"And He feeds me and quenches my thirst and when I fall sick then He (Allah) cures me" [Soorah Shu'araa: 80]


17.2.10

Penyembuhan Prana Siri 1


Salam semua.

Mulai hari ini, satu siri artikel mengenai Penyembuhan Prana akan disiarkan. Siri artikel ini merupakan terjemahan (dengan sedikit penyesuaian) dari buku Pranic Healing oleh Chua Kok Sui.Buku ini saya kira begitu klasik dan penting untuk dipelajari oleh sesiapa yang berminat dalam bidang Energy Medicine, termasuk pengamal Reiki, Yoga, Sufi Healing dan terutamanya pelajar dan sahabat yang mempelajari Pyra Quanta Touch. Mudah-mudahan kita semua mendapat manfaat dari ilmu yang dipelajari.-Dr. H

Artikel original boleh diases di sini:


Penyembuhan Prana

1) Apa itu Penyembuhan Prana?

Ianya berdasarkan struktur keseluruhan manusia yang terdiri dari dua bahagian iaitu JASAD (physical body) yang boleh dilihat dan ROH iaitu tenaga (energy) yang tidak boleh dilihat (bioplasmic body)

Jasad adalah bahagian yang selalunya kita lihat, sentuh, rasa dan sebagainya yang kita selalu maklum. Sementara roh pula ialah tenaga bercahaya yang tidak boleh dilihat yang menerangi keseluruhan jasad dan mengunjur keluar sepanjang 4-5 inci. Ada juga yang menggelar roh (bioplasmic body) sebagai etheric body atau etheric double.

Penyembuhan Prana adalah sains kuno dan seni penyembuhan yang mengguna-pakai Prana atau Ki atau Vital Energy untuk merawat dan menyembuhkan manusia secara holistik. Ianya juga dipanggil dengan pelbagai nama seperti Psychic Healing, Magnetic Healing, Faith Healing, 'seni penyembuhan dengan tangan' dan sebagainya.

Prana atau Ki

Prana atau Ki ialah Vital Energy atau Life Force yang memelihara dan menyihatkan kehidupan semua makhluk, termasuk manusia. Istilah Greek memanggilnya Pneuma, Mana (Polynesian), Ruah (Hebrew) dan Qudrah bagi ahli-ahli sufi. Walau apa pun istilahnya, ianya bermaksud 'nafas kehidupan' (breath of life)

Perawat mengalirkan Prana atau Vital Energy kepada pesakit, justeru menyembuhkannya. Cukup mudah! walaupun dalam banyak kes, hasilnya begitu menakjubkan!




Pada asasnya ada tiga sumber prana:-

1) Prana solar dari cahaya matahari. Ianya didapati dari pendedahan kepada cahaya matahari atau meminum minuman yang terdedah kepada cahaya matahari

2) Prana udara atau dipanggil air vitality globule. Prana udara diserap oleh paru-paru semasa bernafas dan juga secara terus melalui pusat tenaga yang dipanggil Cakra. Lebih banyak prana udara dapat diserap melalui pernafasan yang perlahan dan dalam, berbanding pernafasan yang laju dan cetek. Jenis prana ini juga boleh diserap melalui liang-liang pada kulit.

3) Prana tanah atau ground vitality globule. Ini dapat diserap melalui tapak kaki, samada secara sedar atau tidak. Berjalan dengan berkaki ayam dapat menyerap lebih banyak energy.Anda juga boleh belajar secara sedar untuk menarik prana dari tanah ini untuk mendapat lebih tenaga (vitality) dan kebolehan berfikir dengan lebih tajam.

AIR menyerap prana dari cahaya matahari, udara dan tanah. Tumbuh-tumbuhan menyerap prana dari cahaya matahari, air, udara dan tanah. Manusia dan haiwan pula menyerap prana dari cahaya matahari, air, udara, tanah dan makanan (makanan segar mengandungi lebih banyak prana dari makanan berproses).

Prana boleh dipindahkan kepada seseorang untuk penyembuhan. Orang yang mempunyai lebihan prana cenderung untuk membuatkan orang di sekeliling mereka berasa bertambah sihat. Sebaliknya mereka yang kekurangan prana cenderung untuk menarik prana mereka yang berada di sekelilingnya. Sebab itulah anda mungkin berjumpa dengan orang yang menyebabkan anda berasa keletihan dan tidak bermaya tanpa apa-apa sebab.

Banyak jenis pokok-pokok besar di sekeliling kita menghasilkan prana yang boleh diserap untuk kesihatan, melalui tapak tapak tangan.

Semasa cuaca buruk, ramai orang mendapat sakit, bukan hanya sebab perubahan cuaca, tetapi kerana kurangnya prana solar dan prana udara pada masa itu. Jadi ramai yang mengalami keletihan mental dan fizikal. Ini boleh diatasi dengan secara sedarnya, kita menyerap prana dari udara dan bumi.

..bersambung

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Holistic Followers

Home..