"And He feeds me and quenches my thirst and when I fall sick then He (Allah) cures me" [Soorah Shu'araa: 80]


20.3.08

Rawatan Holistik


Kita mungkin pernah dengar-manusia itu terdiri dari 3 elemen asas- badan(body),minda(mind) dan roh (spirit)/aura

Apakah yg dimaksudkan dengan kesihatan (health)?
kesihatan bermaksud bebas dari semua penyakit fizikal, minda dan roh (spirit)

Perubatan Moden

Perubatan moden yg mengalami revolusi yg hebat selepas kurun ke-19, adalah berasaskan sains,tetapi yg menjadi masalahnya, sains hanya ilmu yg berdasarkan pemerhatian, eksperimen dan kesimpulan objek2 nyata. sains tidak boleh membuktikan elemen2 yang tidak boleh dijangkau oleh fikiran manusia

Perubatan moden banyak merawat penyakit berdasarkan simptom ie-"treating the symptoms, not the patients". dgn lain perkataan, perubatan moden hanya merawat masalah fizikal semata2 tanpa (atau terlalu sedikit) mengambil kira elemen2 spt terapi minda dan aura.jadi bolehkah pesakit sembuh dalam erti kata yang sebenarnya? anda dan saya tahu jawapannya: pasti tidak!


minda
/\
badan-----aura


Rawatan holistik merawat pesakit dengan mengambil kira masalah yang dihadapi pada 3 pillars manusia iaitu minda, badan dan roh. ketiga2 elemen ini sebenarnya berkait rapat antara satu sama lain tetapi minda adalah pillar yang paling utama iaitu ia mengawal jasad dan roh.
cth jika minda kita selalu memikirkan kita sakit, badan kita juga akan rasa sakit dan ini juga akan reflected pada aura.( ada teknik2 tertentu untuk 'membaca' aura, cth menggunakan kamera khas). begitu juga jika aura kita lemah (dipanggil 'lemah semangat' oleh orang2 tua), badan kita juga akan jadi lemah dan mudah dihinggapi penyakit)

perhatikan- minda berada di puncak segitiga-mengawal roh dan jasad. Jadi, dalam rawatan holistik, untuk merawat sesuatu penyakit, minda mestilah dirawat dahulu iaitu 'dituned', lepas itu barulah badan dan aura di rawat serentak. Rawatan badan pastilah menggunakan ubatan2 tertentu (ubatan moden, herba, vitamin dsb) dan aura dirawat dengan kaedah rawatan seperti reiki

jadi itulah halatuju blog ini untuk menghuraikan ttg rawatan holistik yang mencakupi ke-3 elemen yang disebutkan. walaubagaimanapun, saya akan lebih menumpukan ttg rawatan minda dan aura. biarlah sahabat2 saya yang ramai diluar sana concentrate untuk merawat 'badan' dengan segala macam drugs, herba, antioxidants, dan macam-macam.







No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Holistic Followers

Home..