"And He feeds me and quenches my thirst and when I fall sick then He (Allah) cures me" [Soorah Shu'araa: 80]


20.3.08

Potensi Minda Separa Sedar




ini ialah rupa neuron iaitu unit sel-sel otak dianggarkan terdapat sebanyak 100 billion neuron yang membentuk otak! bayangkan jika kita fully optimize neuron sebanyak itu.
pakar-pakar pengkaji otak menyatakan manusia hanya menggunakan tidak lebih dari 2% daripada keupayaan otak yang dimiliki. mana hilangnya lagi 98%?? ya! kita mensia-siakan anugerah yang Tuhan berikan..





Akal adalah anugerah Tuhan kepada manusia. sebahagian daripada akal dipanggil MINDA. apa itu minda? minda ialah tenaga yang terbentuk daripada fikiran, perasaan, mimpi dan lain-lain

Minda terbahagi kepada 3 ie minda sedar (concious mind), minda separa sedar (subconcious mind) dan minda super (superconcious mind).kita akan tumpukan pada minda sedar dan minda separa sedar dahulu

minda sedar
-berfungsi dalam alam fizikal (nyata)dimana pancaindera memainkan peranan. minda kita dibatasi ruang dan masa. minda sedar juga dapat berfikir dan mengeluarkan pendapat.pemikiran ini menghasilkan buah fikiran (thought) yg memberikan arahan kepada minda separa sedar




minda separa sedar (mss)
-bertugas mengawal segala aktiviti organ dan tisu badan secara semulajadi tanpa kita sedari- cth: aktiviti denyutan jantung, pernafasan, penghadaman dsb. juga aktiviti2 terlatih spt memandu kereta, memakai pakaian dsb. jadi kita tak perlu fikir utk buat ini semua

kehebatan minda separa sedar
mss sentiasa patuh kpd setiap arahan minda sedar. jika arahan yg diterima positif, tugas yg dilaksanakan juga positif dan begitulah sebaliknya. analoginya adalah spt robot yang sentiasa menurut arahan tuannya!

kita perlu sedar 90% aktiviti mental dan kehidupan manusia dikawal oleh mss.ia membentuk badan manusia dan memelihara seluruh tenaga vital.mss sentiasa bekerja 24 jam, 7 hari seminggu.



anda tentu pernah menyaksikan David Blaine yg mempunyai kuasa membengkokkan sudu/garfu, duduk dalam ketulan ais, mengunyah kaca dsb. sebenarnya kita boleh membuat aksi seperti beliau, jika kita mahu! yupp, jika kita menggunakan minda separa sedar kita dengan optimum

kuasa minda separa sedar juga boleh mengubah diri kita menjadi lebih berani dan hebat, lebih konfiden, merawat diri sendiriatau orang lain, meningkatkan gerak hati (sixth sense), meningkatkan aura, mengembara ke merata tempat (tanpa jasad), telepati dsb. semuanya saya akan huraikan satu persatu di dalam blog ini...so stay tuned dan tunggu posting berikutnya!

2 comments:

dr hapizi said...

what the heck ni..

Anonymous said...

adesss..what the heck here here tu...apa2pun..seram nak jadik david blaine..lagik teruk jadi chris angel buat magik sampai putus2 badan.itu bukan separa sedar!tu gila!waaaaaaa...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Holistic Followers

Home..