"And He feeds me and quenches my thirst and when I fall sick then He (Allah) cures me" [Soorah Shu'araa: 80]


10.4.10

Penyembuhan Prana Siri 14

LANGKAH-LANGKAH PENYEMBUHAN PRANA

1) Memerhati dan menemuramah pesakit
2) Scan kawasan tulang belakang (spine), cakra-cakra utama, dan kawasan berpenyakit
3) Lakukan pemurnian menyeluruh
4) Lakukan pemurnian setempat pada kawasan berpenyakit
5) Scan semula kawasan bermasalah. Dalam kes 'pranic congestion', scan untuk memastikan samada kawasan 'congestion' itu telah berkurangan atau tidak, untuk 'pranic depletion', scan untuk untuk melihat samada aura dalaman kawasan itu menjadi lebih sedikit besar atau lebih normal.
6) Untuk kes-kes yang tidak rumit, penyapuan (sweeping) atau pemurnian (cleansing) sudah cukup untuk menyembuhkan pesakit.
7) Lakukan pengisian tenaga dengan prana
8) Dapatkan maklumbalas dari pesakit. Jika masih ada rasa sakit, tanyakan secara spesifik, tempat yang sakitdan scan semula tempat itu. Lakukan pemurniaan dan pentenagaan lagi
9) Jika kawasan tersebut, terlebih menerima tenaga (overenergized), lakukan penyapuan (distributive sweeping) untuk mencegah 'pranic congestion'
10) Scan semula kawasan tersebut untuk memastikan ianya sudah cukup dibersih dan diisi dengan tenaga prana. Lakukan dengan bersungguh-sungguh dan teliti. Inilah kunci utama dalam penyembuhan yang pantas.
11) Dalam kes 'pranic congestion', pemurnian dititikberatkan, manakala untuk kes 'pranic depletion', pentenagaan (energizing) diutamakan
12) Stabilkan prana yang telah dialirkan

*Untuk kes-kes yang simple dan setempat, pemurnian menyeluruh mungkin boleh ditinggalkan. Untuk kes jangkitan, pemurnian menyeluruh mesti dibuat walaupun ianya hanya kes jangkitan mata atau selsema, kerana keseluruhan badan biasanya terlibat. Dalam kes jangkitan, aura luaran biasanya bocor. Kadar penyembuhan biasanya lebih cepat jika penyapuan menyeluruh dilakukan.

BOLEHKAH MERAWAT TANPA MEMBUAT SCANNING?

Jika kebolehan scanning anda masih terhad, anda masih boleh merawat tanpa perlu membuat scanning. Untuk kes-kes yang simple, cuma tanyakan pesakit, kawasan mana yang sakit atau tidak selesa. Lakukan pemurnian dan pentenagaan setempat. Untuk kes yang serius seperti pesakit jantung, biasanya terdapat ketidakseimbangan atau kelemahan fungsi cakra jantung dan solar plexus. Lakukan pemurnian dan pentenagaan kedua cakra tersebut yang akan banyak membantu penyakit. Jantung boleh diisi dengan tenaga prana melalui cakra jantung belakang.

Walaupun anda boleh merawat tanpa scanning, adalah lebih baik dan berkesan jika scanning dibuat. Kadangkala cakra yang tidak berfungsi dengan normal terletak jauh dari kawasan yang sakit atau bermasalah.

BASUH TANGAN

Basuh kedua-dua tangan anda sampai ke siku, dengan air biasa atau air bercampur garam, sebelum dan selepas rawatan. ini untuk mengelakkan anda dicemari unsur bioplasma berpenyakit yang boleh memasuki sistem badan anda. Jika ini berlaku, anda mungkin merasa sakit pada jari, tangan atau simptom pesakit mungkin menjangkiti anda. Dengan membasuh tangan juga, dapat mengelak dari mencemari pesakit anda yang seterusnya. (Dalam Pengajian Pyracosmic atau Perubatan Melayu, limau purut digunakan sebagai 'cleanser')

PERINGATAN KEPADA PESAKIT

Ingatkan kepada pesakit supaya TIDAK membasuh kawasan yang dirawat, untuk sekurang-kurangnya 12 jam, jika tidak simptom mungkin berulang. Air boleh menyerap keluar sebahagian dari prana yang telah dialirkan. Pesakit yang terlalu serius atau lemah, dinasihatkan tidak mandi untuk 24 jam selepas rawatan. Ini membolehkan badan menyerap dan menggunakan prana yang telah dialir kepada mereka.

PAKAIAN

Material seperti sutera, getah dan kulit boleh bertindak sebagai penebat kepada prana. Pesakit yang hendak dirawat diminta supaya tidak memakai pakaian sutera kerana prana lebih susah diserap pada mereka. Kasut getah atau kulit dan tali pinggang kulit mesti ditanggalkan supaya penyapuan (sweeping) menjadi lebih efektif. Ada perawat prana yang menanggalkan kasut mereka supaya prana dari tanah lebih senang diserap.

Gambarajah berikut mungkin boleh membantu anda membayangkan kedudukan organ-organ utama semasa membuat rawatan..



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Holistic Followers

Home..