakukan bersungguh2, Insya-Allah!

Meditasi tidak bercanggah kepada ajaran Islam. Ini kerana dalam Islam, kita disuruh supaya selalu bertafakkur iaitu istilah lain untuk meditasi

Ada pelbagai kaedah meditasi. yang akan saya huraikan adalah Kaedah Pernafasan Terarah yang boleh mengaktifkan minda separa sedar dan cakra sekaligus.

Masa dan tempat

Untuk permulaan, pilih masa yang sunyi dan hening, sekitar pukul 1-2 pagi.Lakukan di bilik anda yang bebas dari segala gangguan, sebaiknya dalam cahaya yang samar2 terang. bagi orang Islam bacalah Auzubillah.. dan Bismillah..dahulu supaya kita terhindar dari bisikan syaitan
Posisi.
Duduk dalam posisi lotus iaitu bersila dan temukan ibu jari dengan jari telunjuk.
(perhatikan ini membentuk kalimah Allah).Pejam mata rapat2 dan renung kawasan antara batang hidung anda. kosongkan fikiran dan concentrate..



tegakkan badan, otot, sendi dan badan, dan niatkan dalam diri anda yang anda mahu rehat sepenuhnya


Teknik pernafasan terarah.

1. tarik nafas anda melalui hidung dalam kiraan 4 saat. bayangkan anda menyedut tenaga ghaib yang berwarna putih. tahan nafas anda selama 2 saat. semasa menahan nafas, pastikan tenaga anda bertumpu di bawah pusat (pusat cakra tenaga).bayangkan tenaga yang anda sedut itu bergerak dari bawah pusat dan menyebar ke seluruh badan anda

2.hembus nafas melalui hidung juga dengan kiraan 4 saat secara tenang.bayangkan anda mengeluarkan segala tenaga, unsur negatif dan penyakit yang bersarang pada badan anda. selanjutnya tahan nafas anda selama 2 saat. dengan itu anda selesai melakukan kaedah pernafasan terarah pada set pertama.

3.ulangi menarik nafas, menahan dan menghembus nafas selagi anda mampu. lakukan latihan ini antara 15-20 minit. lakukan setiap hari latihan ini, anda akan mendapat hasil yang dihajati, Insya-Allah!

Dalam posting berikutnya saya akan menerangkan cara membersihkan cakra-cakra anda! (cakra healing)

1 comment:

Anonymous said...

dedi,

org nak try pernafasan terarah tu dulu..

tapi kan susah aaa...

baru nak tarik nafas, konon nak pejam mata laa.. pastu lupa.. ehhhh.. berapa saat nak tahan berapa saat nak lepas ni..

pastu lupa lak.. kaler apa tadi yg nak kena tarik? purple ke putih ke.. hehe

so, mata takleh nak pejam takleh nak concentrate aaa, sebab nak kena jeling instruction.

ni kalau nak buat, kena ada org suara sedap bisik perlahan instruction tu kat cuping telinga.. awwwww lomantic nyierr

baru leh jadik kot.. hik hik

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Holistic Followers

Home..