Kita telah mengetahui bioplasmic body (roh), menembusi physical body (jasad) dan mengunjur keluar sepanjang 4-5 inci. Tenaga bercahaya yang mengikut bentuk jasad ini dipanggil AURA DALAMAN (inner aura).
A-aura dalaman dan luaran. B-jalur kesihatan (health rays)
Anda boleh belajar untuk merasa aura dalaman dengan tapak tangan anda dalam dua hingga empat sesi latihan dengan mengikuti arahan-arahan dalam artikel seterusnya.
Teknik merasa aura dalaman dinamakan SCANNING
Penyakit boleh juga disebabkan berlebihan prana di kawasan tertentu organ (pranic congestion).
Kawasan terlibat mempunyai aura dalaman selebar hingga 7 inci atau lebih. Dalam kes-kes yang serius, ianya boleh melebar sehingga 2 kaki atau lebih. Contohnya seseorang yang mempunyai masalah kebengkakan jantung boleh dirasa aura dalamannya sehingga ke bahu dan lengan kiri.
Dalam masalah kekurangan atau kelebihan prana, meridian halus yang mengelilinginya (dipanggil juga bioplasmic channels) menjadi tersumbat. Ini bermakna tenaga prana tidak dapat mengalir bebas ke luar atau ke dalam kawasan berpenyakit tersebut. Kawasan ini biasanya kelihatan sebagai berwarna kelabu cerah-gelap. Jika kawasan tersebut beradang (inflammation), ia kelihatan sebagai kemerahan. Jika kanser, kelihatan kekuningan dan jika appendicitis, kelihatan kehijauan. (warna-warna ini boleh dilihat dengan Kirlian photography atau sesiapa yang mempunyai kebolehan 'clairvoyant')
Jalur-jalur bioplasma mengunjur secara menegak dari jasad. Jalur-jalur ini dikenali sebagai 'Jalur Kesihatan' (Health Rays) dan ianya saling menembusi aura dalaman. Kesemua jalar ini dipanggil Aura Kesihatan (Health Aura)
Aura kesihatan mengikuti bentuk jasad dan berfungsi sebagai medan perisai yang melindungi keseluruhan jasad dan roh dari kuman dan unsur penyakit dari sekitaran. Toksin, bahan buangan, kuman dan unsur bioplasma berpenyakit disingkir keluar melalui jalur-jalur kesihatan melalui pori-porinya.
Jika kesihatan seseorang terganggu, jalur kesihatan menjadi kendur dan tidak tersusun dengan rapi, menyebabkan keseluruhan jasad dan roh berpotensi dijangkiti. Kebolehan jalur kesihatan untuk menyingkirkan toksin, bahan buangan, kuman dan unsur bioplasma menjadi lemah. Penyembuhan dapat dipercepatkan dengan memperkuat dan menyusun kembali jalur-jalur kesihatan ini.
Di luar daripada jalur kesihatan ini pula, ada satu tenaga bercahaya dipanggil AURA LUARAN (outer aura). Ia saling menembusi aura dalaman dan jalur kesihatan dan biasanya mengunjur sehingga 3 kaki dari jasad. Ia biasanya mempunyai pelbagai warna dan berbentuk seperti telur terbalik. Warna-warna ini dipengaruhi oleh keadaan FIZIKAL, EMOSI dan MENTAL seseorang.
Adalah diperhatikan secara clairvoyant, sesetengah orang yang berpenyakit mempunyai LUBANG pada aura luaran mereka, menyebabkan prana boleh bocor. Oleh itu aura luaran bolehlah diibaratkan sebagai daya atau tenaga yang menghalang kebocoran prana, atau seperti bekas/botol yang menjadi tempat isian tenaga prana.
..bersambung
No comments:
Post a Comment